
Public Holiday Sarawak tahun 2024 ini merupakan cuti yang bermakna bagi penduduk di negeri Sarawak. Terdapat 22 tarikh cuti umum dan 53 minggu di negeri Sarawak pada tahun 2024 yang telah disiap maklum oleh Kerajaan negeri Sarawak.
Anda sedang mencari tempat menarik untuk melancong pada tarikh Public Holiday Sarawak? Untuk pengetahuan anda, Sarawak mengukir sejarah yang sangat penting tentang awal kehidupan manusia, bumi tua ini penuh dengan warna-warni yang menunggu untuk diterokai.
Anda akan dapat merasakannya apabila menjejakkan kaki ke tanah Sarawak, sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang bertempat di kepulauan Borneo.
Berkenaan Public Holiday Sarawak
Isi Kandungan
Senarai Public Holiday Sarawak 2024

Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan tarikh cuti umum 2024 berlaku di Sarawak. Tarikh ini boleh diubah suai jika perubahan rasmi diumumkan. Majikan harus sedar tentang cuti umum Sarawak untuk mengurus jangkaan perniagaan dan keperluan kakitangan dengan lebih baik bagi memastikan proses peralihan yang lancar.
Public Holiday | Tarikh | Hari |
---|---|---|
New Year’s Day | 1 Januari | Isnin |
Chinese New Year | 10 Februari | Sabtu |
Chinese New Year Holiday | 11 Februari | Ahad |
Chinese New Year Holiday | 12 Februari | Isnin |
Good Friday | 29 Mac | Jumaat |
Hari Raya Aidilfitri | 10 April | Rabu |
Hari Raya Aidilfitri Holiday | 11 April | Khamis |
Labour Day | 1 Mei | Rabu |
Wesak Day | 22 Mei | Rabu |
Hari Gawai | 1 Jun | Sabtu |
Hari Gawai Holiday | 2 Jun | Ahad |
Hari Gawai Holiday | 3 Jun | Isnin |
Agong’s Birthday | 3 Jun | Isnin |
Hari Raya Haji | 17 Jun | Isnin |
Awal Muharram | 7 July | Ahad |
Awal Muharram Holiday | 8 July | Isnin |
Sarawak Day | 22 July | Isnin |
Merdeka Day | 31 Ogos | Sabtu |
Prophet Muhammad’s Birthday | 15 September | Ahad |
Malaysia Day | 16 September | Isnin |
Prophet Muhammad’s Birthday Holiday | 16 September | Isnin |
Sarawak Governor’s Birthday | 12 October | Sabtu |
Christmas Day | 25 December | Rabu |
Senarai Tempat Bercuti Menarik di Sarawak

Keindahan flora dan fauna Sarawak tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Permukaan muka buminya dengan hutan sebagai aset yang penting bagi Sarawak menjadikan ia sebuah negeri yang menjadi habitat kepada ribuan spesies tumbuhan dan haiwan.
1. Borneo Happy Farm

Di Borneo Happy Farm, anda boleh membawa anak-anak melihat pelbagai jenis haiwan disamping memberi haiwan makan. Terletak di Jalan Batu Kawa -Bau, Borneo Happy Farm mempunyai tarikan tersendiri. Antara tarikan tersebut ialah Arowana Station, di mana pengunjung akan melihat sendiri dengan lebih dekat ikan arowana yang bersaiz besar serta boleh memberi ikan tersebut makan.
Di Bunny’s farm pula, anda boleh menyentuh dan memberi makan kepada arnab dan tikus belanda. Terdapat juga beberapa jenis mamalia dan burung seperti kerbau, kuda & kambing serta beberapa spesies itik yang turut dipertontonkan.
- Alamat: Lot 485, Jalan Pei Yuan Sungai Moyan No.3, Jalan Pei-Yuan Selatan, Jalan Batu Kawa-Bau, 93250 Kuching, Sarawak.
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: Tutup
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8:30am – 5:00pm
- Harga Tiket:
- Dengan MyKad
- Dewasa: RM30
- Kanak-kanak/ OKU/ Warga Emas: RM20
2. Kalimantan View Point

Kalimantan View Point ini sebenarnya diberi nama sedemikian kerana dari kawasan tanah tinggi ini anda boleh menikmati pemandangan yang mencecah Kalimantan, Indonesia. Panorama ini dapat dinikmati sambil badan diselimuti kedinginan udaranya yang bersuhu hanyalah dalam lingkungan 16 ke 28 darjah celsius sahaja.
Selain melihat pemandangan, aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah berjungle trekking, bermain golf atau mengayuh basikal sambil menikmati kehijauan alam. Untuk menuju ke sini, anda boleh memandu sehingga ke pintu masuk, dan kemudian berjalan kaki dalam sekitar 500 meter atau 20 minit untuk ke puncak.
- Alamat: Kalimantan View Point, Jalan Borneo, Padawan, Kuching 93100
3. Muzium Petroleum

Muzium Petroleum adalah sebuah muzium yang sungguh padat dengan info yang dapat membuka minda anda sekeluarga terutama sekali anak-anak tentang industri petroleum di Malaysia ataupun secara spesifiknya di Miri.
Terletak di Bukit Kanada, Miri, untuk menuju ke sini anda boleh berjogging atau mendaki sambil menikmati udara yang menyegarkan. Kawasan di sekitarnya juga cukup berangin, memang sesuai untuk dilawati sekiranya anda mencari ketenangan.
- Alamat: Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jalan Oil Well No. 1, 98000 Miri, Sarawak
4. Sibu Central Market

Kalau datang bercuti di Sarawak tapi tak singgah ke Sibu Central Market, macam tak sempurna sahaja. Mana tidaknya, dikenali sebagai pasar yang terbesar di Sarawak, pasar ini juga dikatakan pasar yang paling menarik di negeri ini.
Di pasar yang telah mula bertapak di Jalan Channel dari tahun 1996 ini anda boleh menemui pelbagai jenis barangan seperti buah-buahan yang eksotik, hasil kraftangan, sayur-sayuran dan banyak lagi.
- Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
5. Annah Rais Hotspring

Nak bermain air sambil menyihatkan badan? Anda boleh singgah ke Annah Rais Hotspring. Bukan sekadar menawarkan mandian air panas yang baik untuk kesihatan badan, dalam masa yang sama anda turut dapat tenggelam dalam keindahan flora dan fauna.
Suasana di sekitar kawasan air panas ini cukup tenang, hanyalah ditemani oleh bunyi cengkerik dan pemandangannya pula penuh dengan kehijauan yang diwarnai dengan kehadiran rama-rama.
Sebaik keluar dari kolam air panas ini pula, anda boleh menenggelamkan badan di dalam air sungai yang mengalir jernih dan sejuk untuk menyegarkan badan sebelum melakukan aktiviti menarik lain.
- Alamat: 93, Annah Rais Longhouse, Jalan Puncak Borneo, Kuching
- Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak–Kanak RM3