Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Manfaat Baking Soda Yang Ramai Tidak Tahu!

baking soda
Manfaat Baking Soda

Tahukah anda terdapat banyak kebaikan baking soda untuk kegunaan di rumah mulai dari kebersihan sehinggalah ke aspek keceriaan. Perkongsian hari ini adalah berkaitan tentang manfaat baking soda yang ramai tak tahu.

Apa itu Baking Soda?

baking soda 2

Definisi Baking Soda

Baking soda yang dikenali sebagai natrium bikarbonat adalah zat serbaguna yang banyak digunakan dalam memasak, pembersihan dan perawatan peribadi. Baking soda merupakan serbuk berwarna putih yang larut dalam air dan memiliki sifat alkali yang dapat membantu mengatur pH.

Tahukah anda baking soda ini bukan hanya digunakan di dalam masakan sahaja namun juga mempunyai pelbagai fungsi termasuklah kebersihan rumah.

Manfaat Baking Soda

baking soda 3

Terdapat beberapa manfaat baking soda dari segi kebersihan rumah. Antaranya adalah seperti di bawah ini:

  1. Pembersih dapur rumah

Antara kegunaan baking soda ialah sebagai pembersih dapur rumah. Ianya dapat digunakan dengan mencampurkan baking soda dan air kemudian anda boleh menggunakannya dengan mengelap kotoran di ketuhar, dapur gas atau penyaman udara.

Baking soda amat berkesan dalam pembersihan kerana dapat menanggalkan kotoran degil yang melekat pada kuali, cerek air atau bekas makanan.

2. Bahan pencuci tandas

Kotoran yang melekat di dalam mangkuk tandas agak sukar untuk dibersihkan namun dengan menggunakan baking soda ianya dapat dibersihkan dengan mudah.

Jika anda kehabisan bahan peluntur, anda boleh menggunakan cara semula jadi iaitu dengan menggunakan baking soda.

Selain daripada mangkuk tandas, jubin lantai, tab mandi dan sinki juga dapat dibersihkan menggunakan baking soda.

3. Pembasmi kuman pada pakaian

Pernahkah anda mengalami masalah mesin basuh berbau busuk? Hal ini berlaku disebabkan garam yang terkumpul di dalam mesin basuh, kulat yang tumbuh dalam hos mesin dan mikroorganisma yang membiak di permukaan baldi.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan baking soda dengan mencampurkannya dengan air kemudian tuangkannya ke dalam dispenser sabun. Dengan ini, anda dapat membasmi kuman pada pakaian sekali gus mempunyai pakaian yang bersih.

4. Pencuci pinggan

Jika anda menginginkan pinggan mangkuk, periuk dan peralatan makanan bersih dan bebas kuman, anda boleh menggunakan baking soda untuk mencuci pinggan. Satu sudu baking soda sudah cukup untuk membunuh kuman dan membersihkan peralatan dapur.

5. Menghilangkan bau hapak pada pelapik tilam, kusyen atau sofa

Larutan baking soda boleh menghilangkan bau hapak pada perabot rumah kita dengan menyembur larutan baking soda ke atas perabot kita. Anda boleh menggunakan cara ini terhadap mana-mana perabot atau kawasan yang berlapik fabrik.

Keburukan Baking Soda

keburukan baking sod

Walaupun baking soda mempunyai banyak manfaat yang berguna namun terdapat juga beberapa keburukan yang perlu diambil kira. Di bawah ini merupakan keburukan baking soda yang perlu anda ketahui:

  1. Merosakkan tekstur makanan

Penggunaan baking soda yang berlebihan dalam masakan atau minuman akan menyebabkan rasa yang terlalu pahit dan akan mempengaruhi tekstur atau rasa makanan dan minuman.

2. Menyebabkan kesan sampingan

Pengambilan baking soda yang berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut, mual dan muntah.

3. Menyebabkan alergik

Beberapa individu mungkin akan mengalami alergik terhadap baking soda yang akan menyebabkan kesan seperti ruam pada kulit, gatal-gatal dan kesulitan bernafas.

4. Pengaruh pH

Penggunaan baking soda secara berlebihan dalam produk kecantikan boleh menganggu keseimbangan pH kulit, menyebabkan iritasi dan masalah kulit yang lain.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini tentang manfaat baking soda yang merupakan bahan yang serbaguna bukan sahaja dalam bidang masakan namun juga kebersihan. Jangan lupa cuba tips membersihkan peralatan rumah menggunakan baking soda seperti di atas!

Apakah baking soda dan bagaimanakah cara menggunakannya dalam masakan?

Baking soda ialah natrium bikarbonat yang merujuk kepada zat kimia yang digunakan sebagai agen pengembang dalam pembuatan kuih.

Apakah perbezaan baking soda dan baking powder?

Baking soda memerlukan cuka, yogurt atau lemon juice untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan mengembangkan adunan manakala baking powder sudah mengandungi asam di dalamnya dan dapat mengembang dengan sendirinya setelah terkena panas.

Bagaimanakah cara menggunakan baking soda sebagai agen pengembang dalam resepi makanan?

Gunakan 1/4 hingga 1/2 sudu teh baking soda untuk setiap 1 cawan bahan dan campurkan dengan bahan kering sebelum menambahkan bahan yang cair.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati