Makluman terbaru mengenai institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara akan KPM wajibkan kelas Prasekolah untuk menyediakan tempat bagi mewujudkan premis prasekolah bagi kanak-kanak seawal usia lima tahun mendapat pendedahan pendidikan yang berkualiti tinggi.
Melalui Menteri Pendidikan,Yb Fadhlina Sidek, berkata langkah perluasan kini diatur kementeriannya ketika ini dan matlamat adalah memastikan penambahan premis prasekolah dan ia akan bermula seawal pembukaan sesi persekolahan baharu.
Berkenaan KPM Wajibkan Kelas Prasekolah di Semua Premis KPM
Prasekolah Baru Akan Dibuka Tahun 2024
Disamping itu, Yb Fadhlina berkata, untuk tahun ini sejumlah 129 penempatan baharu bagi pendidikan prasekolah dibuka, dengan jumlah keseluruhan 9,909 kelas di 6,000 institusi pendidikan KPM di seluruh negara.
KPM juga sedang menggerakkan sebuah pasukan khas yang terbabit dalam enam rangka memperkasakan pendidikan negara dan salah satunya adalah berkenaan prasekolah. Pihak Kementerian Pendidikan akan memberi penumpuan penuh dalam gerak kerja itu pada tahun 2024 ini.
Sebab KPM Wajibkan Kelas Prasekolah Seluruh Negara
Menurut pihak KPM wajibkan kelas prasekolah seluruh negara adalah sebab:
- Penyelarasan kokurikulum prasekolah yang perlu bermula segera.
- KPM melihat dari segi kepentingan pendidikan prasekolah.
- Beberapa institusi KPM kini sedang diselaraskan supaya perluasan pendidikan prasekolah dilaksanakan sebanyak mungkin.
- Mensasarkan pendidikan yang ditawarkan ini adalah percuma dan mesti dimanfaatkan oleh seluruh lapisan rakyat, khususnya golongan B40.
Perkara ini dimaklumkan oleh pihak KPM adalah untuk memastikan kelancaran perancangan kurikulum dibawah KPM yang perlu bermula segera bermula dari Prasekolah. Terdapat kepentingan juga untuk mewujudkan kelas prasekolah secara menyeluruh bagi memastikan anak-anak seluruh negara tidak tercicir dalam pendidikan awal.
Institusi KPM yang Terlibat Dalam Perancangan Prasekolah
Yb Fadhline Sidek mengatakan perluasan prasekolah KPM akan berjalan dengan pesat kerana kementerian akan mewajibkan semua 27 Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah menyediakan premis prasekolah.
Berikut adalah merupakan senarai 27 IPG yang terlibat:
- IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia
- IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
- IPG Kampus Ilmu Khas
- IPG Kampus Pendidikan Islam
- IPG Kampus Pendidikan Teknik
- IPG Kampus Darul Aman
- IPG Kampus Ipoh
- IPG Kampus Perlis
- IPG Kampus Pulau Pinang
- IPG Kampus Sultan Abdul Halim
- IPG Kampus Tuanku Bainun
- IPG Kampus Perempuan Melayu
- IPG Kampus Raja Melewar
- IPG Kampus Tun Hussein Onn
- IPG Kampus Temenggung Ibrahim
- IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
- IPG Kampus Kota Bharu
- IPG Kampus Sultan Mizan
- IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
- IPG Kampus Batu Lintang
- IPG Kampus Gaya
- IPG Kampus Keningau
- IPG Kampus Kent
- IPG Kampus Rajang
- IPG Kampus Tawau
- IPG Kampus Sarawak
- IPG Kampus Tun Abdul Razak
Senarai diatas adalah merupakan senarai IPG seluruh Malaysia. Selain itu, ada juga melibatkan sekolah-sekolah yang akan diwujudkan kelas prasekolah. Perluasan ini juga adalah di institusi vokasional.
KPM Wajibkan Prasekolah Seawal Umur 5 Tahun
Berdasarkan kenyataan Pengerusi Sesi Libat Urus Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera yang lalu, dilaporkan berkata kerajaan perlu mempertingkatkan usaha mewajibkan semua kanak-kanak untuk mula belajar sistem prasekolah seawal usia lima tahun. – Sumber Berita Harian
Dijangka bulan Mac ini akan berlaku perluasan kemudahan prasekolah dan beliau jangkakan ia akan berlaku dengan pesat disebabkan permintaan dan keperluaan. Perkara ini akan tingkatkan keupayaan itu di institusi-intitusi KPM.
Prasekolah adalah penting bagi perkembangan awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak sangat memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti pendidikan di kalangan anak-anak terus subur.
Kemungkinan Jawatan Guru Prasekolah Akan Dibuka
Melalui makluman KPM wajibkan kelas prasekolah di semua institusi KPM ini dijangkakan akan ada banyak kekosongan jawatan guru prasekolah memandangkan terdapatnya pertambahan prasekolah yang seiring memerlukan jumlah guru yang ramai.
Apapun KPM akan memaklumkan sekiranya terdapat pengambilan guru prasekolah dalam jumlah yang besar melalui pengambilan secara one-off atau secara ambilan biasa. Untuk menjadi guru prasekolah, kebiasaannya memerlukan kelayakan akademik diploma pendidikan awal kanak-kanak. Semoga usaha KPM untuk melestarikan pendidikan kanak-kanak Malaysia terus berjaya.