Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Mohon Sekarang

Jawatan Kosong JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Mohon Sekarang
Jawatan Kosong JPJ

Jawatan Kosong JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan), Mohon Sekarang Salam sejahtera buat semua warganegara Malaysia, telah masuk tahun baru 2023 adalah tahun yang dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan impian dan azam yang baru. Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan atau dikenali dengan JPJ telah membuka peluang jawatan kosong buat seluruh rakyat Malaysia.

Berita gembira ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia mengambil peluang bagi jawatan kosong yang diwar-warkan. Jawatan Kosong di Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia(JPJ) adalah merupakan satu peluang keemasan yang wajib direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia(JPJ) merupakan Jabatan yang menguruskan hal ehwal perkaitan jalan dan pengankutan awam di mana ia bertanggungjawab di Malaysia dalam memberi sumbangan dari segi pengurusan dan caknaan berkaitan pengankutan serta memastikan tanggungjawab menyediakan dan memastikan sistem pengankutan kepada rakyat Malaysia terjaga. Inilah masanya peluang buat anda sebagai rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda!

Jawatan Kosong JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Mohon Sekarang

Apakah Itu Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)?

Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia(JPJ) yang merupakan sebuah Jabatan yang disegani dalam masyarakat Malaysia kerana ia berfungsi sebagai pusat rujukan berkaitan pengurusan pengankutan di Malaysia. Anda disarankan supaya ambil sedikit sebanyak maklumat mengenai Jabatan agar sewaktu sesi temuduga anda dapat berjalan dengan lancar apabila ditanya mengenai latar belakang JPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.

Ini adalah beberapa jawatan kosong yang telah ditawarkan terkini 2023:

  1. Terkini : Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang Selangor, Mohon Sekarang!
  2. Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) Terkini 2023
  3. Ambilan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Mohon Sekarang
  4. Terkini : Peluang Kerjaya Bersama AirAsia 2023 Kini Dibuka | Minima SPM Layak Memohon!
  5. Jawatan Kosong Di PUSPAKOM l Mohon Segera!

Jawatan Kosong JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), Jawatan Kosong Yang Ditawarkan..

Apakah Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan JPJ?

Untuk makluman para pemohon, kerja kosong yang diiklankan oleh JPJ adalah kerja kosong yang sangat baik dengab tawaran gaji yang lumayan. Anda disarankan supaya melihat maklumat jawatan terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang kekosongan jawatan ini.

Berikut adalah maklumat jawatan kosong yang ditawarkan:

  • Majikan Jawatan Kosong: Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)
  • Jawatan kosong yang ditawarkan: Jawatan Pembantu Tadbir MySTEP N19 (PT/PO)
  • Agensi: JPJ Negeri Perlis
  • Status Lantikan Jawatan : Kontrak
  • Tempoh Bertugas: 9 Januari 2023-31 Disember 2023
  • Kadar Gaji Yang Ditawarkan : RM1,600.00

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia(JPJ) . Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data.

Apakah Bidang Tugas Bagi Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Ini?

Untuk para calon, anda juga perlulah mengetahui maklumat tentang skop tugas bagi jawatan kosong ini supaya anda boleh menilai dan merujuk mengikut syarat kelayakan anda serta kemampuan anda dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh majikan.

  • a) Mahir dalam Software Al, Photoshop dan yang berkaitan dengan grafik.
  • b) Mencipta dan mereka bentuk pelbagai bahan untuk cetakan dan digital.
  • c) Kebolehan merancang, menyunting dan menghasilkan rakaman video menggunakan perisian yang sesuai.
  • d) Kebolehan berfikir secara kreatif bagi menghasilkan content dan idea baru bagi media sosial.
  • e) Mampu menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Permohonan Jawatan Ini?

Untuk perhatian buat pemohon, anda dinasihatkan melihat syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia(JPJ) supaya borang permohonan anda tidak ditolak oleh JPJ. Berikut adalah maklumat syarat kelayakan untuk calon:

  • a) Calon adalah merupakan warganegara Malaysia.
  • b) Calon juga perlu memiliki kesihatan tubuh badan / sedang mengandung tidak digalakkan memohon.
  • c) Calon juga mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • d) Calon juga diutamakan kepada calon yang mempunyai sijil dalam Graphic Design/ Web Design.
  • e) Calon juga hendaklah mempunyai kelulusan minimum SPM.

Bilakah Tarikh Permohonan Dibuka dan Ditutup?

Buat makluman para calon, berkenaan tarikh tutup permohonan ia adalah dibuka sekarang dan calon amatlah dikehendaki membuat permohonan jawatan ini dengan segera dan tanpa bertangguh kerana tarikh tutup permohonan jawatan ini iaitu pada 6 Januari 2023. Oleh yang demikian itu, rebut peluang kerjaya ini sekarang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Jawatan Tersebut?

Buat makluman semua, cara permohonan untuk jawatan yang JPJ ini adalah secara bersemuka tanpa atas talian (online). Di sini anda boleh merujuk cara permohonan jawatan ini dan ia adalah berdasarkan dari sumber Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) sendiri. Sila rujuk dengan baik

  1. Satu sesi temuduga akan diadakan pada 6 Januari 2023, jam 9.00 pagi di JPJ Negeri Perlis.
  2. Calon dikehendaki untuk membawa bersama resume dan dokumen sokongan berkaitan

Pesanan dari JPJ mengenai jawatan kosong yang diiklankan, Pihak JPJ berhak untuk menolak calon sebelum sesi temuduga berlangsung sekiranya didapati tidak memenuhi syarat atau maklumat yang tidak sahih.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, 04-9762599/04-9762661

IMG 20230104 153203 097
Jawatan Kosong JPJ

Semoga dengan segala usaha yang anda lakukan dipermudahkan oleh Allah dan anda direzekikan kejayaan untuk dapatkan jawatan yang ditawarkan oleh JPJ ini ataupun jawatan kosong yang lain yang telah anda pohon. Oleh itu, anda perlu segerakan langkah anda untuk permohonan jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan

Jangan lupa layari Telegram Rasmi Sistem Guru Online yang disediakan ini di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut info Malaysia dan terkini yang sentiasa di update dari semasa ke semasa

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati