Senarai Tempat Awam yang Diwajibkan Memakai Pelitup Muka ini adalah bersumberkan daripada BERNAMA.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid telah menyenaraikan tempat-tempat awam yang diwajibkan memakai pelitup muka. Beliau berkata kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut.
Senarai Tempat Awam yang Diwajibkan Memakai Pelitup Muka
Berikut adalah tempat-tempat awam yang diwajibkan memakai pelitup muka:
- Masjid, surau dan rumah ibadat
- Majlis sosial
- Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
- Hospital dan klinik
- Pasar awam dan pasar tani
- Pawagam
- Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
- Restoran
- Bengkel
- Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
- Pusat hiburan keluarga
- Mana-mana tempat awam yang sesak.
Kerajaan telah menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Mana-mana individu awam yang melanggar akta tersebut akan dikenakan tindakan kompoun sehingga RM1,000,” katanya.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Senarai Tempat Awam yang Diwajibkan Memakai Pelitup Muka memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.