Sayangilah ibu anda! Hari ibu 2024 adalah merupakan hari untuk anda menghargai dan mengingati pengorbanan dan kasih sayang tulus seorang ibu. Hari ibu bahkan tidak terhad kepada ibu anda, namun ia juga hari untuk menghargai kasih sayang seorang anak perempuan, isteri dan adik beradik perempuan serta saudara perempuan anda.
Untuk hari ibu 2024, terdapat banyak perkara yang anda boleh ketahui dan boleh melakukan perkara patut sempena hari ibu yang disambut seluruh dunia. Jom kita ketahui tarikh dan bagaimana untuk memberi penghargaan terbaik kepada ibu anda.
Berkenaan Sambutan Hari Ibu 2024
Isi Kandungan
Apakah itu Hari Ibu 2024?
Hari ibu ialah hari istimewa yang telah ditetapkan untuk memberi tumpuan meraikan dan menghormati ibu atau segala jasa yang telah mereka sumbangkan, ia adalah hari yang digalakkan agar orang ramai menunjukkan rasa terima kasih kepada ibu-ibu di seluruh dunia atas pengorbanan mereka dalam kehidupan peribadi kita dan kerja mereka dalam kalangan masyarakat secara amnya.
Perayaan ini mempunyai tarikh yang berbeza di seluruh dunia tetapi semuanya memberi fokus untuk menunjukkan kasih sayang dan perhargaan terhadap ibu, hari ibu bertujuan agar kita dapat mengenang jasa para ibu sama ada ibu kandung yang telah berkorban demi kehidupan anak-anak mereka.
Tarikh Rasmi Hari Ibu 2024
Hari ibu atau Mother’s Day disambut pada hari Ahad bulan mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia bagi tahun 2024 ini ia jatuh pada 12 mei 2024.
Hukum Sambutan Hari Ibu 2024
Berikut adalah mengenai hukum yang lebih jelas mengenai sambutan hari ibu:
Hukum | Penerangan |
Haram | Ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan hari ibu ini, sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bida’ah ataupun berdosa malahan ada yang sehingga mengharamkannya. memang benar ianya bida’ah dan haram sekiranya iktikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya barat. |
Harus | Sambutan ini diharuskan tetapi bersifat setiap masa, sambutan ini juga diraikan secara islamik dan tidak meniru mana-mana agama, kita harus peka dalam mengamalkan budaya asing kerana dikhuatiri terjerumus kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak dan keimanan seseorang bahkan ia akan menjatuhkan maruah islam itu sendiri |
Penerangan dan Sambutan Hari Ibu 2024
Sejarah Hari Ibu
Hari ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal usulnya, satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani purba yang menyambut satu perayaan untuk cybele. ibu dewa-dewi yunani yang agung.
Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 15 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi juno dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari tersebut.
Cadangan Hadiah Hari Ibu
Hari ibu adalah peluang untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada wanita terhebat yang telah membesarkan kita, ini adalah masanya untuk merenung semula pengorbanan mereka dan menyatakan tanda terima kasih ke atas segala pengorbanan mereka, penghargaan bukan sahaja dapat diluahkan dalam bentuk pencakapan ia juga boleh ditunjukkan dalam perbuatan.
Di sini admin akan kongsikan beberapa idea untuk mereka yang ingin mencari hadiah untuk hari ibu yang disambut 12 mei 2024 :
1. Telekung
Memberi hadiah telekung kepada ibu adalah satu cara bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu, telekungnya cantik bermotif bunga atau corak kaligrafi arab sesuai untuk ibu beribadah. Selain itu, hadiah telekung juga bermakna mendoakan ibu sentiasa dekat dengan Allah.
2. Beg tangan
Bef tangan yang kemas dan berkualiti tinggi seperti beg tangan jenama terkenal adalah hadiah bagi ibu yang terbaik. Ibu pasti gembira dapat membawa beg tangan cantik ke majlis atau keluar bersiar-siar bersama keluarga. Pemilihan beg tangan warna cerah juga sesuai dengan personaliti ibu yang ceria
3. Tudung atau hijab
Tudung atau hijab terkini yang bercorak dan berwarna menarik tentu sesuai di hadiahkan kepada ibu tersayang. Ibu pasti gembira dapat memakai tudung atau hijab baharu hasil pemberian anak-anaknya, tudung atau hijab juga melambangkan kasih sayang dan hormat kepada ibu.
4. Pakaian
Pakaian seperti baju kurung kebaya atau gaun yang cantik dan selesa adalah pilihan hadiah hari ibu. Ibu pasti gembira dapat memakai pakaian baharu untuk majlis-majlis istimewa bersama keluarga, pemberian pakaian baharu juga menunjukkan kita menghargai penampilan ibu.
5. Sejadah
Sejadah berwarna ceria sesuai di hadiahkan pada hari ibu ibu pasti gembira dapat menggunakan sejadah baharu untuk menunaikan solat dan beribadah sejadah juga melambangkan doa agar ibu sentiasa dalam perlindungan allah
Akhir sekali, bagi admin hari Ibu adalah hari istimewa untuk menghargai jasa dan pengorbanan pada ibu. Oleh itu, pemberian hadiah yang sesuai sangat penting bagi menyemarakkan sambutan hari ibu, antara hadiah yang sesuai ialah yang telah admin kongsikan di atas, memberi hadiah pada ibu tidak sahaja memiliki nilai fungsi tetapi juga simbolik untuk menunjukkan kasih sayang hormat dan doa kepada para ibu.
Pemilihan hadiah yang berkualiti juga mencerminkan usaha anak-anak menghargai ibu mereka pada hari yang istimewa ini, kesimpulannya pada hari ibu seharusnya dipilih dengan teliti untuk menggembirakan hati para ibu.
Soalan FAQs Berkenaan Hari Ibu 2024
Bilakah sambutan hari ibu dibuat pertama kali?
Sambutan hari ibu buat pertama kalinya telah diadakan pada tahun 1908 di Amerika Syarikat.
Pada tahun tersebut, seorang aktivitis wanita bernama Anna Jarvis telah menganjurkan program khas untuk menghormati bonda beliau yang telah meninggal dunia, beliau berjaya melobi kerajaan untuk mengisytiharkan hari ibu sebagai cuti umum pada tahun 1914.
Kenapa hari ibu disambut?
Terdapat beberapa sebab utama mengapa hari ibu disambut setiap tahun:
1. Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu
2. Sebagai ungkapan kasih sayang kepada ibu
3. Untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan
4. Mempromosikan peranan ibu dalam masyarakat
5. Tradisi yang diwarisi sejak dahulu kala
Apakah kepentingan hari ibu?
Kepentingan hari ibu adalah memberi kesedaran sosial, hari ibu kita dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya peranan kaum ibu dan mendorong keadilan dalam keluarga mahupun masyarakat.
Jadi, hari ibu memiliki banyak kepentingan baik secara personal dalam keluarga mahupun untuk melestarikan nilai-nilai murni dan kesedaran sosial bagi masyarakat.
Kenapa hari ibu dikaitkan sebagai hari wanita?
Secara umumnya, seorang ibu melambangkan sifat keibuan, kasih sayang dan kelembutan yang dianggap mewakili ciri-ciri asas kewanitaan, maka penghargaan kepada ibu juga membawa maksud penghargaan kepada kaum wanita.
Bagaimana hari ibu disambut?
Berikut adalah beberapa cara umum hari ibu disambut:
●Memberi hadiah atau bunga kepada ibu
●Mengadakan acara makan bersama keluarga
●Mengucapkan selamat hari ibu secara langsung mahupun melalui whatsapp, atau media sosial
● Luangkan masa bersama