Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Melegakan GERD Dengan Mudah dan 7 Tanda Masalah GERD yang Tak Disangka

Cara Melegakan GERD

Tahukah anda bahawa penyakit GERD semakin mengganas? Jom ketahu cara melegakan gerd. Penyakit ini sangat sinonim dan menjadi kebiasaan kepada sebahagian individu. Penting untuk kita ketahui cara melegakan GERD dengan mudah tanpa bergantung pada ubat kerana penyakit ini akan menyerang kita tidak kira masa, sama ada ketika memandu, tidur atau sebaliknya.

Admin akan kongsikan lebih mendalam mengenai penyakit ini, persoalan yang mungkin akan dibentangkan, apakah itu GERD? Kenali tanda-tanda awal GERD dan cara melegakan GERD dengan mudah. Jom baca!

Sakit GERD yang Berpanjangan, Adalah Berbahaya!

Cara Melegakan GERD
Cara Melegakan GERD Dengan Mudah dan 7 Tanda Masalah GERD yang Tak Disangka 5

Apakah itu GERD

GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) adalah suatu keadaan di mana gas naik semula ke esofagus, menyebabkan gejala seperti mulut terasa masam, rasa perih di dada dan kesukaran untuk menelan makanan, penyakit ini disebabkan oleh lemahnya injap yang terletak di antara esofagus dan lambung.

Punca Terhasilnya Penyakit GERD

Masalah GERD adalah disebabkan oleh asid dalam perut berkurangan. Apabila kita makan khususnya makanan yang mengandungi protein, seperti ayam, daging. Ia menyebabkan makanan ini tidak boleh dihancurkan. Apabila makanan protein lambat hadam dalam masa 4 jam, Maka ia membusuk didalam usus kemudian mengeluarkan gas sehingga injap dihujung esofagus tidak tertutup dengan baik.

Tanda-Tanda Penyakit GERD yang Tak Disangka dan Harus Diberi Perhatian Anda

Kenali tanda yang menunjukkan anda sudah mempunyai GERD, seperti berikut:

Tanda-Tanda Penyakit GERD
Cara Melegakan GERD Dengan Mudah dan 7 Tanda Masalah GERD yang Tak Disangka 6
  1. Sakit didada, susah bernafas seperti dihiris sakitnya
  2. Asid selalu naik keatas sehingga rasa dicekik, gatal, batuk-batuk.
  3. Mimpi buruk dan menakutkan
  4. Resdung
  5. pedih ulu hati
  6. rasa nak muntah
  7. Sakit belakang

Cara Melegakan GERD dengan Mudah Tanpa Bergantung Pada Ubat

Beberapa cara melegakan GERD tanpa bergantung pada ubat. Antaranya ialah:

Cara Melegakan GERD dengan Mudah Tanpa Bergantung Pada Ubat
Cara Melegakan GERD
  • Ambil probiotik dan prebiotik untuk tanam bakteria baik dalam usus
  • Kosongkan perut dengan berpuasa. Puasa dapat memudahkan proses rawat usus.
  • Jangan makan gula. Gula penyebab luka dalam usus dan bakteria baik mati.
  • Jangan makan tepung gandum sebab ia mengandungi gluten.
  • Makan dalam portion kecil, jangan terlalu kenyang.
  • Selepas makan, jangan terus tidur ataupun baring. Boleh berjalan 15 minit untuk bantu penghadaman
  • Elakkan makanan pedas, masam ataupun yang ada kafein
  • Hentikan merokok. Sekiranya anda seorang perokok.
  • Kawal stress anxiety, kadangkala ini juga punca kepada GERD
  • Amalkan sebelum dan selepas makan ambil garam letak dihujung jari kelinking dan hisap, selepas beberapa minit baru makan, garam ia berfungsi menghasilkan enzim untuk membantu makanan dicerna dengan sempurna.

Cara Melegakan GERD Secara Semula Jadi

Cara atasi gas naik semula ke esofagus, ikuti langkah seperti berikut:

  1. Urut dada sampai rasa panas
  2. Pegang dada. Tarik nafas, hembus
  3. Letak jari di atas perut. Tarik nafas, lepas.
  4. Letak jari atas pusat. Tarik nafas, hembus.
  5. Gosok dada keatas, sampai dada rasa panas.

Sekiranya anda mempunyai masalah angin ketika tidur, tiba-tiba susah nafas mungkin berpunca daripada angin berlebihan dalam badan sehingga angin naik ke esofagus.

Pertama : Duduk dalam keadaan tenang kemudian tarik nafas, hembus .

Kedua : Ambil air suam, minum sikit demi sikit. Pastikan sendawa

Ketiga : Kita perlu paksa angin keluar, bila dah rasa tenang sedikit . Boleh sambung tidur.

GERD juga boleh menyebabkan urat kentut tersumbat sehingga menyebabkan kita susah mengeluarkan kentut. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Pastikan anda banyak berjalan.
  • Sebelum bangun tidur, baring seketika, angkat kedua kaki, sehingga lutut ke perut, tunggu beberapa minit. InsyaAllah angin akan keluar melalui kentut.

Jika gejala semakin berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kenalpasti Perbezaan antara Gastrik, Gerd dan Anxiety

Penting juga untuk anda kenalpasti antara GASTRIK, GERD, dan ANXIETY.

Gerd adalah disebabkan oleh gas naik semula pada esofagus sehingga menyebabkan sakit dada, ketat dan rasa nak muntah. Selain itu, Gastrik pula dimana keadaan terdapat radang pada dinding usus sehingga menyebabkan pedih ulu hati dan hilang selera makan. Manakala anxiety adalah dimana keadaan hormon serotonin (hormon ceria) berkurang disebabkan oleh usus tidak sihat, kesannya, kita akan rasa sedih tiba-tiba, putus asa, kemurungan, sukar tidur, takut mati dan sebagainya.

Admin pernah kongsikan sebelum ini berkaitan gastrik, anda bolen rujuk kembali tentang cara pola pemakanan bagi pesakit gastrik,gerd dan anxiety.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati