Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018

JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURULATIH 13

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan informasi terkini daripada portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2018 iaitu terdapat 43 kekosongan bagi jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018

Berikut merupakan infografik bagi kekosongan jawatan ini:

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018

Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00RM4,003.00RM100.00
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018
image 80
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018

Syarat Lantikan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Butiran Tugas

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Penerimaan/Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
  • Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
  • Merekod suhu stor, chiller dan freezer.

Pengeluaran Barang Makanan

  • Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer/chiller.

MOHON DI SINI

SILA KLIK DI SINI

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 Julai 2018 memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Semoga berjaya daripada kami. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati