Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Hotel Naik 10%-30% Selepas 1 Mac 2024?

Harga Hotel Naik 10%-30% Selepas 1 Mac 2024?

Sedang heboh di media sosial mengenai harga hotel naik sebanyak 10% sehingga 30% selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dinaikkan ke 8% bermula 1 Mac ini. Sebelum ini cukai SST hanya dikenakan sebanyak 6% sahaja.

Situas ini dilaporkan Sinar Harian akan menimbulkan kebimbangan dalam industri pelancongan ekoran kenaikan harga hotel naik kerana kesan daripada penetapan SST 8%. Bagi memberi penerangan yang lebih jelas, kami sediakan beberapa maklumat kepada anda.

Berkenaan Harga Hotel Naik 10% ke 30% Selepas Cukai 8% SST

Cukai 8% SST Bermula 1 Mac

image 102

Sebelum ini penetapan kadar SST adalah pada 6.0 peratus dan kadar baharu cukai SST terkini ialah 8.0 peratus yang berkuat kuasa 1 Mac ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta dan logistik.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, langkah kuatkuasa SST adalah tindakan betul kerana ia memberi lebih banyak hasil dan merapatkan jurang belanjawan Malaysia dengan berkesan.

Penetapan SST akan melengkapkan langkah-langkah lain kerajaan seperti rasionalisasi subsidi dan reformasi pencen, yang akhirnya akan mengurangkan defisit fiskal.

Langkah itu juga dilihat sebagai usaha kerajaan Malaysia dalam mengawal kewangannya supaya lebih berdaya tahan dan memastikan defisit serta paras hutang berada dalam trajektori yang lebih rendah seperti yang ditetapkan dalam Akta Tanggungjawab Fiskal dan Kewangan Awam.

Ulasan Harga Hotel Naik 10% – 30%

image 101
Harga Hotel Naik

Ekoran kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada 8 peratus berkuat kuasa pada 1 Mac, ia dijangkakan akan berisiko untuk memberi kesan negatif pada industri pelancongan negara susulan kadar penginapan hotel yang dijangka akan meningkat sebanyak 10 hingga 30 peratus.

Jangkaan kenaikan harga itu adalah disuarakn oleh Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh, Walaubagaimanapun beliau yakin ia tidak akan menjejaskan tempahan hotel di Malaysia.

Tetapi mengikut perkembangan mengenai kenaikan harga penginapan hotel tentunya bukan perkara yang positif untuk didengar, tambahan pula ketika ini, industri pelancongan negara sememangnya cukup terkesan dengan negara jiran dalam bersaing khususnya negara Thailand yang kini mendapat sambutan tinggi.

Penginapan Murah Penentu Industri Pelancongan

Harga penginapan yang jauh lebih murah menjadi sebab kenapa orang ramai lebih memilih bercuti di Thailand berbanding dalam negara Malaysia selain beberapa faktor lain yang disifatkan lebih kearah menjimatkan dan mesra pelancong.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan ini dikhuatiri akan menggagalkan salah satu usaha memupuk rakyat Malaysia untuk menikmati pelancongan yang lebih berbaloi dalam negara sendiri.

Apatah lagi, pengusaha-pengusaha hotel juga nampaknya tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan harga memandangkan kos harga hotel naik. Pelancong asing bukan menjadi masalah memandangkan mereka daripada negara-negara yang maju mungkin tidak begitu terkesan disebabkan mata wang mereka yang lebih tinggi.

Cukai Pelancongan di Malaysia

Pengiraan Cukai Pelancongan

image 103

Mengikut akta cukai pelancongan 2017 yang dikeluarkan oleh JKDM terdaapat beberapa cukai pelancongan yang dikenakan. Berikut adalah merupakan contoh cukai pelancongan dikira seperti berikut:

Contoh 13

Penginapan untuk satu bilik bagi satu malam dengan caj kadar bilik RM 500 sebilik bagi satu malam di sebuah premis penginapan berdaftar cukai pelancongan dengan cukai warisan juga dikenakan adalah dikira seperti berikut :

ButiranKadar / UnitJumlah (RM)
Caj bilikRM 500 x 1 bilik/malam500.00
Caj perkhidmatan (10%)RM 500 x 10%50.00
Cukai Perkhidmatan (CP)RM 550 x 6%33.00
Cukai PelanconganRM 10 x 1 bilik/malam10.00
Cukai WarisanRM 2 x 1 bilik/malam2.00
JUMLAH595.00

Contoh 14

Penginapan 2 bilik untuk 3 malam dengan caj kadar bilik pada RM 75 sebilik bagi satu malam di sebuah premis penginapan berdaftar cukai pelancongan tanpa cukai warisan dikenakan adalah seperti berikut :

Butiran PenginapanJumlah (RM)
Caj bilik (RM 75 x 2 bilik x 3 malam)450.00
Caj perkhidmatan (10% dari RM 450)45.00
Cukai Perkhidmatan (SST) (6% dari RM 495)29.70
Cukai Pelancongan (RM 10 x 2 bilik x 3 malam)60.00
JUMLAH584.70

Pelancong yang Dikecualikan Daripada Cukai Pelancongan

    Perenggan 2 Perintah Cukai Pelancongan (Pengecualian) 2017, mengecualikan kategori pelancong berikut daripada membayar cukai pelancongan apabila menginap di mana-mana premis penginapan di negara Malaysia:

    • Seorang pelancong yang merupakan warganegara Malaysia (memegang kad pengenalan MyKad);
    • Seorang pelancong yang merupakan penduduk tetap Malaysia. (memegang kad MyPR)

    Jika diikutkan pada keadaan terkini, harga hotel naik kerana terdapat perubahan kadar cukai SST ke 8%.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati