Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Cuti sekolah 2024! Dengan semakin hampirnya cuti sekolah pada tahun 2024, ini menandakan bahawa para pelajar akan mendapat cuti yang panjang, untuk satu jangka masa tertentu para ibu bapa digalakkan untuk membuat perancangan bagi memastikan masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak supaya dapat elakkan anak-anak daripada terlalu banyak menumpukan perhatian terhadap telefon bimbit sahaja.

Sila rujuk jadual cuti sekolah tahun 2024 yang telah disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana terdapat pelbagai cuti umum dan cuti sekolah yang panjang sepanjang tahun 2024, dengan bermulanya musim cuti sekolah adalah penting bagi para ibu bapa dan guru untuk mengetahui tarikh dalam kalendar cuti sekolah 2024 bagi membolehkan perancangan yang rapi dan berkesan dilakukan.

Lampiran Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2024

Sila rujuk Takwim Cuti Sekolah 2024 KPM melalui lampiran berikut:

Kalendar Akademik Tahun 2024 2025 1
Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024 10

Kumpulan A : Sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

  • Cuti Penggal 1 : 24 Mei hingga 2 Jun
  • Cuti Penggal 2 : 13 September hingga 21 September
  • Cuti Penggal 3 : 20 Disember hingga 28 Disember
  • Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2025 : 17 Januari 2025 hingga 15 Februari 2025
Kalendar Akademik Tahun 2024 2025 2
Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024 11

Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya

  • Cuti Penggal 1 : 25 Mei hingga 2 Jun
  • Cuti Penggal 2 : 14 September hingga 22 September
  • Cuti Penggal 3 : 21 Disember hingga 29 Disember
  • Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024 : 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025

Lampiran Jumlah Hari Cuti Sekolah Sempena Sambutan Perayaan Tahun 2024

Bagi negeri kumpulan A boleh rujuk kolum kedua dan negeri kumpulan B boleh rujuk kolum ketiga dalam jadual dibawah:

Kalendar Akademik Tahun 2024 2025 3
Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024 12

*Hari Raya Aidilfitri telah diisytiharkan pada tarikh yang akan dikemaskini

Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Dalam artikel ini, admin akan memberikan beberapa cadangan aktiviti menarik dan bermanfaat yang boleh dilakukan oleh para pelajar sepanjang cuti sekolah yang panjang ini untuk mengisi masa lapang dengan lebih bermakna. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan merangkumi pelbagai aspek dan kecergasan fizikal, mental mahupun emosi yang sesuai untuk para remaja dan kanak-kanak sekolah.

1. Sehari sebagai seorang saintisis

20240217 051123 0001

Link pautan : koleksi aktiviti santisis

Pek ini mengandungi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti oven solar, gunung berapi tembikai, aiskrim, didalam beg, warna air bergas dan rama-rama kromatografi. Yang diperlukan kebanyakannya ada di rumah dan mudah didapati, pasti anak-anak seronok menurka dunia sains dan mengambil peluang untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

2. Aktiviti kraf tangan

20240217 051123 0003

Kredit : Cara-cara membuat anyaman kertas

Sewaktu cuti sekolah, pelbagai aktiviti kraftangan yang boleh dilakukan bersama anak-anak seperti membuat kalung manik-manik, mengecat batu-bata kecil, membina model, kapal terbang daripada kotak kadus dan banyak lagi. Hal ini jelaslah bahawa melalui aktiviti kraftangan dapat melihat kreativiti mereka sambil menghabiskan masa bersama-sama

3. Hari mengenali alam semulajadi

20240217 051123 0005

Sebagai pencinta alam, mengajak anak-anak meneroka hutan simpan atau taman botani berdekatan bagi aktiviti mengenali alam semulajadi, pastinya terdapat beberapa kawasan hijau seperti hutan simpan, taman bandar atau nurseri berhampiran kediaman anda yang sesuai untuk lawatan bersama anak-anak.

Aktiviti sebegini sangat bagus untuk memperkenalkan anak-anak kepada tumbuh-tumbuhan serta serangga, anda boleh membawa buku nota untuk mereka mencatat atau mengira jenis pokok yang paling banyak mereka jumpai selain belajar mengira mereka juga dapat menambah perbendaharaan kata baharu tanpa disedari

4. Hari mewarna sedunia untuk keluarga anda

20240217 051123 0002
Senarai Aktiviti Cuti Sekolah 2024 13

Apabila anak-anak berada di rumah dalam musim cuti sekolah yang panjang ini, pastinya ibu bapa inginkan sedikit ketenangan dan rehat. Salah satu aktiviti yang sangat sesuai bagi menghiburkan anak-anak ialah dengan memberikan mereka aktiviti kerja mewarna. Di laman twinkl, terdapat beratus pilihan aktiviti mewarna dengan pelbagai tema menarik seperti dinosaur, kucing, haiwan safari, adiwira dan banyak lagi, anda boleh memilih tema kegemaran anak-anak dan cetak kertas mewarna tersebut untuk mereka mewarna.

Ikuti juga video “Top Tips in Mindful Coluring’ untuk mengetahui pelbagai faedah aktiviti mewarna ini kepada perkembangan anak-anak, mudah-mudahan dengan anak-anak sibuk mewarna anda juga boleh berehat dan menonton drama kegemaran buat seketika.

5. Mencipta mainan berpapan atau permainan papan (Board Game) sendiri

20240217 051123 0004

Kredit : Laman Web Twinkl

Pernahkah anda terfikir untuk mencipta mainan berpapan atau board game sendiri? idea membuat permainan papan sendiri sebenarnya sangat menarik dan kreatif. Dengan bantuan laman web seperti twinkl impian untuk mencipta permainan papan sendiri bukanlah suatu yang mustahil di twinkl.

Terdapat pelbagai templat dan reka bentuk permainan papan yang boleh diedit mengikut kreativiti anda. Klik pautan ini untuk melihat pelbagai pilihan menarik permainan matematik oleh twinkl.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati