Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official : Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia

BAJET2023
BAJET2023

RASMI : Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysai hari ini, 7 Oktober 2022, mengumumkan bajet2023 dengan dibawakan oleh menteri kewangan, Datuk Tengku Zafrul yang baharu sahaja selesai sampaikan di dewan rakyat pada pembentangan khas bajet 2023.

Sehubungan itu, ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu apa intipati pembentangan rakyat bajet 2023. Kerajaan Malaysia mengatut bajet dengan merujuk pelbagai aspek dan struktur. Untuk ini kami bawakan strategi 2 bajet 2023 iaitu “keutamaan Kepada Rakyat”. Ikuti intipati lengkap rakyat dibawah.

RASMI: Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia

Isi Kandungan

Kerajaan Malaysia berbekalkan ruang fiskal yang ada ini, keutamaan Bajet 2023 akan tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.

Fokus 1: Kumpulan B40

  • Golongan susah telah diberi keutamaan khusus dengan peruntukan 2.5 bilion ringgit bagi tahun 2023, iaitu peningkatan signifikan berbanding 1.5 bilion ringgit pada tahun 2020.
  • Bermula 2023, pemberian subsidi bil elektrik sehingga 40 ringgit   akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan 1,169 ringgit ke bawah berbanding syarat semasa 980 ringgit ke bawah.
  • photo1665131873 1Kadar Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Tahun 2023 Ditingkatkan

    Berikut merupakan maklumat terbaru tambahan kadar bayaran BKM mengikut kategori.

    • BKM : kategori Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan .
      • RM2,500 : Lebih dari 5 Anak
      • RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
    • BKM : Kategori Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
      • RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
    • BKM : Kategori Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
      • RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
  • Bantuan tunai di bawah JKM dan BKM untuk tahun 2023 akan melebihi 10 bilion ringgit.
  • Agenda membasmi kemiskinan tegar

    • 1 bilion ringgit disediakan iaitu 750 juta ringgit peruntukan Kerajaan di samping program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh GLC bernilai 250 juta ringgit
    • Buka peluang ekonomi kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar bagi meningkatkan pendapatan antaranya menerusi projek pertanian serta keusahawanan produk dan perkhidmatan

Fokus 2: Kumpulan M40

Selain golongan B40,Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40 juga.

  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit :

    • Pertama : Banjaran pendapatan bercukai lebih 50 ribu hingga 70 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan
    • Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih 70 ribu hingga 100 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.
  • Inisiatif e-Pemula M40

    • Tawaran kredit e-dompet sebanyak 100 ringgit kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah 100 ribu ringgit

Fokus 3: Wanita dan Kanak-kanak

Kerajaan sentiasa melindugi dan berusaha hak-hak bagi kaum yang lemah. Di dalam pembentangan bajet 2023, kerajaan juga mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak.

  • Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023

    • Menoktahkan segala bentuk gangguan seksual di samping meningkatkan kesedaran semua agar tindakan ini tidak lagi dinormalisasi
  • 8 juta ringgit disediakan untuk  Pusat Sokongan Sosial Setempat

    • Bagi membantu masalah dan beri khidmat kaunseling kepada para wanita.
  • Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat

    • 235 juta ringgit dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita dalam membantu ekonomi wanita
  • Mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028

    • Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break
  • Kerajaan bersetuju melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga 3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar

    • Kerajaan bantu ringankan beban ibubapa yang mempunyai anak-anak.
  • Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak 500 ringgit

    • Berita gembira kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan RM500 pada mereka yang lahirkan anak pada tahun2023.

Fokus 4: Golongan Belia

34f6b4b1 52f9 42c6 8dce f2e689954a13 3
BAJET2023,BAJET2023, BAJET2023,BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023, BAJET2023

Kerajaan juga membantu mereka yang dari golongan belia.

  • Menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan

  • Pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank

    • Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, kerajaan memperuntukkan sebanyak jutaan dana.
    • Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana 50 juta ringgit akan menawarkan pinjaman sehingga 50 ribu ringgit untuk 10 ribu anak muda
  • Menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV

    • Bagi menyokong golongan belia terlibat dengan perniagaan.
  • Pakej Remaja Keluarga Malaysia

    • Dapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya 30 ringgit untuk tempoh tiga bulan
  • e-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada 200

    • Bakal manfaat 2 juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas dengan peruntukan 400 juta ringgit

Fokus 5: Perlindungan Sosial

  •  PERKESO: Kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman

    • Bagi mengurangkan bebanan golongan bekerja sendiri.
  • Had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan daripada 60 ribu kepada 100 ribu ringgit setahun

    • Bagi menggalakkan lagi caruman sukarela, Kerajaan juga akan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga 3,000 ringgit
  • Program i-Saraan akan dilanjutkan untuk tahun 2023

    • Akan diitambah baik dengan meningkatkan caruman padanan daripada 250 kepada 300 ringgit
  • Melanjutkan program Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk tahun 2023 dan memperkasa program ini melalui perlindungan tambahan di bawah Skim PERKESO

    • Suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum 60 ringgit setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga 600 ringgit setahun merangkumi 480 ringgit simpanan KWSP serta 120 ringgit caruman Skim PERKESO
  • Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit

    • BSN juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana 100 juta ringgit

Fokus 6: Kos Sara Hidup

  • Program Jualan Murah Keluarga Malaysia

    • Kerajaan komited untuk meneruskan pelaksanaan Program ini di seluruh negara meliputi 600 DUN, 13 Parlimen Wilayah Persekutuan dan di universiti awam dengan peruntukan 100 juta ringgit.

Fokus 7: Kerjaya dan Latihan Kemahiran

  • Insentif Penggajian PERKESO

    • sebanyak 150 juta ringgit disediakan dan dijangka dapat membuka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja
    • PERKESO akan menyediakan bantuan mobiliti sebanyak 500 ringgit kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin
  • Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak 100 ringgit

    • iaitu dari antara 1,500 hingga 2,100 ringgit berbanding 1,400 hingga 2,000 ringgit.

Fokus 8: Pendidikan dan TVET

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 ringgit

    • kadar BAP telah dinaikkan kepada 150 ringgit berbanding 100 ringgit
    • Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya
    • jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak 450 ringgit
  • Menambah baik RMT

    • dengan menyediakan bekalan susu pada setiap hari
    • menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada 2 ringgit 50 sen kepada 3 ringgit 50 sen untuk Semenanjung dan 3 ringgit kepada 4 ringgit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan
    • Kenaikan kadar ini akan berkuat kuasa pada bulan ini juga.
  • Elaun Sara Hidup bagi pelajar MARA dan PETRONAS telah dinaikkan
  • Memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 dengan kadar yang berikut:

    • Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
    • Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
    • Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Fokus 9: Pemilikan Rumah

  • Pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023

    • pengecualian 100 peratus atas pembelian rumah bernilai 300 ribu ringgit bakal menjimatkan 6,500 ringgit sementara pengecualian 75 peratus atas pembelian rumah 750 ribu ringgit bakal menjimatkan wang rakyat sebanyak 15 ribu ringgit
  • Peruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan daripada 361 juta kepada 460 juta ringgit

Fokus 10: Pengangkutan Awam

  • Menambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak
  • Inisiatif pas bulanan My50

    • Bakal manfaat hampir 180 ribu pengguna
    • Bakal mensubsidi pengguna sehingga 150 ringgit sebulan atau 1,800 ringgit setahun
  • Pemilik Teksi:memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi penjualan

Fokus 11: Komuniti Tumpuan

  • Kerajaan akan melaksanakan Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan juga menaja sekurang-kurangnya 10 orang anak orang asli untuk menyambung pelajaran di luar negara
  • Memperkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • 10 juta ringgit disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing

    • cadangan untuk memperbanyak perkhidmatan pintu ke pintu bagi memudahkan pergerakan komuniti OKU
  • Kerajaan menyediakan insentif khas bagi menubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada

    • Memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan yang selamat semasa mereka bekerja.
  • Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji antaranya bekas banduan
  • Kerajaan akan menubuhkan Pusat Transit – Anjung Sinar

    • sebagai pusat sementara untuk mereka berteduh sebelum mendapat pekerjaan dan memulakan hidup baharu bagi anak-anak dibawah jagaan JKM.

Fokus 12: Pesawah, Nelayan dan Pekebun Kecil

  • Kerajaan beri subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan
  • Perkenal bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula untuk tahun 2023 dengan memberi bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit
  • Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh empat bulan kepada 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan 256 juta ringgit.

    • pekebun kecil akan mendapat BMT sebanyak 800 ringgit berbanding 600 ringgit sebelum ini.
  • Perkenalkan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi
  • Skim Perlindungan Pertanian

    • untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi.

Demkian merupakan peruntukan bajet 2023 daripada kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati