Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari

Bantuan RM150 Awal Persekolahan 2
Sesi persekolahan 2021

Sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari ini merupakan berita terkini daripada Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Pembukaan penggal pertama persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh negara ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata pihak kementerian menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

Sesi persekolahan 2021

“Ia bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga sekolah dibuka pada 20 Januari 2021.

“Apabila kita mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 6
Official Sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari 3

Mohd Radzi berkata, pindaan terhadap pembukaan penggal pertama persekolahan itu dilakukan susulan pandemik COVID-19.

Katanya, perancangan bukan tertumpu untuk tahun ini sahaja kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

“Seperti yang dimaklumkan pada 1 Julai lalu, KPM akan menyediakan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021 dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Mohd Radzi berkata, pindaan takwim 2020 dengan memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir tahun adalah selari dengan rancangan melewatkan permulaan persekolahan 2021 kerana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula lewat.

Bagaimanapun, katanya, banyak proses tatacara diperlu dilalui dan dilaksanakan sebelum takwim 2021 boleh dikeluarkan.

“Apabila banyak keluhan KPM tidak mengambil kira keadaan guru, murid dan sebagainya, kita mengambil pendirian untuk menyiapkan proses tatacara itu supaya berjalan lancar dan sesi persekolahan tahun ini dapat ditamatkan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, setiap perancangan KPM membabitkan COVID-19 memerlukan lebih setahun untuk kembali kepada normal.

“Cuti sekolah akan dinormalkan dan yang mana hilang kita akan mengatur sedikit sebanyak pada tahun akan datang, ” katanya.

Katanya, antara perkara yang membimbangkan KPM ialah jika pelajar tidak dapat menguasai tahap minimum pembelajaran, sekali gus boleh menghilangkan motivasi mereka untuk terus belajar apabila memasuki sesi tahun depan.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati