Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Mysalam RM700

Bantuan Mysalam RM700
Bantuan Mysalam RM700

Terkini : Bantuan Mysalam RM700 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini | Semak Kelayakan Anda Disini !. Kini, kerajaan telah mula memperkenalkan skim bantuan bernilai RM700 kepada yang layak.

Untuk makluman anda, bermula bulan November lepas sehingga Disember 2022 ini terdapat bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu memohon iaitu bantuan MySalam.

Bantuan MySalam ini ialah merupakan langkah skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberi khidmat perlindungan takaful untuk golongan yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

dove 7049205 640
Bantuan Mysalam RM700

Skim itu bermatlamat menolong memudahkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dalam menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit.

Terkini : Bantuan Mysalam RM700 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini | Semak Kelayakan Anda Disini !

MANFAAT DARIPADA BANTUAN KHAS RM700 AUTOMATIK

Antara manfaat yang akan diperoleh oleh pemohon yang berkelayakan adalah seperti berikut:

  1. Memperoleh bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan dimaklumkan.
  2. Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun dengan kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima BKM yang layak mulai tahun 2022.

Baca Juga:

Bantuan Khas RM700

Bantuan Tambahan RM500 Dikreditkan Sehingga Disember Ini

SYARAT KELAYAKAN MYSALAMB

Senarai dibawah adalah syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan:

  • Hendaklah berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.
  • Individu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan mempunyainpendapatan tahunan yang kurang daripada RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun yang mempunysi pendapatan RM24,000 setahun.

INILAH CARA UNTUK TEBUS MYSALAM

Berikut ialah cara menebus bantuan MySalam RM700:

Penerima BSH/BPR akan LAYAK SECARA AUTOMATIK, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.

Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem SMS

Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda boleh menghantar e-mel di [email protected] atau hubungi 1-300-888-938

 

SENARAI PENYAKIT YANG DAPAT MENUNTUT BANTUAN KHAS AUTOMATIK RM700

Berikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menuntut bantuan MySalam:

  • Meningitis bakteria
  • Alzheimer / demensia yang teruk
  • Kanser
  • Pembedahan otak
  • Koma
  • Gejala Penuh AIDS
  • Serangan jantung
  • Jangkitan HIV
  • Strok
  • Dan lain-lain penyakit kritikal – boleh rujuk SINI

SOALAN LAZIM TENTANG PENUBUHAN SKIM mySALAM

Tujuan mySalam
1. Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin memberikan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial bagi menolong golongan miskin yang memerlukan bantuan mengekang masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful merupakan sebahagian daripada penyelesaian Kerajaan untuk menolong dan menyenangkan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah untuk meneruskan kehidupan yang biasa seperti orang lain apabila berhadapan dengan dugaan kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

2. Berapa banyak jumlah wang yang telah diperuntukkan untuk mySalam?

Tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

3. Bagaimanakah dana untuk mySalam dikumpul?

Permulaan dana sebanyak RM2 bilion untuk tabung amanah mySalam didanai oleh Great Eastern Holdings (GEH).

Kerajaan menjangkakan peningkatan di dalam saiz tabung amanah pada masa akan datang dengan tambahan sumbangan dari GEH, syarikat-syarikat insurans dan juga sumber-sumber lain untuk memastikan kemampanan dana ini dalam jangka masa panjang.

4. Mengapa syarikat (GEH) mendanai RM2 bilion?

Mengikuti peraturan perlesenan insurans semasa, syarikat insurans asing tertentu hendaklah melepaskan 30% daripada syer saham mereka kepada pelabur lokal. Tapi, proses melepaskan pelaburan oleh syarikat-syarikat asing ini telah alami kelewatan dan kesukaran disebabkan daripada penilaian dan pertimbangan kadar kecairan dalam pasaran.

Disebabkan itulah, kerajaan terbaru telah sepakat untuk meluluskan cadangan alternatif untuk kompeni insuran yang berkenaan supaya memberikan sumbangan yang besar kepada tabung amanah mySalam.

5. Bagaimanakah kadar sumbangan RM2 bilion kepada mySalam diputuskan?

Sebagai tukaran kepada melepaskan 30% daripada syer saham yang mereka miliki kepada pelabur tempatan lain, Kerajaan telah memohon sumbangan kewangan berjumlah 10 hingga 12 kali anggaran keuntungan GEH yang diramalkan akan lepaskan apabila mereka melepaskan saham.

Merujuk kepada profit bersih GE Malaysia berjumlah RM792 juta untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017, 30% keuntungan yang dilepaskan oleh pemegang saham sedia ada berjumlah sebanyak RM238 juta.

Nilai diskaun semasa untuk keuntungan yang dilepaskan selama 10 tahun akan bernilai kira-kira RM2 bilion.

Setelah rundingan dibuat, nilai sebanyak RM2 bilion, dengan potensi ditingkatkan lagi di masa hadapan, telah dipersetujui oleh GEH.

6. Mengapakah Kerajaan memilih untuk menerima sumbangan kepada mySalam dari melepaskan saham kepada pelabur atau institusi kewangan tempatan?

Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Kerajaan telah menetapkan untuk menerima sumbangan yang telah dirunding kepada mySalam kerana:

a. mySalam akan memanfaatkan hampir 8 juta individu yang berada di dalam kumpulan B40 yang memerlukan perlindungan. Mereka merupakan 12% daripada jumlah penduduk, atau 18.8% daripada populasi orang dewasa Malaysia.

b. Pemberian bayaran untuk penyakit kritikal tersebut akan dilaburkan kembali kepada sistem kesihatan awam

c. Melepaskan saham kepada pelabur dan institusi kewangan awam hanya akan menumpukan pulangan kewangan kepada segmen-segmen penduduk negara yang sedia ada mewah.

d. Melepaskan 30% saham juga merupakan pembayaran wang yang besar secara lansung kepada pemegang saham asing syarikat insurans tersebut.

Oleh itu, Kerajaan memilih untuk menerima sumbangan RM2 bilion kepada tabung amanah mySalam yang dapat memanfaatkan sejumlah bilangan yang besar di kalangan golongan yang memerlukan, berbanding daripada membuat bayaran yang hampir besar kepada pemegang saham asing GEH yang hanya akan menguntungkan segelintir pihak.

7. Adakah 8 juta individu akan menjadi pelanggan Great Eastern Takaful Berhad (GETB) secara automatik?

8 juta individu tersebut tidak akan menjadi pelanggan GETB di bawah skim mySalam secara automatik kerana ia merupakan skim yang dimiliki oleh Kerajaan. Semua maklumat yang diambil adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Akan tetapi, semua kompeni insurans atau pengendali syarikat takaful yang mengambil bahagian akan kolaborasi dengan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk memperkenalkan produk-produk yang diluluskan untuk menggalakkan penggunaan produk insurans/takaful yang lebih meningkat bagi memastikan perlindungan insurans/takaful yang lebih banyak di kalangan golongan B40.

Ini juga termasuklah mempromosikan Dana Tenang, produk mikro-insurans/takaful yang telah diwar-warkan oleh BNM, seperti dimaklumkan oleh Menteri Kewangan di dalam ucapan Belanjawan 2019.

8. Adakah GEH mendapat keuntungan daripada sumbangannya melalui takaful mySalam.

Tidak sama sekali. GEH tidak pernah mendapat keuntungan secara langsung daripada sumbangan mereka.

Kos caruman takaful untuk 8 juta sijil diberikan pada harga kos iaitu RM112 setiap tahun untuk lima tahun. Pengiraan caruman ini sedang disemak oleh BNM.

Sebagai sebahagian daripada persepakatan bersama GEH, seandainya tuntutan takaful di buat tempoh lima (5) tahun ini beranggaran kurang daripada jumlah caruman yang telah dibayar untuk takaful, baki lebih akan disalurkan semula ke Tabung Amanah mySalam.

9. Bagaimanakah cara Kerajaan hendak memastikan kemampanan mySalam?

Pemberian sumbangan awal RM2 bilion diramal mampu menanggung pelan ini selama 5 tahun.

Kerajaan meramalkan akan dapat mengembangkan saiz tabung amanah ini dengan sumbangan lebihan dari GEH, syarikat-syarikat insurans, dan juga sumber kewangan lain untuk memastikan kemampanan tabung ini dalam jangka lama.

Pada masa yang sama, sekiranya penerima tidak lagi di bawah kategori B40, tetapi masih ingin membeli insurans/takaful persendirian, mereka dibolehkan untuk berbuat demikian menerusi mana-mana syarikat insurans/pengendali takaful swasta termasuk GETB.

10. Bagaimanakah faedah-faedah takaful ini direncanakan?

Cadangan mySalam ini tidak dirancang untuk menjadi sebuah skim takaful kesihatan sosial yang menyeluruh.

Walau bagaimanapun, ia merupakan batu loncatan buat Kerajaan untuk mula menyediakan jenis-jenis perlindungan bagi melindungi mereka yang sangat memerlukan berdasarkan kemampuan kewangan semasa Kerajaan.

Skim mySalam harus dianggap sebagai hanya sebahagian daripada program Kerajaan untuk memgubah keadaan kesihatan sosial rakyat Malaysia. Skim-skim lain termasuklah PeKa40 yang merupakan program perintis pemeriksaan kesihatan untuk individu B40 berusia 50 ke atas.

Skim mySalam dirancang berdasarkan dapatan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysian dan Bank Negara Malaysia, bahawa ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mempunyai simpanan kecemasan, dan juga kehilangan mata pencarian apabila menjalani rawatan di hospital.

Justeru, pembayaran RM8,000 dirancang supaya dapat memberi sumbangan yang substantif untuk rawatan perubatan yang diperlukan oleh penghidap penyakit kritikal di hospital kerajaan. Tambahan lagi, pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, sehingga 14 hari setahun ini dirancang untuk menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan, terutamanya untuk pencari nafkah utama isi rumah, dan berusaha menjadi lebih sihat tanpa perlu risau akan kehilangan pendapatan sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

Sejajar dengan skop dan keutamaan ini, skim mySalam dirancang dan pada masa yang sama untuk memastikan kemampanannya berdasarkan dana yang diberi.

Kesimpulannya, Bantuan Mysalam RM700 adalah merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu orang yang memerlukan. Kami mendoakan semoga dipermudahkan urusan semua ya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati