Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

Wajib Tutup Penapis Air Bila Tiada Air di Rumah Bagi Pelbagai Jenama

tutup penapis air bila tiada air

Kenapa wajib tutup penapis air bila tiada air? Isu penggunaan elektrik terutama di kediaman rumah masyarakat Malaysia sedang hangat diperbincangkan. Pelbagai kes timbul melibatkan penggunaan elektrik.

Ada kes dimana rumah terbakar kerana beberapa barangan elektrik yang tidak selamat dan penggunaannya yang berlebihan juga adalah bahaya. Sebagai kesedaran umum yang dapat menyelamatkan nyawa dan keluarga, berikut adalah perkongsian kali ini mengenai kewajaran tutup penapis air bila tiada air dan cara penjagaan barangan elektrik yang betul.

Penerangan Kenapa Wajib Tutup Penapis Air Bila Tiada AirĀ 

Barangan elektrik adalah perlu untuk diawasi selalu, ini adalah keranan barangan elektrik menggunakan tenaga elektrik yang mampu membawa risiko kepada manusia seperti kebakaran, renjatan elektrik dan lain-lain.

Berbeza pula dengan isu penapis air bila tiada air adalah dianggap wajib untuk tutup suis terlebih dahulu. Persoalannya kenapa?

Sebab Kena Tutup Penapis Air Bila Tiada Air

image 36

Perhatian kepada pengguna mesin penapis air (tidak mengira mana-mana jenama), sekiranya tiada bekalan air, pastikan suis elektrik ditutup.

Walaupun tiada bekalan air di dalam penapis tersebut, fungsi pemanas elektrik tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan overheating serta risiko kebakaran di rumah anda. Tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda!

Kes Kebakaran Akibat Tidak Tutup Penapis Air Bila Tiada Air

image 37

Banyak sudah terjadi dengan kes melibatkan penapis air bila tiada air. Kesan dari penggunaan elektrik pada penapis air akan menyebabkan penapis air menyalurkan tenaga bagi memberi fungsi pemanasan air. Jadi, apabila tiada air maka penapis akan ‘overheating’ dan akan berlarutan lama sehingga menyebabkan ia berasap dan risiko kebakaran.

Oleh itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyeru orang ramai untuk selalu berwaspada dengan apa-apa jenama penapis air untuk mematikan suis mesin air ketika tiada orang dirumah kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran.

image 38

Cara Tutup Penapis Air

Apabila anda tidak lagi menggunakan penapis air kerana tiada bekalan air atau keluar dari rumah, wajib untuk anda tutup penapis air bila tiada air khususnya sebagai langkah keselamatan dan keterjagaan barangan elektrik tersebut.

Berikut adalah cara tutup penapis air:

  • Anda boleh melihat pada badan penapis air adakah ia tersedia butang khusus iaitu samaada untuk pemanasan dan penyejukkan. Jikalau ada, boleh tutup melalui butang tersebut.
  • Kemudian, anda boleh menutup terus dari suis penapis air anda.
  • Jangan lupa untuk cabut plug sebagai langkah jimatkan elektrik.

Pengganti Penapis Air Bila Tidak Boleh Guna

Terdapat situasi dimana di rumah anda tidak dapat menggunakan penapis air kerana terputus bekalan elektrik atau bekalan air. Anda sebagai pengguna mempunyai pelbagai pilihan bagi memastikan anda mendapat bekalan air minuman yang cukup.

tutup penapis air bila tiada air

Bagi keadaan yang menyebabkan anda tutup penapis air bila tiada air dan tiada elektrik, anda boleh menggunakan kaedah dibawah bagi mendapatkan bekalan air minuman yang selamat:

  • Panaskan air melalui cerek air di atas dapur.
  • Beli bekalan air mineral atau air minuman dengan kuantiti yang sepatutnya.
  • Sekiranya situasi anda adalah terputus bekalan air, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib dan badan NGO.

Tips Penggunaan Barangan Elektrik Semasa di Rumah

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kesedaran umum dalam penggunaan barangan elektrik di rumah. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda amalkan dan waspada selalu semasa menggunakan barangan elektrik.

Jangan Guna Barangan Elektrik Terlalu Lama

Disarankan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan barangan elektrik dalam masa yang lama. Kesannya adalah ia boleh memberi tekanan kepada barangan jenis elektrik atau overheating. Barangan yang perlu diingatkan selalu adalah penggunaan periuk elektrik nasi, komputer riba, televisyen dan lain-lain.

Elakkan Daripada Terkena Air

Ramai juga yang kurang sedar mengenai air yang terkena pada barangan elektrik. Sebagai contoh, penggunaan periuk nasi elektrik yang permukaan periuk masih basah lalu diletakkan untuk menanak nasi adalah langkah bahaya kerana air masih ada dipermukaan bawah.

Ia boleh memberi kesan renjatan elektrik dan risiko lain.

Pilih Barangan Elektrik yang Mempunyai Kecekapan Tenaga

Disarankan kepada orang ramai untuk lebih memilih produk elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga kerana ia diyakini lebih selamat dan mengelakkan pembaziran. Alhasil daripada penggunaan barang yang mempunyai kecekapan tenaga juga memberi kelebihan kepada alam sekitar kerana kurangnya penggunaan elektrik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati