Adakah anda mempunyai tekanan darah rendah? Pernahkah anda bangun dari baring secara mengejut, pandangan anda terasa gelap atau berpinar-pinar? Tahukah anda bahawa itu juga merupakan tanda tekanan darah rendah.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh ketika anda baring, darah dan jantung sedang berfungsi dengan perlahan, apabila anda bangun secara mengejut, ketika itu tekanan darah jauh lebih rendah dibandingkan ketika anda tidur. Hal ini kerana ketika anda baring darah banyak berkumpul dibahagian bawah, jika bangun mengejut darah di bahagian kepala akan berkurang sehingga boleh mengakibatkan anda pitam atau pengsan.
Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan mengenai tekanan darah rendah agar anda lebih berhati-hati serta memahami dan kenalpasti masalah ini secara mendalam.
Tekanan Darah Terlalu Rendah Boleh Mengakibatkan Kematian!
Isi Kandungan
Apakah Itu Hipotensi
Hipotensi adalah darah rendah merujuk kepada tekanan darah yang lebih rendah dari nilai normal. Ia berlaku apabila tekanan darah sistolik (semasa jantung berdenyut) kurang daripada 90 mmHg atau tekanan darah diastolik (semasa jantung berehat) daripada 60 mmHg. Keadaan ini boleh menyebabkan gejala seperti pening, keletihan, penglihatan kabur ataupun peningkatan risiko pengsan dan jika mengalami jika anda mengalami gejala ini secara gerak adalah penting untuk berjumpa doktor untuk penilaian lanjut.
Cara bacaan tekanan darah rendah
Bacaan tekanan darah rendah adalah apabila nilai tekanan sistolik (yang lebih tinggi) kurang daripada 90 mmHg dan nilai tekanan diastolik (yang lebih rendah) kurang daripada 60mmHg. Ia diukur menggunakan satu set angka di mana yang pertama ialah tekanan sistolik dan yang kedua ialah tekanan diastolik, contohnya bacaan tekanan darah rendah adalah 85/55 mmHg.
Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah
● Tekanan darah rendah ‘Orthostatic’
Jenis tekanan darah ini akan berlaku apabila anda berubah kedudukan daripada bangun, tidur atau duduk secara mengejut.
● Tekanan darah rendah ‘Neurally mediated’ (NMH)
keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berhubung antara satu sama lain dengan baik, sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangka masa yang panjang darah mulai berkumpul di kaki anda. Hal ini menyebabkan penurunan tekanan darah.
● Tekanan darah rendah berkaitan dengan ‘shock’
‘shock’ adalah sesuatu keadaan yang mana boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.
Tanda-Tanda Tekanan Darah Rendah
Terdapat beberapa tanda bahawa anda mempunyai hipotensi antaranya ialah:
1. Pening atau pandangan mata berpinar-pinar dan pengsan
Keadaan ini berlaku apabila tekanan darah anda secara tiba-tiba menurun. Ini mengakibatkan pengurangan aliran darah ke otak. Oleh kerana otak tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi.
Apabila seseorang bangun secara mengejut dari kedudukan duduk atau berbaring, tekanan darah mereka mungkin menurun seketika, gejala ini juga boleh berlaku semasa berpuasa.
2. Dehidrasi
Keadaan di mana badan kekurangan air yang mencukupi. Ia menjadi punca hipotensi apabila tubuh kehilangan terlalu banyak air.
Khususnya semasa cuaca panas dan aktiviti fizikal yang berlebihan atau jika seseorang tidak cukup minum air, tubuh boleh mengalami dehidrasi ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.
3. Keletihan atau lemah
Keadaan ini berlaku apabila aliran darah yang berkurangan ke otot dan tisu.
Seseorang yang mengalami penurunan tekanan darah semasa berdiri terlalu lama dan anda mungkin merasai cepat letih dan penat.
4. Denyutan jantung laju
keadaan ini berlaku apabila tekanan darah menurun, jantung cuba menyesuaikan dengan meningkatkan kadar denyutannya, bertujuan untuk mengekalkan aliran darah yang mencukupi ke seluruh badan.
6. Kekeliruan
keadaan ini berlaku di mana darah anda menurun secara mendadak, iaitu darah tidak dapat mengalir ke otak menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien sehingga boleh mengakibatkan ketidakseimbangan dan keadaan kekeliruan.
7. Penglihatan Kabur
Keadaan ini berlaku apabila aliran darah ke mata berkurangan menyebabkan gangguan sementara dalam kemampuan mata untuk melihat dengan jelas. Penglihatan kabur yang disebabkan oleh tekanan darah menurun boleh berlaku pada pelbagai keadaan, sebagai contoh, seseorang yang bangun secara tiba-tiba dari keadaan duduk atau berbaring mungkin mengalami penglihatan yang kabur seketika.
Ini disebabkan oleh penurunan tekanan darah yang tidak mencukupi ke mata. Apabila ini berlaku penglihatan mereka mungkin menjadi kabur untuk sesaat sehingga tubuh berjaya menyesuaikan semula tekanan darah untuk kembali kepada paras yang normal.
Rawatan Darah Rendah: Langkah-Langkah dan Penjagaan
Berikut adalah beberapa cara rawatan yang boleh membantu:
1) Peningkatan pengambilan air dan elektrolit
Minum air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan tahap darah dan mencegah penurunan tekanan darah. Tambahan pula, memastikan pengambilan elektrolit seperti natrium dan kalium dalam jumlah yang seimbang juga membantu dalam mengawal tekanan darah.
2) Pemakanan yang Seimbang
Diet yang seimbang dan sihat membantu mengawal tekanan darah yang mengandungi zat besi dan vitamin B12 seperti hati ayam, kerang, daging merah, sayur bayam dan lain-lain. Makanan ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah yang membantu mengimbangi tekanan darah rendah.
3) Pengurangan risiko hypotension
Untuk individu yang cederung mengalami tekanan darah rendah apabila berdiri dari keadaan duduk atau berbaring, langkah-langkah seperti bangun perlahan-lahan atau duduk seketika dan bergerak secara beransur-ansur boleh membantu mengurangkan risiko hypotensi postural.
4) Perubahan Gaya Hidup
Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman yang berkala, mengurangkan stres dan mendapatkan tidur yang mencukupi turut dapat membantu mengawal tekanan darah.
Sekiranya penyakit ini berlaku secara kronik atau teruk, berjumpa dengan doktor adalah penting. Doktor boleh menilai punca-puncanya serta memberikan rawatan yang lebih khusus seperti ubat-ubatan yang membantu meningkatkan tekanan darah atau merawat penyebab asal tekanan darah menurun.
Memahami bahawa rawatan penurunan tekanan darah adalah sesuatu yang perlu dipantau secara berterusan adalah penting bagi mereka yang mengalaminya dengan penjagaan yang berterusan dan nasihat perubatan yang sesuai, individu yang mengalami hipotensi boleh mengurangkan kesan yang tidak diingini dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna serta sihat.