Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam dan Adab Bersalam Dalam Islam

Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam
Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam

Di Malaysia, ada kebiasaan amalan ziarah menziarahi ketika hari raya oleh ahli keluarga. Namun mesti kita tertanya-tanya “Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam?”. Bersalam adalah merupakan satu tanda hubungan yang baik dengan niat untuk bertegur sapa dan berkasih sayang sesama kita. Namun, Islam menetapkan beberapa batasan dalam pergaulan diantara lelaki dan perempuan.

Dengan siapa kita boleh bersalam adalah penentuan dengan siapa kita layak bersentuhan dan tidak diharamkan keatas kita. Hikmah mempunyai batasan dalam Islam adalah untuk menjaga kehormatan dan maruah diri. Jom ikuti penerangan lengkap berkenaan dengan siapa kita boleh bersalam dan dengan siapa kita tidak boleh bersalam.

Berkenaan Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam

image 10

Di dalam Islam, wajib kita menjaga pergaulan dan mengelakkan daripada sengaja menyentuh ajnabi (boleh berkahwin) dan bukan mahram. Ini adalah keindahan islam yang memupuk umat mempunyai malu dan menjaga batasan berlainan jantina.

Akan diterangkan mengenai dengan siapa kita boleh bersalam dengan bahagian seperti dibawah:

  1. Mahram bagi lelaki (boleh bersalaman)
  2. Bukan mahram bagi lelaki (tidak boleh bersalaman)
  3. Mahram bagi perempuan (boleh bersalaman)
  4. Bukan mahram bagi perempuan (tidak boleh bersalaman)

Berikut adalah penerangan lengkap berkenaan dengan siapa kita boleh bersalam

Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Bagi Lelaki

image 12

Berikut adalah penerangan bagi lelaki mengikut mahram dan bukan mahram:

Mahram Bagi Lelaki (Dibolehkan Bersalaman)

Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat (hubungan kekeluargaan)

  • Ibu kandung.
  • Nenek (ibu kepada ibu).
  • Nenek (ibu kepada bapa).
  • Anak perempuan.
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  • Adik beradik perempuan seibu.
  • Adik beradik perempuan sebapa.
  • Cucu perempuan (dari anak lelaki).
  • Cucu perempuan (dari anak perempuan).
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu. Yakni anak-anak saudara perempuan atau anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah (perkahwinan)

  • Isteri kepada bapa (ibu tiri). Sama dengan isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
  • Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Sama dengan isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
  • Ibu kepada isteri (ibu mertua).
  • Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan

  • Ibu susuan.
  • Adik beradik perempuan susuan.
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
  • Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
  • Anak susuan perempuan.
  • Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.

Bukan Mahram Bagi Lelaki (Tidak Dibolehkan Bersalaman)

Berikut senarai bukan mahram untuk lelaki:

  • Isteri kepada bapa saudara.
  • Sepupu perempuan.
  • Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
  • Adik ipar (perempuan).
  • Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.

Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Bagi Perempuan

image 11

Untuk perempuan pula berikut adalah senarai boleh bersalam bagi mahram dan bukan mahram:

Mahram Bagi Perempuan (Dibolehkan Bersalaman)

Untuk perempuan, perlu ketahui senarai mahram adalah seperti berikut:

  • Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
  • Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
  • Adik beradik lelaki.
  • Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
  • Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
  • Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
  • Bapa susuan.
  • Adik beradik susuan yang lelaki.
  • Bapa mertua.
  • Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).

Bukan Mahram Bagi Perempuan (Tidak Dibolehkan Bersalaman)

Berikut adalah merupakan individu bukan mahram yang tidak dibolehkan untuk bersalam:

  • Suami kepada ibu saudara.
  • Sepupu lelaki.
  • Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
  • Adik ipar (lelaki).
  • Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.

Pastikan anda mengikut dan mengetahui dengan siapa kita boleh bersalam, Penting juga untuk anda ikuti adab-adab bersalam yang kami sediakan dibawah.

Senarai Adab Salam dan Berjabat Tangan

image 9

Melalui perkongsian daripada Facebook, Ahmad Raje terdapat adab salam dan berjabat tangan yang boleh ketahui seperti berikut:

  1. Orang yang memberi salam terlebih dahulu, tanpa menunggu orang lain memberi salam, ialah yang lebih dekat di sisi Allah. (Hadis Sahih Bukhari)
  2. Dalam salam, hendaklah menyapa semua orang, laitu orang yang dikenali dan tidak dikenali.
  3. Orang yang lebih muda mestilah menyapa orang yang lebih tua, mereka yang berjalan memberi salam kepada yang duduk dan yang sedikit memberi salam kepada yang lebih ramai.
  4. Hendaklah beri salam kepada orang yang berpisah walaupun perpisahan itu hanya sebentar (umpamanya di sebalik tembok). (Baihaqi)
  5. Hendaklah beri salam apabila masuk atau meninggalkan rumah (samada rumah sendiri atau orang lain) Allah adalah yang menjamin untuk seseorang yang memberi salam dan (kemudian) masuk ke dalam rumah. (Al Adabul Mufrid)
  6. Hendaklah membei salam dengan kuat bagi (orang yang salam itu ditujukan) supaya ia mendegarnya.
  7. Jika orang ketiga memberi salam di sampaikan kepada kita, maka hendaklah dijawab dengan kalimah “Wa a’alaika wa a’dai hissalam” Ertinya: Salam buat kamu dan dia. ( Riwayat Abu Daud)
  8. Melalui Nabi SAW, cara yang sempurna memberi salam adalah dengan berjabat tangan. (Mishkaat)
  9. Semasa berjabat tangan sebaik-baiknya disertakan dengan berselawat ke atas Nabi SAW.
  10. Sebaik-baiknya berjabat tangan dengan mengunakan kedua-dua belah tangan dan hendaklah melihat kepada mata orang yang bersalam dengan kita.
  11. Elakkan mengoncang-goncangkan tangan semasa bersalam atau bersalam mengikut cara barat.

Semoga kita dapat mengamalkan sesama kebaikan kerana kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang baik dan menyenangkan orang lain.

1 komen

  1. Say nak article mengenai away bersalam dgn menantu tiri lelaki dan cucu lelaki yg bukan dr darah daging sebelah suami, urgent TK

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati