Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia Bagi Mengisi 2 Jawatan Diperlukan

Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Untuk yang sedang mencari peluang pekerjaan, kami ingin menyatakan bahawa iklan kerja kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) kini kembali dibuka. Ini merupakan satu peluang besar untuk anda mengisi jawatan kosong bagi menjalankan operasi di Universiti Putra Malaysia.

Ketahui info terbaru dan terkini mengenai jawatan kosong yang dibuka di telegram kami:

Perkongsian Penuh Mengenai Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Maklumat Ringkas Jawatan

Jawatan yang dibuka oleh pihak Universiti Putra Malaysia merujuk kepada iklan yang dikeluarkan adalah 2 jawatan yang diperlukan. Jawatan tersebut ialah pegawai tadbir dan penolong pegawai sains yang merupakan bahagian pengurusan yang perlu ditambah baik bagi penyelarasan pengurusan UPM bagi kemasukan bulan Oktober.

Senarai Jawatan

Berikut 2 jawatan yang dibuka oleh pihak Universiti Putra Malaysia kepada semua orang yang berkelayakan:

JawatanGred
Pegawai TadbirN41
Penolong Pegawai SainsC29

Semak Jadual Gaji Untuk Dua Jawatan yang Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Pegawai Tadbir, N41 – Jadual Gaji Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan

Bagi jawatan Penolong Pegawai Sains, C29 – Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 hingga C54

Lokasi Jawatan yang ditawarkan

Untuk makluman semua para calon dan yang berminat untuk memohon dua jawatan yang dibuka oleh UPM ini. Lokasi jawatan yang ditawarkan adalah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Oleh yang demikian, admin nasihatkan agar calon yang terdekat terlebih dahulu untuk memohon.

Dengan memahami syarat-syarat ini dengan lebih terperinci, pemohon akan dapat menilai diri mereka sendiri dan memastikan bahawa mereka memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan untuk jawatan yang ditawarkan oleh Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kriteria Umum yang di Perlukan

JawatanKriteria
Pegawai Tadbira) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun.
Penolong Pegawai Sainsa) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah pada 16 Oktober 2023, yang jatuh pada hari Isnin. Oleh itu, anda diingatkan agar mengambil perhatian kepada tarikh tersebut dan memastikan bahawa permohonan anda diterima sebelum atau pada tarikh tersebut.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup mungkin tidak akan dipertimbangkan dalam proses pemilihan calon. Jadi, pastikan anda menghantar permohonan anda dengan mencukupi waktu untuk memastikan agar ia sampai ke pihak pejabat UPM yang berkenaan sebelum tamat tempoh permohonan pada 16 Oktober 2023, hari Isnin.

Syarat-syarat Khusus Kelayakan Kerja Kosong Univerisiti Putra Malaysia

Berikut adalah maklumat tentang jawatan yang tersedia, syarat kelayakan:

Pegawai Tadbir

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,080.00)
  2. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,283.43)
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
photo 2023 10 11 09 33 07
Iklan Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Penolong Pegawai Sains

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan : RM 1,505.00).
  2. Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,782.91)
  3. Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,858.12).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/SijilVokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
photo 2023 10 11 09 33 05
Iklan Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Pembantu Tadbir dan Penolong Pegawai Sains

Pembantu Tadbir

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan khusus di perenggan diatas
  • Lulus Peperiksaan Khas

Penolong Pegawai Sains

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan khusus di perenggan diatas
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan

Panduan Membuat Permohonan Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Pastikan anda terlebih dahulu menyemak iklan penuh bagi kedua-dua jawatan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia dengan ikuti pautan dibawah:

photo 2023 10 11 09 35 34
Iklan Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia

Prosedur Permohonan Perlu Diketahui Semua Calon

  • Untuk memohon, jika anda tertarik dengan jawatan yang ditawarkan dan cukuo untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda dijemput untuk membuat permohonan secara online melalui Portal UPM. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan teliti dan memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah benar, sahih, dan tepat.
  • Anda juga perlu membeli pin terlebih dulu untuk login bagi membuat permohonan. Pembelian pin anda boleh BELI DISINI
  • Apabila membuat permohonan, sangat penting untuk hanya memohon bagi jawatan yang sesuai dengan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan yang tertera dalam hebahan rasmi kekosongan jawatan. Ini akan membantu memastikan bahawa anda memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk jawatan tersebut dan meningkatkan peluang anda untuk dipertimbangkan dalam proses pemilihan calon.
  • Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap dan terkini dalam permohonan anda. Ini termasuk butiran peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja, serta apa-apa maklumat tambahan yang relevan yang mungkin diperlukan. Semua maklumat ini akan digunakan oleh UPM untuk menilai kecekapan dan kesesuaian anda dalam mengisi jawatan yang sedang dipohon.
  • Sebelum menghantar permohonan anda, ambillah masa untuk menyemak semula maklumat yang anda berikan. Pastikan tiada kesilapan atau kekurangan dalam butiran yang anda berikan. Jika perlu, mintalah seseorang untuk mengesahkan permohonan anda sebelum mengirimkannya. Hal ini akan membantu memastikan bahawa permohonan anda lengkap, tepat, dan memberikan gambaran yang terbaik tentang kelayakan dan pengalaman anda kepada Pihak Universiti Putra Malaysia.
  • Ini akan memastikan bahawa permohonan anda dipertimbangkan secara individu untuk setiap jawatan dan memberikan peluang yang lebih baik untuk dipanggil untuk sesi temuduga.

Nota : Dengan mengikuti panduan ini akan memastikan permohonan anda lengkap dan tepat dan akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam memperoleh jawatan ini.

Admin mendoakan semua para calon yang memohon kerja kosong Universiti Putra Malaysia ini dipermudahkan urusan dan moga-moga rezeki anda disini. Sebarang permasalahan pada permohonan rujuk emel dan nombor yang disediakan di portal UPM.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati