Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kenaikan Gaji Minimum Ijazah RM3000 Sebulan

kenaikan Gaji Minimum Ijazah RM3000 Sebulan

Berita baik kepada semua graduan dalam negara Malaysia! Perancangan gaji minimum Ijazah RM3000 tidak lama lagi berdasarkan kenyataan terbaru daripada Datuk Seri Zambry. Beliau telah memaklumkan perkara ini kini sedang di peringkat awal perbincangan diantara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

Isu gaji ijazah sebelum ini sering dibangkitkan kerana ianya dianggap rendah dan tidak boleh menampung kos sara hidup serta tidak sepadan dengan kelayakan. Jadi, kemungkinan penetapan gaji minimum ijazah RM3000 akan menjadi kenyataan apabila akan dibentangkan pada bila-bila masa.

Gaji Minimum Ijazah RM3000 untuk Semua Graduan

Gaji Minimum Ijazah RM3000

Menurut Datuk Seri Zambry, perkara ini akan dibincangkan di peringkat awal dan difahamkan akan ada cadangan kertas putih. Jadi, perkara tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Ekonomi dan Kemenerian Sumber Manusia untuk perancangan dan cadangan-cadangan terbaru daripada pihak kerajaan. Pendekatan baharu kemungkinan perlu mengamnbil kira pandangan daripada KPT termasuk mengambil kira pandangan gaji KPT.

Perkara Penetapan Gaji Minimum Ijazah RM3000

Sebelum ini kerajaan digesa untuk menggubal satu akta baharu yang menetapkan gaji minimum ijazah RM3000 sebulan untuk graduan ijazah sarjana muda.

Menurut Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran berkata, penetapan gaji minimum ijazah RM3000 itu perlu sebagai usaha untuk menangani kos sara hidup yang bukan hanya dilihat dari sudut mengawal selia harga barangan semata-mata, namun turut mengambil kira keadaan sosial semasa.

Pihak Kerajaan tidak boleh menyalahkan para graduan. Graduan kini tidak mempunyai pilihan selain menerima tawaran pekerjaan yang sedia ada.

Selain pada itu, di pihak kerajaan juga, kajian SSP seharusnya mengambil kira juga penawaran kadar gaji permulaan untuk lepasan ijazah yang lebih baik atau menggubal satu akta baharu menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk graduan ijazah sarjana muda.

Berapa Gaji Minimum Ijazah Sebenar?

Anggaran dalam tempoh dua dekad, gaji asas graduan sarjana muda masih dibayar antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan. Jumlah tersebut tidak menyaksikan sebarang perubahan ketara. Untuk masa kini, gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,500 sebulan. Jumlah gaji ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara untuk graduan.

82 Peratus Pekerja Formal Gaji Kurang RM5000

Berdasarkan rekod sebelum ini, Jabatan Perangkaan pernah mendedahkan, sejumlah 82 peratus pekerja sektor formal di negara ini dikesan bergaji kurang dari RM5,000 dengan 35 peratus menerima pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Ia menunjukkan lebih 50 peratus pekerja formal di negara ini menerima gaji bawah RM3,000.

Berdasarkan data ini seharusnya memberi input berguna kepada pihak mengkaji SSP bagaimana untuk menyusun dan merangka tangga gaji lebih saksama, munasabah dan memenuhi aspek kebajikan penjawat awam termasuk graduan yang bakal memasuki sektor awam.

Perkara yang penting adalah kerajaan perlu memastikan pelaksanaan gaji baharu penjawat awam nanti tidak menyebabkan berlaku defisit tinggi kepada ekonomi kerana dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada negara.

Senarai Gaji Bagi Ijazah Sarjana Muda Mengikut Sektor

Menurut data sedia ada, kebanyakan gaji minimum bagi ijazah adalah antara RM1,800 sehingga RM2,000. Berikut adalah merupakan senarai bagi gaji untuk kelayakan ijazah berdasar sektor-sektor:

SEKTORLINGKUNGAN GAJI (RM)
Akaun/ Audit/ Perkhidmatan Cukai1,838 – 2,649
Perbankan/ Perkhidmatan Kewangan2,124 – 2,966
Pengiklanan/ Pemasaran PR1,856 – 2,800
Perundingan (Perniagaan & Pengurus)2,022 – 2,919
Insurans2,037 – 3,161
Broker Saham/Sekuriti1,838 – 2,649
Akaun/ Audit/ Perkhidmatan Gukal1,700 – 2,533
Perbankan/ Perkhidmatan Kewangan1,672 – 2,353
Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR1,661 – 2,386
Call Center/IT Enabled Services/BPO1,808 – 2,327
Pendidikan1,746 – 2,490
Kerajaan Pertahanan1,014 – 2,575
Non-Profit Organisation (NGO)/ Perkhidmatan Sosial1,916 – 2,637
Telekomunikasi1,706 – 2,354
Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR2,042 – 2,969
Seni/Reka Cipta / Fesyen1,700 – 2,534
Komputer/Teknologi Informasi2,170 – 3,189
Hiburan/Modia1,826 – 2,474
Pameran / Event Management/MICE2,140 – 2,810
Printing/Penerbitan1,850 – 2,435
Bidang Bangunan/Pembinaan1,982 – 3,183
Perkhidmatan Arkitek/Rekaan Dalaman1,962 – 2,938
Bangunan/Pembinaan/Kejuruteraan2,108 – 3,185
Pengeluaran / Perkilangan2,039 – 2,750
Pengiklanan Pemasaran/ Promotion/ PR2,055 – 2,936
Komputer/Teknologi Maklumat (Hardware)1,892 – 2,686
Komputer/Teknologi Maklumat (Software)2,176 – 3,722
Perundingan (IT, Sains, Kejuruteraan & Teknikal)2,320 – 3,306
Pengeluaran/Perkilangan2,090 – 3,070
Retail/Merchandise1,550 – 2,671

Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, cadangan penetapan gaji minimum ijazah RM3000 adalah cadangan yang relevan untuk kerajaan pertimbangkan.

2 KOMEN

  1. Setuju gaji minima yang setara dgn.kos sara hidup yang meningkat. Semoga dengan kenaikan, akan mendorong pekerja dgn lebih kuat lagi untuk negara

  2. Saya cadangkan Gaji minimum Ijazah Serjana Muda RM4,000 (gaji pokok) sebulan. Sebab kos pembelajaran yang agak tinggi utk masa belajar yang lama.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati