Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apakah TYT Penang, Cuti Hari Jadi TYT Penang dan Peranan TYT Penang

Apakah TYT Penang, Hari Jadi TYT Penang dan Peranan TYT Penang

Jom sama-sama mengenali negeri Pulau Pinang yang mempunyai TYT Penang selaku gabenor mengikut istilah dahulu untuk negeri Pulau Pinang. Negeri yang tidak mempunyai raja akan digantikan dengan lantikan Tuan Yang Di-pertua (TYT) sebagai sandaran.

Urusan pelantikan TYT juga adalah melibatkan sistem raja di negara Malaysia. TYT juga memainkan peranan penting di negeri Pulau Pinang dalam memastikan organisasi pentadbiran negeri terus terpelihara.

Berkenaan Penerangan TYT Penang

Apakah TYT Penang?

Apakah TYT Penang, Hari Jadi TYT Penang dan Peranan TYT Penang

TYT Penang singkatan untuk Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang adalah merupakan jawatan tertinggi di Pulau Pinang. Bagi nama TYT yang asal adalah Gabenor Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British bernama Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja untuk negeri Pulau Pinang.

Lantikan jawatan ini biasanya dipilih dari tokoh politik yang berjasa bagi menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membuat urusan pelantikan.

Bilakah Hari Jadi TYT Penang 2024?

Hari jadi TYT Penang 2024 terkini adalah pada 13 Julai 2024 bersamaan hari sabtu. Ia adalah ditetapkan sebagai cuti kelepasan negeri Pulau Pinang. Semasa hari TYT Penang akan mempunyai sambutan yang meriah bagi meraikan hari jadi Tuan yang Di-Pertua.

Peranan TYT Penang

Apakah TYT Penang, Hari Jadi TYT Penang dan Peranan TYT Penang

Berikut adalah merupakan antara peranan TYT Penang kepada negeri Pulau Pinang:

  1. Memanggil dan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
  2. Melantik Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  3. Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
  4. Memperkenan dan meluluskan persaraan Pegawai- pegawai Negeri dan juga Kertas-kertas Ganjaran atau Pencen.
  5. Mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat- Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.
  6. Mengampunkan kesalahan-kesalahan jenayah.

Pejabat dan Kediaman TYT Penang

Disediakan kediaman khas dan Rasmi TYT Negeri Pulau Pinang yang dikenali sebagai “Seri Mutiara”. Seri Mutiara ini adalah sepanjang Jalan Utama, dibina sejak tahun 1890, dengan kos sebanyak $81,173.00 bersamaan RM3,867,8934.50. Kediaman ini dibina atas arahan Mayor H.Ε. McCullum bagi kegunaan Residen Inggeris, yang berkhidmat di Pulau Pinang.

Apakah TYT Penang, Hari Jadi TYT Penang dan Peranan TYT Penang

Seri Mutiara atau dikenali ketika itu sebagai “Residency” mula diduduki oleh Mr. A.M. Skinner, yang juga merupakan Residen ke-enam bagi negeri Pulau Pinang.

“Residency” berperanan sebagai kediaman rasmi bagi pemerintah Inggeris di Pulau Pinang sehingga Merdeka. Gabenor Melayu yang pertama mendiami “Residency” adalah Raja Y.A.M. Tun Uda Raja Muhammad. “Residency” selepas itu telah ditukarkan nama dan dikenali dengan “Seri Mutiara”.

Alamat Pejabat :
Seri Mutiara, Jalan Utama, 10500 Pulau Pinang
Tel: 604-2266214/2296281
Faks: 604-2265 505

Sejarah TYT Penang

TYT Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Seseorang yang dilantik sebagai TYT tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri juga komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mempunyai kuasa dalam mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan oleh TYT adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri namun fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco sebagai penasihat beliau dalam menjalankan peranannya.

Senarai TYT Penang

Berikut adalah merupakan senarai nama bagi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang:

NamaTempoh Berkhidmat
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad1957 – 1967
Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin1967 – 1969
Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah1969 – 1975
Tun Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Haji Sardon bin Haji Jubir1975 – 1981
Tun Dato’ Dr. Haji Awang bin Hassan1981 – 1989
Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir1989 – 2001
Tun Datuk Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas2001 – 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak2021 – kini

Soalan FAQs Berkenaan TYT Penang

Bagaimana TYT Negeri Penang Dilantik?

Mereka dilantik oleh YDP Agong setelah melalui beberapa proses.

Apakah kepentingan TYT Negeri Penang?

Menentukan dalam urusan pentadbiran negeri seperti dalam DUN.

Siapakah TYT Negeri Penang Terkini?

TYT terkini adalah Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak

Dimanakah tempat TYT Negeri Penang?

Kediaman TYT adalah di Seri Mutiara, Jalan Utama, Penang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati