Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

11 Punca Utama Telinga Berdesing dan Cara Mengatasinya

telinga berdesing
11 Punca Utama Telinga Berdesing dan Cara Mengatasinya 5

Pernahkah anda mengalami telinga berdesing? Satu pertiga daripada populasi penduduk dunia pernah mengalami telinga berdesing terutamanya pada lingkungan umur 40 hingga 70 tahun. Artikel ini menerangkan apakah itu telinga berdesing, punca-punca telinga berdesing, tanda-tanda atau gejala telinga berdesing, dan cara mengatasi telinga berdesing serta petua ringkas mungurangkan bunyi telinga berdesing.

Apa itu Telinga Berdesing?

Telinga berdesing berlaku apabila seseorang mendengar bunyi berdesing dalam kepala semasa tidak ada apa-apa punca bunyi di sekeliling. Telinga berdesing dikenali sebagai sebagai “tinnitus”. Kekerapan orang mengalami tinnitus adalah satu pertiga populasi manusia akan pernah mengalami telinga berdesing dalam kehidupannya sekali. Kebarangkalian adalah paling tinggi pada usia daripada 40 hingga 70 tahun, dan lebih terdedah kepada kaum lelaki.

Bunyi yang terhasil daripada dalam kepala kadang-kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi seperti degupan jantung, Telinga berdesing boleh melibatkan satu atau kedua-dua belah telinga. Jika ia berterusan, keadaan ini boleh menggugat kehidupan seseorang.

290879258 8045186722158885 4736010005783103639 n
11 Punca Utama Telinga Berdesing dan Cara Mengatasinya 6

Tanda-tanda Telinga Berdesing

Berikut merupakan tanda-tanda telinga berdesing:

Tanda-tanda Telinga Berdesing
1. Mendengar bunyi berdesing dari dalam telinga atau kepala, mengaum, berdetik atau bunyi seperti degupan jantung secara sekejap-sekejap atau berterusan.
2. Menjadi kurang pendengaran
3. Merasa sakit kepala
4. Merasa sering pening kepala (vertigo)

Punca-punca Telinga Berdesing

Terdapat beberapa punca kepada telinga berdesing yang dapat dikenalpasti dalam bidang perubatan, bagaimanapun ada juga punca yang tidak dapat dikenal pasti. Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti adalah:

Punca-punca Telinga Berdesing
1. Saluran darah di telinga atau bahagian kepala tidak normal
2. Anda mengalami faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan anxiety
3. Anda sering mengalami tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
4. Pernah atau sedang mengalami masalah pada telinga seperti tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, dan presbyacusis
5. Kekurangan sel darah merah atau anemia dan buah pinggang yang tidak berfungsi.
6. Saluran (Eustachian) yang menghubungkan hidung ke telinga tengah berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan gagal berfungsi dengan baik
7. Mengalami kecederaan kepala
8. Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
9. Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat penahan sakit dan antibiotik dalam jangka masa panjang.
10. Ada ketumbuhan dalam telinga bahagian dalam (acoustic neuroma)
11. Mengalami angin ahmar
135527602 2779486292310931 7352453676047775551 n
11 Punca Utama Telinga Berdesing dan Cara Mengatasinya 7

Cara-cara Mengatasi Telinga Berdesing

Cara Mengatasi Telinga Berdesing
1. Pesakit harus mendengar bunyi-bunyi yang lembut, dan tidak kuat. Bunyi yang lembut akan membuatkan anda mudah terlena.
2. Pesakit perlu mengawal perasaan dan emosinya, kerana tekanan perasaan boleh menyebabkan pertambahan bunyi telinga berdesing.
3. Pesakit perlu elakkan mengambil makanan yang tinggi kafein seperti kopi, teh, coklat, cola, dan alkohol.
4. Pesakit perlu elakkan merokok, kerana ia boleh menerukkan bunyi desing pada telinga.
5. Pesakit perlu elakkan ubat-ubatan yang menyebabkan telinga berdesing seperti aspirin /NSAIDs kerana ubatan ini boleh menyebab sesetengah orang bertambah teruk.
6. Jangan mendengar bunyi terlalu kuat dan terlalu bising.

Petua Menghilangkan Telinga Berdesing

Ada petua mudah dan senang untuk menyeimbangkan tekanan udara dalam telinga iaitu dengan cuba menelan air liur untuk membuka kembali tiub telinga yang tersumbat. Kaedah ini adalah sememangnya berkesan. Cara lain adalah anda menguap, mengunyah gula-gula getah atau menarik nafas dengan dalam.

Amalkan ginkgo biloba dalam makanan anda kerana ia mempunyai khasiat untuk membantu pendengaran dan penglihatan.
109709597 150695316647929 3082559841665607939 n
11 Punca Utama Telinga Berdesing dan Cara Mengatasinya 8

Telinga Berdesing dari Sudut Islam

Ada hadis Nabi mengatakan bahawa apabila telinga seseorang itu berdengung atau berdesing maka itu adalah tanda bahawa Nabi SAW sedang merinduinya. Jika seseorang mengalami telinga berdesing atau berdengung, maka haruslah segera berselawat ke atas Rasulullah saw.

Nabi SAW bersabda:

إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ اذْكُرْ بِخَيْرٍ مَنْ ذَكَرَنِي

Maksudya: “Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawat ke atasku dengan berkata: “Semoga Allah swt akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”

Soalan FAQs Berkenaan Telinga Berdesing

Apakah itu Telinga Berdesing?

Telinga berdesing berlaku apabila seseorang mendengar bunyi berdesing dalam kepala semasa tidak ada apa-apa punca bunyi di sekeliling. Telinga berdesing dikenali sebagai sebagai “tinnitus”.

Apakah Punca-punca Telinga Berdesing?

Anda mengalami faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan anxiety.

Apakah Cara-cara Mengatasi Telinga Berdesing?

Pesakit perlu mengawal perasaan dan emosinya, kerana tekanan perasaan boleh menyebabkan pertambahan bunyi telinga berdesing.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati