Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Puan Nik Elin Zurina – Seorang Peguam

Biodata Nik Elin Zurina

Mungkin ramai yang mula mengenali nama Puan Nik Elin Zurina selepas mengemukakan pestisyen untuk batal 18 peruntukan di dalam Enakmen Syariah Kelantan selepas DUN didakwa mempunyai bidang kuasa diluar bidangnya.

Selepas melalui beberapa siri perbicaraan, akhirnya mahkamah Persekutuan telah menetapkan bahawa 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan dibatalkan. Ia adalah keputusan kontroversi dan menimbulkan persepsi beberapa pihak.

Berkenaan Biodata Nik Elin Zurina

Berdasarkan sumber, Puan Nik Elin Zurina lahir pada 1962 di Kota Bharu, Kelantan. Nik Elin Zurina memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Siapa Nik Elin Zurina?

426140818 813963880776264 8021050088992864669 n

Berikut adalah beberapa maklumat ringkas berkenaan Puan Nik Elin Zurina:

BiografiMaklumat
NamaNik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid
LahirTahun 1962
PekerjaanPeguam
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang UAIM
AnakTengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman

Namanya menjadi perhatian pada 2022 selepas beliau bersama anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menfailkan permohonan mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Kehidupan Awal dan Pendidikan Nik Elin Zurina

Enakmen Syariah Kelantan Batal

Berdasarkan sumber Newsunzip.com, Nik Elin Zurina dilahirkan pada tahun 1962 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah ahli keluarga Nik Kelantan, sebuah keluarga bangsawan Melayu terkenal yang terkait keturunannya kepada Sultan Kelantan pertama, Sultan Muhammad I. Bapanya, Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid, adalah meriupakan bekas ADUN dan ahli kanan UMNO. Ibunya adalah Tengku Zainab Tengku Ahmad, merupakan keturunan kerabat diraja Terengganu.

Nik Elin Zurina mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan, di mana beliau cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Beliau merupakan ketua pengawas sekolahnya dan mewakili Negeri Kelantan dalam beberapa pertandingan peringkat kebangsaan, seperti Kuiz Sains Kebangsaan dan Debat Bahasa Inggeris Kebangsaan.

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) dengan kepujian pada tahun 2001.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama dan menamatkan Sarjana Undang-undang Perbandingan ( MCL) pada tahun 2003. Beliau juga memiliki Sijil Amalan Undang-undang (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, yang melayakkan beliau untuk mengamalkan undang-undang di negara ini.

Kerjaya Nik Elin Zurina

Beliau merupakan seorang peguam yang berprinsip dalam kerjayanya sebagai peguam. Mempunyai pengalaman yang luas dalam perundangan Malaysia.

Petisyen Pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan

Pada hari Jumaat bertarikh 9 Februari 2024, beliau sekali lagi menjadi tumpuan apabila Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sebanyak16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dicabar oleh beliau itu disahkan sebagai terbatal dan tidak sah. Boleh rujuk kronologi kes petisyen pembatalan enakmen syariah Kelantan.

Menurut petisyen yang difailkan mereka pada 25 Mei 2022 itu, Nik Elin dan anaknya berhujah bahawa kuasa menggubal undang-undang mengenai perkara jenayah adalah milik parlimen secara eksklusif, dengan dewan undangan negeri (DUN) hanya diberi hak untuk menggubal undang-undang berkaitan seperti akidah Islam.

Panel Sembilan Hakim adalah dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut menganggotai panel, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Menurut Tengku Maimun dalam hujah penghakimannya, undang-undang yang dicabar bukan ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, namun ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.

Keputusan Hakim Mengenai Petisyen Oleh Nik Elin Zurina

Dalam keputusan itu, hanya Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli menolak petisyen tersebut.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membuat keputusan bahawa 16 peruntukan dalam Undang-undang Syariah Kelantan adalah bercanggah dengan perlembagaan yang sedia ada.

Ia sekali gus membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha selaku pempetisyen bagi mencabar peruntukan enakmen itu.

Melalui keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu.

15 KOMEN

  1. Undang Syariah yang merupakan undang-udang takzir itu digubal berpandukan kepada al-Quran, al-Hadith dan ljmak Ulamak. Adakah orang lain iaitu orang yang bukan Ahli boleh menggubal dan membubarkan undang-udang lslam?

    Mengapa perlu di bawa ke Mahkamah civil? Tak bolehkah diperbincangkan dahulu di antara Dua kuasa besar di dalam negara iaitu Ketua Agama lslam dengan Ketua Hakim Negara sebelum masalah itu diheret ke Mahkamah Sivil? Apa yang berlaku sekarang seolah-olah memalukan orang lslam itu sendiri. Betullah kata Rasulullah SAW di akhir zaman nanti agama lslam itu dipegang oleh orang yg Ahli. Wallahuaklam.

  2. Sultan adalah ketua agama Islam negeri-negeri dan YDA ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan .Negeri-negeri mempunyai undang-undang tubuh mereka sendiri .Ada negeri yang mempunyai undang-undang tubuh yang mendaulatkan kuasa raja . Sepatutnya sebagai umat Islam yang mereka merupakan majoriti rakyat Malaysia berusaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah bukan menjadi seperti tikus membaiki labu. wallahu’alam.

  3. Perundangan Islam telah dicabar dan amat sedih dicabar oleh orang Islam sendiri …
    Percayalah akan ada lagi undang undang Islam yang lain dicabar oleh orang Islam itu sendiri…
    Sepatutnya perkara ini tak perlu dipertikaikan kerana apa yang dinyatakan dalam undang undang syariah tersebut adalah untuk memastikan semua orang Islam dapat menjalani kehidupan berlandaskan AlQuran dan hadis dan bukannya mengikut hawa nafsu .yang sekarang ini begitu berleluasa bersarang dalam diri orang Islam ..Rasuah penzinaan penipuan DLL telah dinormalisasikan…oleh segelintir orang Islam …sepatutnya pihak yang mempunyai kuasa besar dalam bercakap sesuatu…yang berkaitan agama perlu masuk campur dan bukannya lepas tangan ..kerana kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab pada orang yang dipimpin….
    Membiarkan kehancuran berlaku dihadapan mata…maka jawapannya menjawab lah kamu dihadapan Allah kelak….

  4. Saya memerlukan penjelasan yang lebih arif lagi mengenai keputusan yang dibuat keatas undang undang tubuh negeri Kelantan mengenai yang dikatakan bercanggah dengan undang undang persekutuan.( 16 perkata yang dibentangkan oleh peguam Nik Elin Zurina.)

    Perkara ini perlu dibangkitkan semula dan diberi penjelasan yang sedalam dalamnya kepada rakyat berhubung dengan dasar dan kepimpinan Islam.

    Undang undang negara mengenai Islam mestilah menepati kehendaki didalam Islam dan ditujukan kepada rakyat yang beragama Islam.

    Kemudian dicari jalan bagaimana nak disamakan dengan Rakyat yang bukan Islam. Suatu penentuan akan dikenakan sama dengan rakyat yang bukan beragama Islam
    Hal ini mesti diambil perhatian dan diberikan tindakan yang sama dengan rakyat bukan Islam.
    Negara ini berprinsip dan kedaulatan Islam.

    Saya beranggapan perkara ini MESTI ADA KATA PEMUTUS YANG BERASASKAN KEISLAMAN..
    Dengan ini saya memohon agar perkara ini diambil tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan NEGERI DAN PUSAT..
    Jangan lah bermegah dengan yang ada sekarang.

  5. SUDAH SAMPAI MASA NYA SETIAP PIMPINAN NEGARA DARI YDPA, MAJLIS RAJA2, PERDANA MENTERI SERTA SEMUA AHLI PARLIMEN ISLAM TERMASUK AGAMAWAN NEGARA, BANGKIT MEMBINCANGKAN ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN NEGARA DI GUBAL SESUAI DGN TUNTUTAN AL QURAN DAN SUNAH NABI MUHAMMAD SAW!!!

    INGAT INI SEMUA ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PIMPINAN NEGARA DAN IA NYA BAKAL WAJIB YG DI TANYAI OLEH ALLAH KPD KAMU SEMUA NANTI..!!!

    AGAK2 APAKAH JAWAPAN DAN ALASAN2 YG BAKAL KAMU SEMUA JAWAB KPD ALLAH, SEDANG DISISI LAIN, KOLAM API NERAKA SEDANG MEMBUAK2, MENANTI JASAD KITA, ANDAI JAWAPAN DAN ALASAN2 YG ANDA KEMUKAKAN ITU TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT!!!

    KERANA KETIKA MENJADI PIMPINAN DAN BERKUASA DI DUNIA ANDA TIDAK LANGSUNG DGN SERIOUS UNTUK MENGUSAHAKANNYA, MALAH ANDA SEMUA TIDAK BERSUNGGUH2 UNTUK MELAKUKANNYA!!!..

    UNTUK ITU, SELAGI NYAWA MASIH DIKANDONG BADAN DAN KUASA MASIH DITANGAN, APAKAH ANDA MASIH TERKIAL2 DLM HAL INI, ADAKAH ANDA TIDAK YAKIN DGN AL QURAN DAN SUNAH NABI SAW, ATAU ANDA SUDAH TERLAMPAU LEKA DAN SELESA, DGN NIKMAT2 DAN HARTA DUNIA YG ANDA MILIKI.!!!??? DAN UNDANG2 KAFIRUN “SISTEM WESTMINSTER” ITU???

    ADAKAH UNDANG2 KAFIRUN ITU LEBIH MOLEK DAN TINGGI DARI UNDANG2 AL QURAN DAN SUNNAH NYA?????.. JAWAP LAH DIHADAPAN ALLAH NNTI.. KLU MASIH KUAT MENGANGKAT UNDANG2 KAFIR DLM PERINDANGAN NEGARA!!!? SEDANG KAN KUASA PEMERINTAHAN MUTLAK ADA FITANGAN ANDA!!!!

    TAPI INGAT LAH, HARTA DAN KUASA YG ANDA ADA ITU, HANYA LAH SEMENTARA!!!, DAN, APABILA NYAWA TELAH ALLAH AMBIL, ANDA HANYA MEMBAWA AMALAN2 & IBADAH2 YANG DITERIMA OLEH ALLAH DIPADANG MASYAR!!! SEMENTARA HARTA IDAMAN YG DIMILIKI, SEMUA YA AKAN ANDA TINGGALKAN BEGITU SHJ SEMUA..!!

    DAN ANDA, HANYA AKAN MAMPU MEMBAWA BERSAMA DLM LUBANG KUBUR KAMU, IAITU AMAL2 DAN SEDEKAH JARIAHMU SHJ..SERTA DOA2 ANAK2 YG SOLEH, SOLEHAH..!!!
    ITULAH SHJ YG BAKAL MAMPU MEMBANTU KITA DI PADAN MASYAR NNTI…!!!

    INGAT LAH, APA YG KAMI MAMPU DISINI ( DIMUKABUKU…. ) ADALAH SAMA2 KITA RENUNG, FIKIR DAN TINDAKAN LANJUT YG WAJIB KITA SEMUA LAKUKAN UTK MELAKSANA KAN NYA SBGAI SISTEM PERUN DANGAN NEGARA, SETELAH KITA MERDEKA LEBIH 60 TAHUN???

    AGAK2 APAKAH YG KITA TUNGGU LAGI?? ADAKAH KITA HANYA TUNGGU IMAM AL MAHDI UNTUK MENGUBAHNYA???? TEPUK DADA TANYA IMAN KITA!!!!
    ALLAHUAKALAM

  6. Assalamualaikum.

    Demi kesejahteraan dan kemurnian ummah khasnya rakyat Malaysia, saya mencadangkan agar dibuat kajian dan pengjelasan gelaran USTAZ.

    Gelaranbustaz ini berasal dari bahada Farsi dan bukannya arab.

    Namun penggunaannya telah berleluasa sehingga tidak terkawal ke tahap mampu mengelirukan orang ramai sehingga memberikan suatu stigma negatif terhadap gelaran USTAZ itu sendiri.

    Sudah tiba masanya institusi atau entiti USTAZ dan USTAZAH ini diberi suatu penekanan dan pengkelasan yg empirikal agar tidak boleh diguna sewenang wenangnya. Gelaran itu adalah sesuatu gelaran yg sepatutnya boleh dipertanggung jawabkan setanding dengan keuoayaan dan kompetensi mereka menurut bidang komoeten kepakaran masing masing.

    Bukan setiap yg bergelar USTAZ itu kompeten dlm semua bidang. Sebagai contoh, mereka yg mahir di dalam Faraidh tidak semestinya boleh dirujuk tentang ilmu tajwid dan lain lain.

    Masyarakat sering tertipu dengan penampilan fizikal yg islamik, langsung digekar USTAZ.

    Sudah tiba masanya utk diberi kawalan standard terhadap gelaran USTAZ tersebut.

    Sebagai contoh dengan memperkenalkan sistem koding seperti Ust-fa1 = ustaz yg ada kompetensi dlm bidang fardhu ain berkelulusan ijazah dlm bidang yg sama!

  7. Majlis raja2 perlu semak kembali perkara2 mengenai kedaulatan Islam, kuasa2 raja dalam hal-ehwal islam- apa2 perkara yang menjunjung kedaulatan agama islam semasa membentuk/penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA TAHUN 1958…..
    > Sekarang kuasa dan kedaulatan Rajs2 Melayu telah dicabar oleh anak Negeri dan rakyat pendatang yang ditinggalkan oleh British dan pengaruh Yahudi pasca merdeka dan pembentukan Malaysia…
    > Kekuasa Kerajaan Melayu semakin terhakis..

  8. Satu peringatan undang-undang perlu diseragamkan adalah tidak adil bagi pesalah yg dijauhkan olih mahkamah Persekutuan lebih berat dari mahkamah syari’ah perlu disemak semula bagi negeri negeri lain

    • Aku ni yg sekolah tak habis..senang je nak hadam apa yg hakim dan elin sampaikan serta lakukan..hakim tu dah cakp..undang² yg dicabar ini bukannya dtg dr Allah..tetapi dr DUN negeri kelantan…dan dun negeri kelantan mengubal undang terlalu bnyk kelemahan dan kelompongan..sbb itu nik elin berpendapat..undang² dr dun kelantan ini perlu dicabar kemahkamah supaya rakyat malaysia tau dan faham akan undang² syariah dengan undang² pak lebai pas..sbb tu undang² dun kelantan tidak relevan untuk dikuatkuasakan..olih itu..kerajaan telah menubuhkan 1 jawatan kuasa bagi mengkaji undang² syariah disemua negeri supaya dapat diperkasakan seandainya ada kelemahan dan kelopongan dan tiada lg isu mencabar undang² syariah selepas ini kerana jawatan kuasa tu diketuai sultan selangor sebagai ketua agama ng setiap negeri… nmpk tak ..kan senang je aku faham..dr bnyk² komen kat atas..semua nya nak menyalahkan hakim,elin dan kerajaan perpaduan..sedangkan benda ni mula difailkan dimahkamah ketika PN memerintah..menteri undang² PN siap ambik gambar dgn nik elin..dia lupa latu nik elin tu bini org..sbb tu bila tahun nak di tamatkan pencabaran tu..mereka yg seperti kera tiba² melompat dan berhimpun..bila ditanya kenapa dulu tak dibantah…owhhh..dulu kami tak tau sbb dulu kami bodoh..sbb tu kami tak tau..jgn kata dulu..skrg pun bodoh dan selamanya walaun dan walauntit memegang gelaran bodoh kekal abadi…

      Mahadir wali allah..kau ada masaaalah ke..???

  9. Allah Waalam terserah kpd Allah SWT menilai dan menghukum niat di hati setiap individu yg terlibat di dlm penghakiman sbb saya masih kurang jelas ttg decision yg di buat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati