Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Jenis-jenis Mimpi dan Tafsir Mimpi Ular Dalam Islam

mimpi
3 Jenis-jenis Mimpi dan Tafsir Mimpi Ular Dalam Islam 4

Pernahkah anda bermimpi ular? Tidak kisah samada lelaki atau perempuan, mimpi ular membawa maksud yang tersendiri dalam Islam. Artikel ini menerangkan maklumat-maklumat yang dipetik daripada sebuah kitab yang berjudul Tafsir al-Ahlam karangan Ibnu Sirin iaitu kitab berkaitan tafsir-tafsir mimpi dalam Islam.

Tidak dinafikan mimpi ada suatu petanda dan petunjuk, bakal menjadi kenyataan, ada juga yang hanya mainan syaitan. Mimpi juga dapat mengukur kadar kejujuran seseorang, semakin jujur keperibadian seseorang, maka semakin benar mimpi tidurnya. Ia berlandaskan sabda Nabi SAW:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ أَنْ تَكْذِبَ وَأَصْدَقُهُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُهُمْ حَدِيثًا وَالرُّؤْيَا ثَلاَثٌ فَالرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ بُشْرَى مِنَ اللَّهِ وَالرُّؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ بِهِ الْمَرْءُ نَفْسَهُ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلاَ يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ

“Apabila telah dekat waktunya (hari kiamat) hampir saja mimpi orang yang beriman tidak akan berdusta. Yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling jujur ucapannya. Mimpi itu ada 3, mimpi yang baik sebagai khabar gembira dari Allah, mimpi yang buruk yang berasal dari syaitan dan mimpi yang berasal dari diri manusia sendiri, maka apabila salah satu dari kalian memimpikan sesuatu yang dibenci hendaklah ia bangun solat dan tidak menceritakannya kepada orang lain.” (HR. Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad bin Hanbal, al-Thabarani, dan al-Hakim)

Apakah Jenis-jenis Mimpi?

Berikut adalah 3 jenis-jenis mimpi:

1. Mimpi yang menggembirakan dan membahagiakan benar-benar berlaku selepas bermimpi. Ini tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan atau dijelaskan oleh orang yang bermimpi. Mimpi ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Mimpi akibat keinginan nafsu. Ada 3 jenis nafsu adalah nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang seperti sesuatu yang dia khayalkan di siang hari atau sebelum tidur. Perkara tersebut akan muncul dalam mimpinya.

Apakah itu Mimpi Ular?

Mimpi bertemu ular dalam bahasa Arab membawa maksud “hayyah” bentuk jamaknya adalah ‘hayyaat’. Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya berkata:

  • Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, seperti Rasulullah saw, semua mimpi baginda membawa menjadi kenyataan.
  • Mimpi orang fasik adalah mimpi mainan syaitan dan hawa nafsu
images
3 Jenis-jenis Mimpi dan Tafsir Mimpi Ular Dalam Islam 5

Tafsir Mimpi Ular Dalam Islam

Berdasarkan Kitab Tafsir al-Ahlam oleh Ibnu Sirin, jika anda melihat ular dalam mimpi ada, ia mungkin membawa maksud berikut:

Tafsir Mimpi Ular Ibnu Sirin
1. Mimpi dipatuk ular: sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
2. Mimpi dibelit ular atau bermain dengan ular: sihir telah memberi masalah kepada kita.
3. Mimpi bertemu ular yang sangat besar (tsa’baan), sedangkan ia tidak takut menghadapinya: Dia akan memperoleh kekuatan (Quwwah) dan kekuasaan (Dawlah).
4. Lelaki bermimpi membunuh seekor ular: Dijangka dia akan menikahi seorang perempuan
5. Jika seseorang bermimpi dan melihat ular memasuki ke dalam rumahnya: Ada musuh yang ingin berbuat buruk kepadanya.
6. Jika ular yang masuk ke dalam rumah tersebut berhasil ditangkap semula: Orang yang memimpikan hal itu akan memperoleh keuntungan dari orang yang jahat kepadanya.
7. Mimpi bertemu ular adalah merupakan jelmaan dari anak manusia atau perempuan.
Jika seseorang bermimpi memukul ular dan memotong-motongnya menjadi tiga bahagian, maka dalam kehidupan nyata dia akan menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.

#Tafsir Ibnu Sirin tidak semestinya 100% tepat, walaubagaimanapun, kita harus berserah segalanya kepada ketentuan Allah swt dan tidak perlu terlalu percaya kepada tafsir mimpi.

15319078 1290525177677599 8976255722217584036 n
3 Jenis-jenis Mimpi dan Tafsir Mimpi Ular Dalam Islam 6

Adab Sebelum Tidur Untuk Elak Mimpi Buruk

Berikut adalah bebarapa adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebelum memasuki alam tidur (mati sementara) supaya mimpi kita bukan daripada mainan syaitan dan nafsu. Dan semoga mimpi kita adalah ilham yang baik daripada Allah swt.

  • Membaca doa tidur “Bismikallahumma ahyaa wa amuutu”
  • Membaca dua kalimah syahadah.
  • Selawat ke atas Nabi.
  • Membaca ayat Kursi
  • Membaca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah 285-286.
  • Surah Al-Kafirun.
  • Menadahkan dua tangan seperti biasa berdoa kemudian diludahkan ke dalamnya dan baca surah Al-Falaq
  • Baca Surah Al-Fatihah.
  • Baca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali.
  • Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkkan kedua-dua tangan di bawah pipi kanan.

Soalan FAQs Berkenaan Mimpi Ular

Apakah maksud mimpi ular?

Mimpi bertemu ular dalam bahasa Arab membawa maksud “hayyah” bentuk jamaknya adalah ‘hayyaat’.

Berapakah jenis-jenis mimpi?

3 jenis, mimpi benar, mimpi mainan syaitan, dan mimpi hawa nafsu.

Apakah maksud jika anda dipatuk ular berdasarkan tafsir Ibnu Sirin?

Sihir sudah memasuki anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati