Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan MBSJ Mac 2024

Pengambilan Jawatan MBSJ Mac 2024

Info terbaru daripada MBSJ pada 18 Mac 2024 dengan pengambilan besaran jawatan MBSJ Mac 2024. Makluman ini telah diwar-warkan oleh pihak MBSJ sendiri dengan peluang jawatan kosong dalam negeri dengan pelbagai jawatan kosong menarik dibuka bulan 3.

Anda boleh ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan jawatan MBSJ Mac 2024 anda boleh merujuk maklumat beberapa perkara seperti dibawah antaranya senarai jawatan ditawarkan, syarat permohonan dan panduan.

Hebahan Jawatan MBSJ Mac 2024

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) adalah merupakan sebuah majlis bandaraya yang penting dalam pengurusan negeri Selangor. MBSJ memainkan peranan dalam pengurusan dan memastikan kelestarian daerah Subang Jaya dalam pelbagai aspek. Mempunyai pelbagai bahagian bidang pengurusan, MBSJ sememangnya memerlukan tenaga kerja yang ramai dan berkualiti.

Kini, MBSJ telah membuka peluang mengisi pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berminat. Untuk itu, para pemohon boleh membuat rujukan sebelum membuat permohonan jawatan MBSJ Mac 2024.

Senarai Jawatan MBSJ 2024

Anda boleh merujuk senarai jawatan kosong yang telah dibuka untuk diisi oleh para pemohon. Maklumat senarai jawatan MBSJ Mac 2024 adalah disusun dalam bentuk jadual:

Senarai Jawatan Kosong
PEMBANTU PENILAIAN W19
PEMBANTU OPERASI H11
PEMBANTU PENGUATKUASA KP26
PEMANDU KENDERAAN H14

Tempoh Permohonan Kerja MBSJ

Para pemohon mestilah mohon sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 1 April 2024. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk membuat permohonan secara segera dan menyemak lebih terperinci bagi setiap jawatan kosong yang ditawarkan.

Syarat Kelayakan Kerja

Bagi membuat permohonan, para pemohon perlu melepasi syarat-syarat kelayakan dibawah untuk melayakkan diri dalam permohonan:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah umur 18 tahun dan keatas semasa permohonan.
  3. Mempunyai kelayakan akademik bermula SPM, Diploma dan Ijazah.
  4. Boleh bekerja dalam skop kerja yang diberi.

Seterusnya, para pemohon boleh membuat semakan dan ketahui cara mohon kerja melalui pautan iklan dan panduan permohonan yang kami sertakan dibawah.

Caara Permohonan untuk Jawatan MBSJ Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong MBSJ Terkini

Pengambilan Jawatan MBSJ Mac 2024

Untuk membuat permohonan, para pemohon disarankan untuk merujuk beberapa perkara terlebih dahulu melibatkan tawaran iklan jawatan MBSJ Mac 2024. Para pemohonn boleh merujuk pada pautan rasmi laman web MBSJ dibawah:

Sila ikuti juga panduan lengkap permohonan kerja MBSJ dibawah.

Panduan Permohonan Kerja MBSJ

Untuk membuat permohonan jawatan MBSJ Mac 2024 ini anda perlu membuat permohonan secara atas talian dengan merujuk panduan dan cara dibawah. Berikut adalah merupakan langkah-langkah permohonan yang anda boleh buat:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Boleh rujuk Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong.
  2. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-
  3. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
    • Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
    • Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM, Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (IPA) bagi sijil / diploma/ ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
    • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
    • Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)
  4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
    • Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati