
Cuti sekolah dah tiba? Jom bercuti di tempat menarik Sarawak 2024 yang menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan dalam melawat negeri Sarawak. Kami terpanggil untuk memberi cadangan tempat menarik Sarawak 2024.
Berikut adalah merupakan senarai tempat menarik Sarawak 2024 yang anda boleh ketahui maklumat ringkas bersama alamat dan perincian lanjut.
Senarai Tempat Menarik Sarawak 2024
Isi Kandungan
Berikut adalah merupakan senarai tempat menarik Sarawak 2024 yang disusun bertujuan untuk membantu anda membuat perancangan dan idea bercuti di negeri Sarawak.
Taman Negara Niah


Taman Negara Niah adalah sebuah destinasi hutan simpan & dikelilingi dengan bukit batu kapur yang terletak kira-kira 85 km dari Lapangan Terbang Miri dan ambil masa sekitar 1 jam 40 minit memandu.
Jadi, sekiranya anda bercuti di kepulauan Borneo, destinasi Taman Negara Niahlah yang perlu anda terokai kerana tarikan alam semulajadi di sini tidak dinafikan berbeza dengan taman negara yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Selain itu, aktiviti pelancongan di sini pada dasarnya adalah berbentuk seperti:
- Penerokaan hutan
- Bird watching
- Melawat rumah panjang
- Meneroka Gua Niah.
Alamat : Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak Dibuka : setiap hari termasuk cuti umum Masa : 8 am – 5 pm Harga tiket: Dewasa (18-59 tahun) RM 10, Kanak-Kanak (6-17 tahun) RM 3 , Warga Emas ( 60 tahun & keatas) RM 5 dan OKU ( 6 tahun & keatas) RM 5
Pasar Malam Ria Saberkas


Jom bersama-sama menerokai keenakan makanan popular orang Sarawak! Tempat menarik Sarawak 2024, Pasar Malam Ria Saberkas adalah destinasi pasar malam Miri yang paling popular dan boleh dipanggil juga sebagai antara pasar malam di Sarawak paling ‘happening’ kerana suasananya yang hiruk pikuk.
Jika ini adalah kali pertama anda bercuti di Miri, sangat disarankan untuk lawati pasar malam ini bagi melihat sendiri keunikan produk-produk jualan peniaga & juga melihat budaya jual beli warga setempat.
Diantara menu makanan sedap dan popular di kebanyakan pasar malam Sarawak adalah kepak ayam panggang dan juga lebih dikenali sebagai Sayoq Manok oleh orang Sarawak.
Alamat : Ria Seberkas Night Market, Jalan Saberkas Utama, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak Waktu Operasi : Khamis, Jumaat & Sabtu Masa : 4.30 pm – 9.30 pm
Coco Cabana


Anda suka pantai? Sekiranya anda adalah seorang yang sangat suka dengan keindahan alam semulajadi dan selalu memburu tempat best untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam, Boleh terus singgah ke Coco Cabana! Ia adalah tempat yang terletak berdekatan sahaja dengan Bandar Miri.
Destinasi ini terletak di sebuah kawasan bertanjung di bahagian tepi laut dan mempunyai landskap yang sangat-sangat menarik untuk anda bergambar serta menikmati keindahan sekeliling. Anda juga boleh melihat sendiri replika besar patung kuda laut.
Alamat : Coco Cabana, Lot 2260, Jalan Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak Waktu Operasi : Sabtu & Ahad (8 am – 11 pm) , Isnin-Jumaat (11 am – 11 pm)
Pantai Tusan Subis


Jom kita melihat keunikan pantai di Miri yang tiada seumpamanya di tempat lain di Malaysia. Pergi bersama keluarga ke Pantai Tusan Subis yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Miri. Lokasi pantai ini agak jauh sedikit dari Bandar Miri, Pantai ini anda bakal melihat fenomena alam “Blue Tears” yang menakjubkan. Pantai Tusan Subis merupakan pantai paling popular di Bekenu, Miri dan mempunyai pantai yang sangat panjang.
Lagi menarik, sekitar Pantai Tusan Subis juga adalah berbukit, jadi anda boleh melihat suasana Laut China Selatan dari sudut yang lebih menarik.
Alamat : Pantai Tusan Subis, Kampung Terahat, 98150 Bekenu, Sarawak
Habibi Cake Shop


Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli buah tangan! Kek lapis Sarawak sangat sedap dan popular. Anda boleh melihat sendiri terdapat banyak jenis perisa dan aneka kuih lain. Di Habibi Cake Shop anda boleh memilih sendiri ikut kesukaan anda.
Alamat : Habibi Cake Shop, No. 791, Ground Floor, Jalan Bintang Jaya 4, 98000 Miri, Sarawak Dibuka : setiap hari (9 am – 7 pm)
Dengan senarai tempat menarik Sarawak 2024 ini diharapkan ia dapat membantu anda untuk mengenali lebih berkenaan percutian di negeri Sarawak. Terdapat banyak keindahan negeri yang belum kita terokai.