Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Budak 13 Tahun Tikam Pemandu Grab

budak 13 tahun tikam pemandu grab

Tular di media sosial budak 13 tahun tikam pemandu grab. Detik cemas seorang pemandu ehailing warga emas yang diacu sebilah pisau dan cubaan menikam oleh seorang budak 13 tahun di taman keladi, Kedah pada Isnin. Kejadian ini berlaku ketika seorang warga emas yang merupakan pemandu grab berumur 65 tahun itu membawa dan menerima budak 13 tahun sebagai penumpang.

Menurut video yang tular di media sosial kelihatan budak 13 tahun tikam pemandu grab namun gagal kerana tikaman pisau tersebut terkena pada tali pinggang keledar yang dipakai oleh warga emas tersebut. Timbul pelbagai spekulasi di kalangan netizen kerana perkara ini mengejutkan bagaimana budak 13 tahun tikam pemandu grab yang boleh dianggap sebagai tindakan kurang wajar yang dibuat oleh mereka yang bawah umur 18 tahun.

Rangkuman Kes Cubaan Samun Pemandu Grab oleh Remaja Bawah Umur

Video Budak 13 Tahun Tikam Pemandu Grab

budak 13 tahun tikam pemandu grab

Mendapat liputan yang meluas dengan video yang berdurasi 21 saat ini memaparkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun cuba menikam pemandu grab di Sungai Petani, Kedah. Perkara ini membimbangkan dan menimbulkan banyak persoalan bagaimana seorang budak 13 tahun 3 pemandu grab dan melakukan cubaan samun kepada warga emas.

Berikut adalah video budak 13 tahun tikam pemandu Grab:

@malaysiagazette Cubaan samun menggunakan senjata tajam melibatkan seorang budak berumur 13 tahun menikam pemandu Grab di Sungai Petani, Kedah semalam. Maklumat lanjut akan dikemaskini Video: Sosial Media #malaysiagazette #pemandugrab #sungaipetani #tikampemandugrab ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Kisah Sebenar Berkenaan Video Tular

budak 13 tahun tikam pemandu grab
budak 13 tahun tikam pemandu grab

Seorang pemandu grab yang merupakan warga emas berdepan detik cemas apabila diacu sebilah pisau dan cubaan menikam oleh seorang budak lelaki 13 tahun. Walaubagaimanapun, pemandu yang berusia 65 tahun itu terselamat kerana tikaman tidak terkena tepat pada dada mangsa dan cubaan warga emas itu berjaya dengan menggigit tangan remaja berusia 13 tahun itu menyebabkan suspek melepaskan pisau dan bertindak melarikan diri.

Perkara ini dijelaskan oleh ketua polis daerah Kuala muda, asisten komisioner Zainuddin Ahmad yang mengatakan bahawa kejadian ini lebih kurang pada 5.43 petang dan ianya bermula selepas pemandu warga emas itu menerima pesanan gerak daripada budak 13 tahun di taman keladi untuk dihantar ke bandar seri astana.

Menurut pemandu warga emas itu, budak itu meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah. Pemandu tersebut mengatakan bahawa sekiranya budak 13 tahun itu tidak mempunyai wang perlu untuk diturunkan di lokasi tersebut. Namun penumpang tidak mahu dan meminta pemandu untuk membawanya ke rumah di bandar seri astana bagi mengambil wang untuk membayar perkhidmatan grab kepada pemandu tersebut.

Tiba sahaja di bandar seri astana budak 13 tahun itu telah meminta untuk membawanya semula ke taman keladi yang menyebabkan pemandu tersebut meminta bayaran sebanyak RM18 dan teruskan perjalanan sebelum remaja tersebut melengah-lengahkan sehingga meminta melalui beberapa lorong kecil.

Tindakan Berani dan Pantas Selamatkan Warga Emas

Pemandu Gigit Tangan Berjaya Rampas Pisau

budak 13 tahun tikam pemandu grab
budak 13 tahun tikam pemandu grab

Disebabkan oleh laluan tambahan yang dilalui remaja tersebut diminta untuk menambah bayaran sebanyak RM9 ketika tiba di destinasi. Remaja tersebut telah memberikan wang RM20 namun semasa pemandu tersebut ingin memulangkan baki wang remaja itu telah mengacukan sebilah pisau ke dada kiri warga emas tersebut dan juga mahu merampas wang dari poket.

Tindakan pantas warga emas itu berjaya merampas pisau serta menggigit tangan remaja tersebut dalam usaha mempertahankan diri menyebabkan suspek kemudiannya melarikan diri. Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Budak 13 Tahun Berang Kerana Dimarahi Serta Dimaki

Dimaklumkan bahawa remaja tersebut adalah anak sulung dari empat beradik dan bukan daripada keluarga yang berpecah. Punca utama suspek bertindak sedemikian kerana berasa marah dengan pemandu yang memaki dan cuba ambil semula wang bayaran tambang.

Melalui video tersebut ianya sangat jelas bahawa tindakan budak 13 tahun itu di luar nalar kerana cubaannya untuk menikam seorang warga emas. Walaubagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan budak 13 tahun itu pada pukul 10 malam selepas dua jam laporan polis dibuat.Kes disiasat Mengikut seksyen 393 kanun keseksaan kerana cubaan merompak.

Dengan berita ini ia mengejutkan bagaimana seorang budak 13 tahun menikam pemandu grab yang merupakan satu tindakan yang diluar jangkaan kita dengan keadaan suspek yang masih bersekolah dan di bawah umur para ibu bapa perlu memberi perhatian lebih kepada anak-anak agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati