Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

TNB Aduan Gangguan Elektrik – Panduan Lengkap Untuk Pengguna

TNB ADUAN GANGGUAN ELEKTRIK

TNB aduan gangguan elektrik adalah salah satu langkah untuk kita mengambil tindakan sebagai tindak balas bekalan elektrik yang terputus di kejiranan atau premis kita. Sebagai pelanggan dan pengguna perkhidmatan elektrik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak perkara yang anda perlu tahu mengenai hak-hak anda selaku pengguna.

Masalah gangguan elektrik sering berlaku di sesuatu tempat secara berkala atau jarang berdasarkan keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TNB. Namun, penting untuk anda mempunyai asas untuk berhubung pihak TNB aduan gangguan elektrik apabila terjadi ‘blackout’ secara tiba-tiba.

Panduan Sebagai Pengguna Dalam Kes TNb Aduan Gangguan Elektrik

tnb aduan gangguan elektrik
tnb aduan gangguan elektrik

Tanggungjawab Sebagai Pengguna untuk Membuat Aduan

Sebagai pengguna, anda perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan masalah perkhidmatan elektrik kepada TNB. TNB akan cuba sedaya upaya untuk bantu memudahkan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Dengan kemahiran dan servis yang terbaik disediakan oleh TNB, maka tiada masalah jika anda melaporkan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab. Berikut adalah beberapa situasi masalah yang anda boleh pertimbangkan untuk membuat laporan dalam kes TNB aduan gangguan elektrik yang berlaku di kawasan anda:

Jenis GangguanTindakan yang boleh diambil
Terputus Bekalan Elektrik
✔Seandainya anda mengalami gangguan bekalan elektrik di rumah atau premis anda, anda perlu segera melaporkan masalah ini kepada TNB melalui Careline 15454 atau aplikasi mudah alih.
Lampu Jalan Tidak Berfungsi✔Sekiranya anda perasan lampu jalan di kawasan perumahan anda tidak berfungsi, Makan anda perlu melaporkannya kepada TNB. Ini membantu meningkatkan keselamatan jalan raya dan mencegah kejadian yang tidak diingini. Anda boleh terus melaporkan masalah ini melalui Careline 15454 atau SMS menggunakan nombor tiang lampu jalan yang disediakan.
Gangguan Elektrik Berulang✔Jika anda menghadapi masalah seperti gangguan elektrik yang berulang di kediaman atau premis anda. Anda boleh menghubungi TNB untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan elektrik berulang.
✔Walaubagainmanapun, dalam situasi ini perlu untuk anda menjalankan pemeriksaan dalaman dahulu seperti memastikan peralatan elektrik di rumah anda berfungsi dengan baik sebelum melaporkan masalah kepada TNB.
Kerosakan kepada Infrastruktur Elektrik AwamJika anda memperhatikan sebarang kerosakan kepada tiang elektrik, papan suis awam, atau lain-lain infrastruktur elektrik di kawasan awam, anda perlu melaporkannya kepada TNB atau pihak berkuasa tempatan. Kerosakan ini mungkin membahayakan keselamatan orang ramai.
Gangguan Bekalan Elektrik Luar BiasaSekiranya anda mengalami gangguan elektrik yang luar biasa, seperti yang disebabkan oleh bencana semula jadi, anda perlu melaporkannya kepada TNB dan mendengar arahan mereka.
Anda juga perlu menyediakan maklumat tentang keadaan sekitar kepada mereka untuk membantu dalam usaha pemulihan.
Kehilangan Bekalan Elektrik Selepas BayaranJika anda mengalami pemutusan bekalan elektrik selepas membayar bil elektrik anda, anda perlu segera menghubungi TNB dan menyediakan bukti pembayaran. Ini membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
Kemusnahan atau Kerosakan Akibat Kerja Binaan atau PembaikanSekiranya ada kerja binaan atau pembaikan yang menyebabkan kemusnahan atau kerosakan kepada infrastruktur elektrik di kawasan anda, anda perlu melaporkan kejadian ini kepada TNB atau pihak berkuasa yang berkaitan.
Penggunaan Elektrik yang Tidak SelamatJika anda mendapati sebarang aktiviti atau penggunaan elektrik yang tidak selamat di kawasan anda, seperti pencurian elektrik, anda perlu melaporkannya kepada TNB. Ini membantu mencegah risiko kebakaran atau kemalangan elektrik.

Sebelum anda melaporkan gangguan elektrik, adalah penting untuk memahami mengapa anda perlu membuat aduan.

Cara Untuk Laporkan TNB Aduan Gangguan Elektrik

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan langkah-langkah proses melaporkan gangguan kepada TNB aduan gangguan elektrik. Ini termasuk cara untuk menghubungi TNB, maklumat yang perlu anda sediakan semasa membuat laporan, dan langkah-langkah seterusnya selepas laporan anda diterima.

Pelbagai cara untuk menghubungi TNB termasuk panggilan telefon, laman web, atau aplikasi mudah alih.Berikut adalah cara untuk membuat aduan terus kepada TNB:

1.TNB Careline 15454

aduan tnb gangguan elektrik
TNB aduan gangguan elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menubuhkan Pusat Pengurusan Panggilan (CMC), yang menawarkan komunikasi serba lengkap bagi bertindak balas segera terhadap pengurusan gangguan semasa kejadian blackout.

Anda hanya perlu dail atau SMS 15454 di mana-mana di Semenanjung Malaysia dan di kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dengan kos panggilan tempatan untuk panggilan suara, dan panggilan SMS adalah percuma. Ini adalah salah satu cara yang senang untuk anda.

2.Panggilan Suara

Semua panggilan diuruskan oleh ejen khidmat pelanggan yang terlatih yang akan menjawab pertanyaan pelanggan serta permintaan perkhidmatan dan bantuan semasa situasi terputus bekalan elektrik.

Maklumat dari penelefon akan disampaikan melalui Sistem Pengurusan Gangguan TNB (TOMS), dan akan diuruskan oleh Pusat Pengurusan Perkhidmatan yang terdekat dengan lokasi yang terjejas di seluruh negara.

Ketika anda menghubungi talian TNB, pihak TNB akan meminta anda menyediakan beberapa maklumat seperti dibawah:

  1. Nombor hubungan diri.
  2. Nama & Alamat.
  3. Untuk laporan terputus bekalan elektrik, pengguna dinasihatkan untuk memberikan maklumat terperinci tentang gangguan bagi menentukan sama ada masalah terhad kepada kawasan pengguna atau berpunca dari sistem bekalan TNB. Anda juga akan dinasihatkan untuk memberikan maklumat tentang sama ada gangguan tersebut hanya terkesan kepada rumah anda atau kejiranan yang lain juga.

Panduan Membuat Aduan Kepada TNB Untuk Kes Terputus Bekalan ELektrik atau Blackout dan Masalah Lampu Jalan Rosak

Langkah Kenal Pasti Gangguan Bekalan Elektrik

Sebelum membuat aduan, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu. Gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada premis anda boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

tnb aduan gangguan elektrik
TNB aduan gangguan elektrik

Terdapat langkah yang perlu anda buat sebelum melaporkan TNB aduan gangguan elektrik dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:

1. Semak Kotak Agihan Elektrik milik anda, pastikan suis Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Circuit Device (RCD) dalam keadaan ‘ON’ (suis menghala ke atas) atau tidak.

2. Jika suis ELCB/RCD berada dalam keadaan ‘ON’, anda boleh semak sama ada gangguan bekalan melibatkan rumah anda sahaja, rumah-rumah lain yang berhampiran, lampu jalan atau kawasan sekeliling anda.

3. Kemudian, anda boleh hubungi 15454 atau PM (Private Message) FB TNB Careline untuk membuat laporan gangguan bekalan elektrik. TNB Careline sedia membantu anda 24 jam setiap hari.

Untuk penerangan khusus bagi membuat aduan, anda boleh merujuk bahagian dibawah yang kami sediakan penerangan yang terperinci untuk memastikan aduan anda kepada pihak TNB dengan kadar segera.

Aduan Melalui Penghantaran SMS

Perkhidmatan SMS 15454 membolehkan pelanggan melaporkan pemutusan dan lampu jalan yang rosak. Perkhidmatan ini tersedia untuk pelanggan telefon mudah alih Celcom, Digi, dan Maxis.

Untuk menghantar laporan dan aduan anda, hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah.

Daftar Maklumat dan Butiran Anda

  • Taip REG atau DFTR
  • Hantar ke 15454
  • Ikuti arahan yang mudah (Berkenaan nama, alamat dan lain-lain akan ditanya)

Aduan Berkenaan Bekalan Elektrik Terputus (Blackout)

Melalui penghantaran mesej sms anda boleh terus menyalurkan aduan segera mengenai bekalan elekterik yang terputus. Hanya dengan menghantar ke talian dibawah dan caranya adalah seperti berikut:

  • Taip BD
  • Hantar ke 15454
  • Ikuti arahan yang mudah
tnb aduan gangguan elektrik
tnb aduan gangguan elektrik

Aduan Berkenaan Lampu Jalan Yang Rosak dan Tidak Berfungsi

Berkenaan makluman kepada pihak TNB mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi dan tidak menyala, pihak TNB juga turut mengambil tindakan segera. Oleh itu, inisiatif yang anda boleh cuba adalah dengan membuat aduan seperti contoh arahan dibawah:

  • Taip L
  • Hantar ke 15454
  • Ikuti arahan yang mudah

Caj Yang Dikenakan Semasa Proses Membuat Aduan

Untuk makluman kepada pengguna, adalah terdapat beberapa aduan yang akan dikenakan caj. Berikut adalah penerangan mengenai caj dan perkhidmatan percuma yang disediakan TNB:

  • Panggilan talian tetap akan dicaj sebagai panggilan tempatan.
  • Panggilan telefon bimbit tertakluk kepada caj oleh pembekal perkhidmatan.
  • SMS adalah percuma.

Hubungi Laman Media Sosial

Selain menghubungi melalui sms dan panggilan telefon, untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh bertanyakan terus kepad pihak TNB melalui media sosial yang tersedia untuk kegunaan pelanggan. Berikut adalah laman media sosial yang anda boleh mendapatkan informasi terkini dan melakukan perbualan:

  • Facebook: TNB Careline
  • Twitter: @Tenaga_Nasional

Soalan FAQs Berkenaan Aduan TNB Gangguan Elektrik

Apakah yang perlu saya lakukan jika rumah saya blackout?

Jika berlaku terputus bekalan elektrik di rumah anda, anda perlu menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan segera. Anda boleh membuat aduan melalui TNB Careline 15454 atau menggunakan perkhidmatan SMS. Pastikan anda menyediakan maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun TNB dan alamat rumah anda.

Berapa lama biasanya TNB mengambil masa untuk memulihkan bekalan elektrik selepas aduan dibuat?

Tempoh untuk proses pembaikan bekalan elektrik bergantung kepada punca pemutusan dan keadaan semasa. TNB berusaha untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan sasaran masa pemulihan adalah mungkin berbeza-beza. Kebiasaannya, TNB akan memulihkan bekalan dalam tempoh antara 30 minit hingga 2 jam selepas menerima aduan.

Adakah saya perlu membayar jika menghubungi Careline 15454 bagi membuat aduan?

Panggilan ke Careline 15454 adalah panggilan tempatan dan akan dicaj mengikut kadar panggilan tempatan oleh pembekal perkhidmatan telefon anda. Walau bagaimanapun, perkhidmatan SMS 15454 adalah percuma untuk anda gunakan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami gangguan bekalan elektrik berulang di rumah saya?

Jika anda mengalami gangguan bekalan elektrik berulang di rumah anda, anda perlu menghubungi TNB untuk mengenalpasti punca masalah. Sebelum melaporkan, pastikan tiada masalah dalaman seperti kerosakan peralatan elektrik di rumah anda. Ini membantu dalam penyelesaian masalah dengan lebih efisien.

1 komen

  1. call tnb 15454 buat aduan dari jam 10.54pm sampai 1.24 pagi sorang pegawai tnb pon takde yang call or bagi feedback tak sampai sampai. ape lagi yang saya perlu buat ye ? dah 3 kali call semula no aduan tu. dah la dalam pantang ada baby lagi. lebih 2 jam dah duduk dalam kereta.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati