Seperti sedia maklum, Kerajaan Negeri Terengganu tawarkan bantuan tambang IPT Terengganu yang dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada golongan pelajar. Melalui inisiatif yang diperkenalkan ini, ia akan memudahkan urusan pergi dan balik untuk pelajar yang kurang berkemampuan.
Walaubagaimanapun, telah disediakan maklumat dan cara mohon yang boleh pelajar ketahui mengenai bantuan tambang IPT Terengganu.
Berkenaan Bantuan Tambang IPT Terengganu
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Tambang IPT Terengganu?
Bantuan tambang IPT Terengganu adalah merupakan inisiatif dari kerajaan negeri Terengganu dibawah Yayasan Pendidikan MAIDAM untuk membantu golongan pelajar menggunakan perkhidmatan pengangkutan penerbangan dengan bantuan kerajaan negeri. Ia disediakan untuk pengangkutan ke Sabah, Sarawak dan luar negara.
Syarat Kelayakan Bantuan Tambang IPT Terengganu
Kelayakan adalah diberikan kepada golongan pelajar dari Asnaf kategori Ibnussabil. Berikut adalah merupakan beberapa syarat kelayakan bantuan tambang IPT Terengganu:
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh dan berakal.
- Tidak mendapat apa-apa pinjaman, biasiswa, dermasiswa dari mana-mana agensi atau hanya mendapat dermasiswa,bantuan Am pelajaran atau terlibat dengan program tajaan khas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ketika sedang menuntut.
- Layak dipertimbangkan sekali sahaja setelah tamat pengajian (kecuali terlibat dengan program tajaan khas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Tahap pengajian ialah Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja atau yang setaraf dengannya.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pertimbangan boleh dibuat bagi kes-kes tertentu terhadap pelajar yang terkandas dalam perjalanan sama ada disebabkan bencana, peperangan atau sebab-sebab lain yang bertepatan dengan hukum syarak.
- Pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam negara tidak dipertimbangkan kecuali yang menuntut di negeri Sabah dan Sarawak sahaja sekiranya berstatus persendirian atau yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sahaja.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat. sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun ketika dalam tempoh pengajian.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Panduan Permohonan Bantuan Tambang IPT Terengganu
Cara Mohon Bantuan Tambang IPT Terengganu
Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan, anda perlu mengikut beberapa langkap seperti dibawah:
- Layari laman permohonan online YPM untuk pelajar IPT
- Sila baca terlebih dahulu garis panduan yang disediakan.
- Log masuk terlebih dahulu dan lengkapkan pendaftaran akaun anda.
- Semasa di paparan utama, anda boleh klik pada ‘PERMOHONAN’ dan pilih ‘PERMOHONAN BANTUAN TAMBANG’.
- Kesemua dokumen diperlukan:
- scan (scan dokumen haruslah guna printer)
- upload (kesemua dokumen haruslah upload di borang permohonan)
- pastikan dokumen 1mb sahaja
- Pengesahan diperlukan:
- Pengesahan permohonan bantuan/ akuan pendapatan/akuan mastautin (mpkk)
- Pastikan nombor telefon pemohon yang aktif, dan pastikan selalu semak sms
Bagi urusan penyediaan dokumen, anda boleh rujuk senarai dan beberapa maklumat dibawah.
Senarai Dokumen yang Perlu Disediakan
Berikut adalah merupakan beberapa dokumen yang perlu anda sediakan dalam urusan permohonan bantuan tambang IPT Terengganu:
- Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
- Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut- turut.
- Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan asal tiket kapal terbang.
- Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
- Slip permohonan. (wajib cop pengesahan)
MAKLUMAN : Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ dan Penghulu.
Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Tambang IPT Terengganu
Apakah itu bantuan tambang IPT Terengganu?
Bantuan untuk tajaan pengangkutan penerbangan sabah, sarawak dan luar negara.
Siapa layak mohon?
Kelayakan adalah dibuka kepada pelajar IPT serta beberapa syarat khusus yang ditetapkan.
Bagaimana cara mohon?
Permohonan secara atas talian dan perlu memuat naik beberapa dokumen yang diperlukan.
Adakah pelajar IPT luar negara layak mohon?
Ya, pelajar yang dari luar negara layak untuk mohon bantuan tambang IPT Terengganu.