Adakah anda tahu cara untuk dapatkan Bank Statement Maybank dengan Mudah dan Pantas ? Cara untuk mendapatkan Bank Statement Maybank tidaklah sukar seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak.
Hal ini kerana, sekiranya anda telah mendaftar dengan Maybank2u ianya telah memudahkan anda untuk mendapatkan penyata bank Maybank dengan mudah dan pantas tanpa perlu pergi ke bank yang terdekat. Oleh itu, kami akan kongsikan cara untuk dapatkan Bank Statement Maybank dengan mudah dan pantas.
Bank Statement Maybank untuk Pengguna
Isi Kandungan
Pada masa kini, penggunaan akaun bank sangat penting kepada semua orang dan kebanyakan masyarakat kini mempunyai satu akaun bank di Malaysia sebagai medium transaksi kewangan. Setiap bank mempunyai kemudahan yang sama.
Oleh itu, setiap orang perlulah bijak memilih cawangan bank yang sesuai dengan keperluan yang dapat memberi pelbagai manfaat kepada mereka. Justeru itu, Maybank adalah sebuah cawangan kewangan yang sangat baik dan polupar di Malaysia.
Apakah Itu Bank Statement Maybank?
Bank Statement Maybank merupakan satu dokumen yang menyenaraikan urusan kewangan akaun anda. Penyata bank akan menyenaraikan jumlah atau amaun duit dan kredit berserta tarikhnya untuk kegunaan pelanggan.
Kegunaan Bank Statement Maybank
Bank Statement Maybank ialah dokumen bukti aliran kewangan yang sangat penting untuk pelbagai urusan rasmi. Penyata bank kebiasaannya digunakan untuk sebarang urusan pembelian yang berjumlah besar seperti peminjaman untuk pembelian kereta atau rumah.
Hal ini kerana, pihak bank yang hendak memberikan pinjaman kepada si peminjam hendaklah terlebih dahulu memastikan dan menyemak:
1. Aliran pengeluaran dan masuk duit anda |
2. Pengurusan kewangan anda |
3. Wang tunai dalam akaun anda |
Bank Statement Maybank inilah yang berfungsi untuk memudahkan pihak bank yang memberikan pinjaman untuk menyemak kelayakan anda membuat pinjaman dan Bank Statement Maybank ini juga akan memudahkan segala urusan peminjaman anda untuk ke langkah yang seterusnya.
Panduan Pengguna untuk Dapatkan Bank Statement Maybank
Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online
Untuk mendapatkan penyata bank Maybank terdapat dua kaedah, iaitu dari Maybank2u dan aplikasi Mae.
Cara Download Penyata Bank Dari Maybank2u
Cara dapatkan Bank Statement Maybank Online dengan mudah dan pantas adalah secara atas talian sahaja melalui portal Maybank2u anda. Berikut adalah langkah mudah yang anda boleh ikuti:
- Cara pertama anda mestilah log masuk ke akaun Maybank2u milik anda.
- Seterusnya, lihat pada bahagian menu dan pilih e-Bills & Statements
- Klik pada tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account dll
- Pilih View Statements
- Seterusnya, Bank Statement anda akan dipaparkan dan anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut.
- Jika ingin memuat turun penyata Maybank tersebut sila klik pada butang “Download” atau “Muat turun”.
- Jika ingin menghantar Bank Statement Maybank tersebut secara fizikal, maka anda hendaklah klik “Print” pada penyata bank tersebut.
- Selesai.
Cara Download Penyata Bank Dari MAE
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Bank Statement Maybank dengan mudah dan pantas melalui aplikasi MAE anda. Berikut adalah cara-caranya:
- Pertama sekali, anda mestilah masuk ke dalam aplikasi MAE
- Seterusnya, sila tekan Maybank2u pada bahagian bawah menu dan lengkapkan proses pengesahan tersebut.
- Selanjutnya, sila tekan pada akaun MAE.
- Seterusnya, sila tekan pada View Statements.
- Pada bahagian seterusnya, anda diminta untuk memuat turun penyata MAE mengikut tahun dan bulan. Oleh itu, untuk memuat turun penyata tersebut, sila tekan pada butang Share yang terletak di penjuru atas kanan.
- Seterusnya, anda boleh berkongsi ke aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram atau simpan dokumen tersebut dalam bentuk PDF.
- Selepas itu, anda akan dapat menyemak transaksi penyata akaun Maybank anda seperti aliran keluar masuk duit anda dengan lebih terperinci.
Berikut adalah panduan video untuk dapatkan penyata bank melalui aplikasi Mae:
Cara Dapatkan Penyata Akaun Maybank di Kaunter
Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai Bank Statement Maybank anda melalui laman akaun Maybank2u, anda boleh mendapatkan penyata bank di mana-mana cawangan Maybank dengan pergi sahaja ke kaunter cawangan Maybank yang berdekatan dengan anda.
Berikut adalah langkah-langkah dapatkan penyata bank Maybank di kaunter:
- Pertama, anda mestilah mengambil nombor giliran
- Tunggu nombor giliran anda dipanggil
- Hadir ke kaunter apabila nombor giliran anda telah dipanggil
- Pastikan anda membawa Kad ATM atau debit Maybank anda dan berserta dengan kad pengenalan anda untuk proses pengesahan.
Cara Print Bank Statement Maybank2u
- Pertama sekali, sila masuk dan login ke aplikasi Maybank2u
- Seterusnya, sila masukkan Username dan Password anda.
- Setelah berjaya masuk ke dalam akaun Maybank2u anda, sila klik pada bahagian “saving account”.
- Selepas itu, sila lihat pada bahagian bawah sekali dan sila tekan “view statement”.
- Selepas itu, pada bahagian atas sekali, sila pilih tahun atau bulan yang anda hendak print.
- Selepas anda telah pilih tarikh yang hendak inginkan, kemudian bank statement akan dipaparkan.
- Kemudian, sila klik icon download
- Selepas download, sila buka file penyata akaun dalam bentuk PDF tersebut.
- Klik icon print untuk print penyaka akaun bank anda.
- Kemudian sila tekan butang “Print” dan pilih printer anda.
- Selesai.
Soalan FAQs Berkenaan Bank Statement Maybank
Bolehkah dapat bank statement dari online?
Ya, boleh. Samaada melalui maybank2u atau aplikasi MAE.
Bagaimana nak dapatkan bank statement 3 bulan?
Boleh dapatkan dengan anda membuat suntingan berdasarkan tempoh tetapkan.
Berapa kali saya boleh download bank statement?
Setakat ini, boleh download sebanyak yang mungkin dan berdasarkan terma dan syarat pihak Maybank.
Adakah boleh saya dapatkan bank statement untuk dua tahun lepas?
Untuk dapatkan statement bagi tahun-tahun lepas disarankan rujuk pihak maybank.
Adakah semua transaksi tertera dalam penyata bank?
Ya, sebab penyata bank merekod semua transaksi anda.
boleh ke pergi ambil bank statement di kaunter cawangan mana2 Maybank..TANPA membawa kad bank