Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024

Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 7

Sekarang dunia sudah semaki maju dengan Apple Vision Pro! Tidak menjadi rahsia lagi untuk Apple memasuki dunia VR/AR yang mana hadir melalui pengenalan sebuah peranti baharu yang diberi nama Apple Vision Pro.

Kedengaran namanya juga sudah boleh menggambarkan bahawa kita akan memasuki alam dunia baharu digital. Ramai yang mula tertanya-tanya apakah keistimewaan dan tawaran yang menarik menanti pengguna diluar sana.

Sebab Anda Perlu Beli Apple Vision Pro

Apakah Itu Apple Vision Pro?

image 77
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 8

Apple Vision Pro adalah merupakan peranti Virtual Reality yang dibangunkan oleh Syarikat Apple. Ia mula diumumkan pada 2 Februari tahun 2024. Peranti ini adalah merupakan peranti Apple yang terdahsyat buat masa ini kerana ia mempunyai keupayaan yang belum ada pada peranti lain.

Dicipta untuk memenuhi keperluan dan kemudahan pengguna dengan cara baharu, Apple Vision Pro dapat dikawal menggunakan suara, mata dan tangan sahaja.

Spesifikasi Lengkap Apple Vision Pro

image 79
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 9

Berikut adalah merupakan spesifikasi yang tersedia dalam Apple Vision Pro yang boleh anda rujuk pada maklumat yang tersedia dalam jadual dibawah:

SpesifikasiPenerangan
KapasitiTersedia dalam kapasiti 256GB, 512GB, dan 1TB.
Paparan-23 juta piksel.
-Sistem paparan 3D.
-Mikro-OLED dengan piksel berukuran 7.5-mikron.
-92% DCI-P3.
-Kadar penyegaran sokongan: 90Hz, 96Hz, 100Hz.
-Sokongan untuk pemutaran ganda 24fps dan 30fps untuk video bebas gegar.
Pemantulan VideoHingga 720p AirPlay untuk memantulkan pandangan ke peranti yang membolehkan AirPlay.
Cip-CPU 8 teras dengan 4 teras prestasi dan 4 teras kecekapan.
-GPU 10 teras.
-Neural Engine 16 teras.
-Memori bersatu 16GB.
-Photon-to-photon latency 12-milidetik.
-Lebar jalur memori 256GB/s.
Kamera-Sistem kamera utama stereoskopik 3D.
-Pengambilan gambar dan video spatial.
-Aperture ƒ/2.00, 18 mm.
-6.5 megapiksel stereo.
Sensor-Dua kamera utama beresolusi tinggi.
-Enam kamera penjejakan dunia.
-Empat kamera penjejakan mata.
-Kamera TrueDepth.
-Pemindai LiDAR.
-Empat unit pengukuran inersia (IMU).
-Sensor berkedip.
-Sensor cahaya ambiyen.
-Pengesahan biometrik berdasarkan iris.
Teknologi Audio-Audio Spatial dengan pengesanan kepala dinamik
-Pengesanan sinaran audio dan ruang audio diperibadikan
-Tatasusunan enam mikrofon dengan bentuk pancaran arah
-Menyokong sambungan ultra-rendah-pendaman H2‑ke‑H2 ke AirPods Pro (generasi ke-2) dengan MagSafe Charging Case (USB‑C)
Main Balik AudioFormat yang disokong termasuk AAC, MP3, Apple Lossless, FLAC, Dolby Digital, Dolby Digital Plus dan Dolby Atmos
Main Balik VideoFormat yang disokong termasuk HEVC, MV‑HEVC, H.264, HDR dengan Dolby Vision, HDR10 dan HLG
Bateri-Sehingga 2 jam penggunaan umum
-Tontonan video sehingga 2.5 jam
-Apple Vision boleh digunakan semasa mengecas bateri
Sambungan dan Wireless-Wi‑Fi 6 (802.11ax)
-Bluetooth 5.3
Sistem PengendalianvisionOS
Input-Tangan
-Mata
-Suara
Aksesori Input yang Disokong-Papan kekunci
-Trackpads
-Game Controll
Jarak Antara Mata (IPD)51–75 mm
Berat Peranti21.2–22.9 ounces (600–650 g)
Aksesibiliti-VoiceOver
-Zoom
-Color Filters
-Hearing Device Support
-Closed Captioning
-Voice Control
-Switch Control
-Dwell Control
-Pointer Control
-Support for Made for iPhone bi‑directional hearing aids
-Support for Made for iPhone switch controllers

Berapa Harga Apple Vision Pro di Malaysia?

Apple Vision Pro kini dijual di Amerika Syarikat dengan harga USD3,499 (RM16,000). Buat masa sekarang pihak Apple menjelaskan bahawa mereka dalam perancangan untuk pasaran antarabangsa.

Untuk harga Apple Vision bakal hadir dengan cip Apple M2 dan cip Khas R1 yang dijangka akan dijual pada harga RM16,000.

Prestasi Apple Vision Pro

image 81
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 10

Peranti terbaru Apple ini sangat menakjubkan yang mana peranti di kepala adalah merupakan sebuah PC yang boleh dikawal dengan tangan, suara dan mata. Dengan menggunakan cip Apple M2 yang merupakan cip sama diguna oleh i-Mac.

Bayangkan anda boleh menggunakan pelbagai tugasan kerja seperti membuka beberapa tab dalam satu masa dan tanpa lag.

Soalan Lazim Berkaitan Apple Vision Pro

Bagaimana Mengecas Apple Vision Pro?

Ia boleh dicas melalui sebuah pengecas magnetik. Kaedah pengecasan adalah boleh dipautkan pada bahagian belakang Apple Vision Pro, sama seperti pengecas MagSafe pada iPhone. Pengecas ini boleh dikunci dengan memusingnya dalam arah jam.

Cara untuk Mengawal Apple Vision Pro

Untuk mengawal Apple Vision ia adalah tanpa perlu alat kawalan. Menariknya ia apabila boleh dikawal menggunakan tangan, suara dan gerakan mata.

Untuk mengawal, anda boleh melakukan dengan pandangan mata, manakala kamera luaran set kepala boleh menjejak gerakan jari anda. Untuk fungsi klik, anda hanya perlu sentuhkan jari telunjuk dengan ibu jari.

Bolehkah Menggunakan Apple Vision Pro Dengan Cermin Mata?

Untuk makluman, tidak boleh guna Apple Vision sambil memakai cermin mata. Apa yang anda perlu adalah masukkan kanta ZEISS dalam Vision Pro untuk membetulkan pandangan anda, dan kanta ini boleh dibeli secara berasingan.

Kanta ZEISS ini masih tidak diketahui harga rasminya dari Apple, Tetapi dijangkakan harganya sekitar USD200 ke USD300 (RM920 ke RM1,380). Bagi mereka yang menggunakan cermin mata khas atau bifocals, anda mungkin perlu membayar lebih.

Untuk mereka yang menggunakan kanta sentuh, anda mungkin tidak mempunyai masalah dengan Apple Vision.

Berapa Berat Apple Vision Pro?

Peranti ini mempunyai berat yang lebih ringan berbanding set kepala jenama lain kerana baterinya berasingan dan dihubungkan melalui kabel. Sebagai contoh, PlayStation VR2 mempunyai berat 600g (sama dengan iPad Pro), manakala Apple Vision Pro dikatakan sekitar 500g sahaja (sama berat dengan iPad mini).

Oleh sebab baterinya berada di luar, set kepala Apple Vision sahaja adalah lebih ringan daripada kebanyakan set kepala jenama lain.

Apakah Saiz Apple Vision Pro?

image 80
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 11

Apple mengatakan boleh digunakan beberapa skrin maya berukuran 100 inci! Anda juga boleh hasilkan satu skrin gergasi yang melengkung untuk berikan pengalaman imersif. Kanta pada Apple Vision Pro mempunyai ukuran 1.4 inci dengan resolusi 4K dan ketumpatan piksel 4,000 piksel per inci.

Ia juga boleh ditetapkan menjadi skrin 4K yang hampir mengelilingi anda dalam semua arah

Adakah Boleh Digunakan Sebagai Mudah Alih?

Peranti ini tidak perlu dihubungkan kepada komputer atau elektrik. Walaubagaimanapun, anda perlu bawa bersama sebuah paket bateri yang dihubungkan melalui wayar secara bersama.

Adakah Orang Sekeliling Boleh Mendengar Audio?

Anda boleh menggunakan pembesar suara pada set kepala ini,Jadi kemungkinan orang di sekeliling anda boleh mendengar audio yang dihasilkan daripadanya. Boleh juga disetkan bunyi limit untuk anda sahaja.

Bolehkah Bermain Game dengannya?

image 82
Review Terbaik Harga Apple Vision Pro Malaysia 2024 12

Boleh digunakan untuk bermain game. Untuk Apple, mereka sekarang sedang membangunkan game khas untuk Apple Vision Pro, pengguna masih boleh mainkan game sedia ada yang ditawarkan dalam Apple Arcade. Selain itu, pengguna juga boleh hubungkan pengawal PlayStation 5 DualSense dengan Apple Vision Pro.

Bolehkah saya melakukan tugasan kerja dengannya?

Sememangnya peranti ini dicipta untuk melakukan tugas kerja. Anda boleh menaip dengan papan kekunci maya yang terapung atau papan kekunci dan tetikus yang dihubungkan secara Bluetooth yang anda boleh connect. Selain itu, boleh juga dihubungkan dengan komputer MacBook atau lain-lain peranti Apple yang menyokong penggunaan Vision Pro.

Terdapat juga kelebihan lain seperti kongsi skrin MacBook(mirrored) pada Apple Vision Pro untuk paparan yang lebih besar. Selain itu, ia boleh menampung tugas multitasking.

Bilakah Apple Vision Pro Tiba Di Malaysia?

Apple Vision Pro kini mula dijual di Amerika Syarikat, manakala negara-negara lain termasuk Malaysia mungkin akan menerimanya selewat 2025.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati