Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal dan Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan

Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal dan Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan

Berita tergempar di negeri Kelantan apabila Enakmen Syariah Kelantan batal berdasarkan 16 peruntukan enakmen syariah dibatalkan selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat memutuskan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah selepas perbicaraan petisyen yang dikemukakan oleh peguam yang dipercayai dari Kelantan. – Sumber Sinar Harian

Kes enakmen syariah Kelantan batal ini mengejutkan pelbagai pihak terutama masyarakat Islam di Kelantan. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk pada maklumat yang kami sertakan.

Berkenaan Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal

Apakah Petisyen yang Difailkan?

Enakmen Syariah Kelantan Batal

Berlaku di Mahkamah Persekutuan,Nik Elin dan Tengku Yasmin telah mengemukakan petisyen mencabar Perlembagaan berhubung peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada 25 Mei 2022.

Mereka meminta Mahkamah Persekutuan agar membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah bertindak melangkaui bidang kuasa yang sepatutnya.

Nik Elin dan Tengku Yasmin juga memohon mahkamah untuk mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam sahaja.

Kenapa Nik Elin dan Tengku Yasmin Kemukakan Petisyen?

Enakmen Syariah Kelantan Batal

Nik Elin dan Tengku Yasmin mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen sahaja, Menurut mereka DUN hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam sahaja.

Berapa Lama Tempoh Pendengaran Petisyen Sebelum Keputusan Dibuat?

Perbicaraan mengenai kes mohon enakmen syariah Kelantan batal adalah sudah lama dan ianya adalah kira-kira setahun sembilan bulan.

Isu dan Polemik yang Timbul Sejak Petisyen Difailkan

Enakmen Syariah Kelantan Batal
Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal dan Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan 8

Selepas petisyen itu dibuat, ianya terus menjadi kontroversi apabila dibantah oleh ramai pihak terutamanya daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Tambahan pula, pada awal November lalu, sebanyak 300 NGO Islam menyerahkan memorandum mendesak pindaan Perlembagaan segera untuk mengelakkan peruntukan jenayah syariah di negara ini dicabar atau lebih buruk lagi berisiko dibatalkan. Memorandum tersebut diserahkan di Parlimen kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Enakmen Syariah Kelantan Batal
Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal dan Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan 9

Golongan penyokong enakmen syariah juga menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan kemelut yang didakwa memberi tekanan terhadap bidang kuasa DUN dalam menggubal peruntukan berkait dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam sahaja.

Bagaimana 16 Enakmen Syariah Kelantan Batal?

Terdapat panel sembilan hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Hasil perbicaraan, pihak Hakim telah memutuskan enakmen syariah Kelantan batal selepas membenarkan petisyen daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen untuk mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.

Dalam pada itu, Tengku Maimun melalui penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana didapati DUN telah membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

image 84
Enakmen Syariah Kelantan Batal

Jelasnya, 16 daripada 18 peruntukan itu adalah tidak sah kerana intipati peruntukannya termasuk dibawah Senarai Persekutuan.

Melalui Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan bahawa perkara-perkara yang Parlimen boleh membuat undang-undang dan perkara-perkara yang Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang.

Dalam erti lain, kuasa perundangan Persekutuan dan negeri telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dan Parlimen mahu pun Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai masing-masing.

Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan

427512511 926367732174589 3924300764790320190 n
Kronologi Kes Enakmen Syariah Kelantan Batal dan Senarai 16 Enakmen Syariah Kelantan Dibatalkan 10

Berikut adalah merupakan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan sebagai terbatal dan tidak sah.

  • Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat
  • Seksyen 14: Liwat
  • Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat
  • Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia
  • Seksyen 31: Gangguan seksual
  • Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu
  • Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan
  • Seksyen 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat
  • Seksyen 40: Melaksanakan transaksi muamalat yang bertentangan dengan ‘hukum syarak'(undang-undang syariah)
  • Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga mualat melalui riba
  • Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal
  • Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
  • Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
  • Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan
  • Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram
  • Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Dengan senarai 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan batal ini, maka DUN Kelantan tidak mempunyai hakl dalam melaksanakan undang-undang seperti tertera diatas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati