Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA GURU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH 2023

Kerjaya Guru Sekolah
Kerjaya Guru Sekolah

Kerjaya Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. Info terbaru yang diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi sesi 2022/2023 kini dibuka bermula 15 Mac 2022.

Pengumuman tersebut merupakan berita mengenai pengambilan pelajar baharu dibawah Insititut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2022. Ini adalah peluang kepada anak muda untuk menceburi bidang perguruan dibawah program pengajian yang diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar-pelajar lepasan SPM dialu-alukan memohon peluang keemasan ini. Ayuh mohon dan jangan lepaskan peluang anda!

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dan Program Matrikulasi Sesi 2022/2023

Permohonan belajar dibawah program perguruan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi sesi 2022/2023  boleh dimohon dengan membuat permohonan kemasukan ke dua institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu :-

  • Institusi Pendidkan Guru Malaysia (IPG)
  • Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Tempoh permohonan akan dibuka pada 15 Mac 2022 sehingga 15 April 2022 sahaja. Pelajar-pelajar lulusan SPM dari tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 dialu-alukan membuat permohonan belajar dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi sesi 2022/2023.

Antara program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2022:-

  1. Program yang ditawarkan di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) :
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi lulusan SPM tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022.
  • Prorgam Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC). Khas bagi calon SPM 2022.

2. Program yang ditawarkan di Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia :

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Professional

Untuk makluman sekali lagi,Permohonan Program yang ditawarkan diatas adalah sah dari 15 Mac 2022 sehingga 15 April 2022 sahaja.

Kerjaya Guru Sekolah : Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi Sesi 2022/2023

Permohonan akan dibuka pada 15 Mac 2022.Bakal Pemohon dikehendaki membuat persediaan rapi seperti menandakan tarikh 15 Mac 2022 di kalendar agar tidak terlupa akan tarikh permohonan yang akan dibuka pada tarikh tersebut.

Pemohon boleh merujuk apa-apa berkenaan permohonan Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi Sesi 2022/2023 di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :-

Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Segala permohonan mengenai program yang ditawarkan adalah melalui secara online sahaja. Permohonan secara manual akan ditolak. Bagi mereka yang pertama kali memohon Program perguruan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengikuti perkembangan semasa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di laman sosial rasmi KPM :

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda juga boleh menghubungi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian :

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia (KPM)

Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan di : [email protected]

  • Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

No.Tel: 03 – 8884 4083
No.Faks: 03 – 8888 4028

PROGRAM PENDIDIKAN GURU KPM
Kerjaya Guru Sekolah

Guru Pembina Bangsa Negara”

Kerjaya guru Sekolah Rendah dan Menengah melalui Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi Sesi 2022/2023  merupakan satu usaha kerajaan memartabatkan dan melahirkan guru-guru yang berkemahiran tinggi untuk membina bangsa Malaysia yang cerdik dan berakhlak mulia untuk Malaysia hadapan yang lebih melangkah maju kehadapan. Semoga dipermudahkan urusan kepada calon guru diluar sana dan semoga maju jaya dalam mengejar impian masing-masing.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati