Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG PENGAJIAN : Program TVET Tahfiz MARA KEMASUKAN SEPTEMBER TAHUN 2022

Program TVET Tahfiz MARA
Program TVET Tahfiz MARA

Peluang Pengajian : Program TVET Tahfiz MARA Kemasukan September 2022. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memperkenalkan program pengajian berteraskan tahfiz di Institus Kemahiran Malaysia (IKM). Program TVET Tahfiz MARA merupakan program yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri. Hal ini adalah kerana MARA ingin meningkatkan dan mengangkat golongan hafiz di peringkat industri negara Malaysia.

Melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET yang membantu dan menasihati institusi tahfiz dalam memperkasakan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pegawai dan persijilan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Ini adalah usaha untuk memartabatkan dan memupuk pelajar tahfiz menceburi bidang professional.

Program TVET Tahfiz MARA Kemasukan September 2022

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengajak para hafiz untuk menceburi bidang pengajian TVET. Ini adalah usaha untuk memastikan kebolehpasaran pelajar tahfiz di peringkat industri tanah air. Dengan sokongan mara, pelajar yang menyertai program TVET-Tahfiz ini akan dapat merasai pelbagai keistimewaan.

Program TVET Tahfiz MARA
Program TVET Tahfiz MARA

Apakah Program Yang Ditawarkan Oleh Pihak MARA?

MARA telah memperkenalkan pelbagai program pengajian dibawah program TVET-Tahfiz di IKM. Usaha mempelbagaikan program khas kepada golongan tahfiz adalah untuk melahirkan kepelbagaian tenaga kerja mengikut kemahiran yang boleh dipasarkan dalam bidang professional.Kriteria tanpa SPM juga layak untuk membuat permohonan pengajian.

Berikut merupakan program- program yang ditawarkan oleh MARA di IKM:

  • Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara di IKM Besut
  • Diploma Kompetensi Kimpalan di IKM Lumut
  • Diploma Teknologi Automotif Komersial di IKM Jasin
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi Dan Pengimejan) di KKTM Ledang

Program yang ditawarkan adalah merupakan program yang dikaji oleh MARA yang mana akan dapat memenuhi permintaan pasaran.

Apakah Syarat Kemasukan Untuk Memohon Program Pengajian MARA?

Syarat kemasukan untuk memohon program pengajian di bawah MARA adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 tahun – 40 tahun
  2. Berminat dalam bidang teknikal
  3. Sihat tubuh badan
  4. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.

Kemasukan adalah berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Bilakah Tempoh Permohonan Boleh Dilakukan?

Permohona prorgam TVET-Tahfiz boleh dibuat sekarang. Permohonan telah dibuka bermula 8 April 2022 hingga 30 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian seperti yang diiklan dibawah.

Apakah Keistimewaan Yang Bakal Pelajar Peroleh Semasa Pengajian?

Keistimewaan yang bakal dinikmati oleh pelajar program TVET-Tahfiz adalah seperti berikut:

  • Elaun dan asrama disediakan oleh MARA
  • Yuran pegajian dibiayai oleh MARA

MARA sentiasa komited untuk memberi yang terbaik kepada anak bangsa. Usaha MARA adalah untuk memberikan peluang dan meningkatkan kemahiran masyarakat ke arah lebih tinggi

277780341 10161481815673356 2552823258880325721 n

Permohonan Program TVET – Tahfiz Tajaan MARA Kemasukan September 2022

Permohonan bagi Program TVET – Tahfiz Tajaan MARA Kemasukan September 2022 boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang yang disediakan.

Cara Membuat Permohonan Program TVET-Tahfiz MARA Di IKM:

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengisi maklumat diri anda di dalam borang permohona  yang telah disediakan oleh pihak IKM.

PERMOHONAN PROGRAM TVET-TAHFIZ KEMASUKAN SEPTEMBER 2022

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh hubungi terus ke:

  • IKM BESUT
    016-4306825
    (Ustaz Norhesham)
  • IKM LUMUT
    010-3191908
    (Ustaz Azmil)
  • IKM JASIN
    011-27122982
    (Ustaz Zainuddin)
  • KKTM LEDANG
    013-6650388
    (Ustaz Farizan)

Sila layari https://www.tvetmara.edu.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.

“Program TVET-Tahfiz Tajaan MARA Untuk Rakyat Malaysia”

Kepada mereka yang bergelar hafiz, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan program TVET-Tahfiz yang dibawah tajaan MARA. Banyak keistimewaan yang dapat nikmati iaitu elaun dan asrama disediakan dan yurang pengajian dibiaya oleh MARA. Jom Mohon!

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati