Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Buat Link Telegram

Cara Buat Link Telegram
Panduan dan Cara Buat Link Telegram 5

Tahukah anda cara buat link Telegram? Telegram membolehkan penciptaan saluran yang boleh digunakan untuk menghantar maklumat atau berita dengan mudah kepada ramai pengikut.

Telegram tersedia pada berbilang platform, termasuk telefon mudah alih, komputer dan tablet, supaya anda boleh mengakses mesej anda dari mana-mana sahaja. Namun, tahukah anda bagaimana cara buat link Telegram?. Di sini kami kongsikan panduan serta cara buat link Telegram yang mudah.

Panduan dan Cara Buat Link Telegram

Cara Buat Link Telegram
Panduan dan Cara Buat Link Telegram 6

Apa itu Telegram?

Telegram ialah sebuah aplikasi sosial yang membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih luas dan mudah. Telegram juga merupakan sistem pemesejan segera (IM) berasaskan awan merentas platform yang menyediakan pehidmatan seperti panggilan video yang disulitkan hujung ke hujung, VoIP, perkongsian fail dan beberapa ciri lain.

Apa Kegunaan Telegram?

Telegram dirancang untuk memudahkan pengguna saling berkomunikasi seperti kiriman pesan teks, audio, video, gambar, dan sticker dengan selamat. Lebih menarik lagi, perkongsian fail juga boleh dilakukan dengan sangat mudah.

Untuk pengetahun semua, Telegram juga menggunakan unik username sebagai mengganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Selain itu, username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. 

Cara Buat Link Telegram

Cara Buat Link Telegram
Panduan dan Cara Buat Link Telegram 7

Cara Buat Link Telegram Sendiri / Personal

  1. Buka aplikasi Telegram di telefon pintar anda
  2. Buka menu (lihat ikon tiga jalur pada bahagian atas kiri)
  3. Klik pada Settings
  4. Klik pada Username. Sekiranya belum menetapkan Username, boleh letak Username terlebih dahulu.
  5. Pada bahagian bawah, anda boleh lihat link dalam format https://t.me/username yang boleh di copy dan dikongsi di akaun media sosial anda

Pengguna yang mengklik link tersebut boleh menghantar terus mesej kepada anda melalui aplikasi Telegram tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu.

Cara Buat Link Telegram Group

Cara Buat Link Telegram
Panduan dan Cara Buat Link Telegram 8
  1. Muat turun Aplikasi Telegram
  2. Klik pada ‘New Group’ untuk memcipta group Telegram baharu
  3. Pilih dan masukkan ahli ke dalam group baharu anda di “add people”
  4. Masukkan nama pada paparan group anda dengan klik pada “Enter Group Name”
  5. Kemudian klik pada “edit” ni paparan kanan atas group tersebut
  6. Salin link yang diberikan pada bahagian “Invite Links”
  7. Selesai

Untuk memuat turun aplikasi Telegram, anda boleh klik pautan dibawah :

  1. Untuk pengguna Android
  2. Untuk pengguna IOS

Cara Buat Link Channel Telegram

  1. Buka aplikasi Telegram
  2. Kemudian buka Channel anda.
  3. Klik pada ikon titik tiga pada sebelah atas dan kanan skrin ada.
  4. Klik pada View Channel Info.
  5. Kemudian, anda dapat melihat link khas untuk Channel anda yang boleh disalin serta dikongsi di media sosial anda.

Cara Buat Telegram Web

  1. Buka web browser anda. (Chrome/ Mozilla/ etc)
  2. Taip http://web.telegram.org/
  3. Anda boleh memilih cara untuk masuk ke akaun telegram melalui scan qr code yang diberikan atau memasukkan nombor telefon anda
  4. Jika menggunakan nombor telefon, anda perlu memasukkan code yang dihantar melalui pesanan
  5. Setelah selesai, Telegram anda akan dipaparkan secara automatik

Soalan FAQs Berkenaan Cara Buat Link Telegram

Bagaimana daftar akaun telegram?

1. Buka aplikasi Telegram di telefon anda.
2. Masukkan nombor telepon yang aktif.
3. Selanjutnya, kod verifikasi akan dikirim ke nombor telefon tersebut.
4. Masukkan username di Telegram, gambar profile.
5. Selesai.

Bagaimana delete akaun telegram?

Masuk ke aplikasi Telegram dan ikuti langkah dibawah :
1. Aturan (setting)
2. Privasi dan sekuriti (Privacy and security)
3. Tidak aktif selama (if away for)
4. Hapus akaun sekarang (Delete account now)
5. Tekan hapus akaun akaun saya (Delete my account)
6. Tekan “continue” (2x)
7. Masukkan nombor telefon, tekan “continue” (masukkan kata laluan jika ada)
8. Tekan hapus akaun saya (delete my account)

Cara tukar gambar profile Telegram?

Anda hanya perlu tekan setting pada aplikasi telegram. Kemudian pilih “Edit’ dan “Set New Photo”

Cara buat channel Telegram?

1. Tekan pada ikon di sebelah kanan atas Telegram
2. Pilih “New Channel” seterusnya “Create Channel”
3. Masukkan nama channel dan description

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati