Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah

tempat menarik sabah 2024
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 12

Cuti sekolah sudah datang! Jom bercuti di tempat menarik Sabah 2024 yang menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan dalam melawat negeri Sabah. Kami terpanggil untuk memberi cadangan tempat menarik Sabah 2024.

Berikut adalah merupakan senarai tempat menarik Sabah 2024 yang anda boleh ketahui maklumat ringkas berkenaan lokasi dan kos.

Senarai Tempat Menarik Sabah 2024

5 senarai tempat menarik Sabah 2024 yang disusun bertujuan untuk membantu anda membuat perancangan dan idea bercuti di negeri Sabah.

Taman Laut Tungku Abdul Rahman

Screenshot 2024 02 08 143431
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 13
Screenshot 2024 02 08 143401
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 14

Jika anda pertama kali bercuti di Kota Kinabalu, melakukan aktiviti island hopping di pulau-pulau seperti Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan adalah wajib dicuba. Pulau-pulau ini adalah sebahagian daripada kawasan pelancongan di dalam Taman Laut Tungku Abdul Rahman.

Snorkeling dan bersantai di pantai di sini memang menyeronokkan & air di sekitar pulau juga sangat jernih. Pulau-pulau ini terletak bersebelahan dan tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke semua pulau ini dengan menaiki bot.

Alamat : Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi Bot di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu
Pergi: Bermula 8.30 am (Setiap 30 minit)
Balik: Bermula 12.00 pm – 5.00 pm (Setiap 1 jam
Bayaran Yuran Jeti:
Dewasa: RM 7.65
Kanak-Kanak: RM 3.85

Bayaran Yuran Taman Laut Tungku Abdul Rahman:
Dewasa:
Pelancong Malaysia:RM 3.00
Pelancong Asing: RM 10.00
Kanak-Kanak:
Pelancong Malaysia: RM 1.00
Pelancong Asing: RM 6.00

Pulau Mantanani

img 0009 renamed 23004 1400x1050 18
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 15
dscf1473 1400x1050 27
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 16

Pulau ini tidaklah sepopular Pulau Mabul, Namun kecantikan air dan pesisir pantainya tetap setara dengan pulau cantik lain di Sabah! Tempat menarik Sabah 2024, Pulau Mantanani terkenal satu ketika dahulu kerana menjadi lokasi kegemaran untuk pelancong melihat dugong, dolfin dan plankton yang berwarna biru pada waktu malam.

Ada beberapa resort yang mengadap laut di sini yang sangat cantik untuk penginapan anda seperti Bambaran Beach Resort, Low Price Holiday, Mari-Mari Mantanani, Mantanani Dream & Palm Beach.

Alamat : Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah
Bot di jeti Kota Belud
 : 8.00 am – 3.00 pm

Desa Cattle Fairy Farm

74609465 1497042490459142 6036628207279538176 n
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 17
81833575 2441037759559192 8305599008156418048 n
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 18

Desa Dairy Farm ini mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik. Satu pengalaman yang sangat bernilai untuk anda nikmati. Anda boleh melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana perusahaan sebuah ladang lembu dijalankan disana.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Desa Dairy Farm ialah:

  • Memberi susu kepada anak lembu
  • Melihat cara memerah susu
  • Belajar proses penghasilan produk tenusu.

Anda juga boleh menikmati pelbagai produk tenusu seperti Fresh Cheese, Aged Cheese, Gelato (Soft), Natural Yogurt, aiskrim dan sebagainya.

Alamat : Desa Cattle Fairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu Operasi : 8.00am – 5.00 pm
Harga Tiket Desa Cattle Fairy Farm
 :
Pelancong Malaysia
Dewasa: RM 3.00
Kanak-Kanak: RM 1.00

Lok Kawi Wildlife Park

KotaKinabaluandLokKawiWildlifeParkTour
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 19
10011f000001h394w21AC scaled
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 20

Lihat kehidupan alam dan hidupan liar di Lok Kawi Wildlife Park di Kinabalu! Lokasinya juga mudah diakses dari Kota Kinabalu diantara 40 minit memandu sahaja.

Didirikan sejak 2007 dan dibangunkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, Lok Kawi Wildlife Park mempunyai 2 bahagian tempat menarik iaitu Botanical & Zoological.

Alamat : W.D.T No.63, Jalan Penampang, 89507 Penampang, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi Lok Kawi Wildlife Park
: 9.30 am – 5.30 pm ( setiap hari)
Waktu Operasi Lok Kawi Wildlife Park:

Pelancong Tempatan: RM 10.00
Pelancong Asing: RM 20.00

Gaya Street Sunday Market

14640229805 2a45abe42d b
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 21
KotaKinabalu Sabah Gaya Street Sunday Market 12
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 22

Jom kenali Gaya Street Sunday Market! Pasar pagi yang beroperasi pada hujung minggu di Kota Kinabalu iaitu pada hari ahad. Disini dipasarkan pelbagai benda menarik seperti makanan yang bermacam, koleksi kraftangan dan lain-lain yang unik.

Sangat popular di kalangan pelancong bagi menerokai pelbagai produk tempatan untuk dijadikan buah tangan serta cenderahati untuk dibawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan disini seperti baju, keychain, makanan kering dan lain-lain.

Alamat : Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Dibuka : 6.30 am – 1.00 pm ( Hari Ahad sahaja)

Dengan senarai tempat menarik Sabah 2024 ini diharapkan ia dapat membantu anda untuk mengenali lebih berkenaan percutian di negeri Sabah. Jom rancang cuti anda!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati