Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

IC Hilang: Cara Mohon, Dokumen Diperlukan dan Kadar Bayaran Denda Hilang Kad Pengenalan Terkini

IC Hilang Cara Mohon, Dokumen Diperlukan dan Kadar Bayaran Denda Hilang Kad Pengenalan Terkini

Banyak kes IC hilang dikalangan rakyat Malaysia terjadi. Hilang kad pengenalan diri adalah salah satu kehilangan besar sehingga menyukarkan seseorang itu melakukan apa-apa urusan dalam kehidupan harian. Kehilangan IC juga akan dikenakan denda oleh kerajaan.

Namun, tidak perlu bimbang kerana kes IC hilang boleh dibuat permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan baharu dan boleh didapatkan secara mudah dan pantas. Ikuti penerangan prosedur mohon dan cara dapatkan kad pengenalan anda.

Tanggungjawab Anda Laporkan Segera dan Mohon Kad Pengenalan Gantian Segera

Apa Yang Perlu Lakukan Sekiranya IC Hilang?

IC Hilang: Cara Mohon, Dokumen Diperlukan dan Kadar Bayaran Denda Hilang Kad Pengenalan Terkini

Seseorang individu rakyat Malaysia serta pendudukan Malaysia adalah perlu untuk mengambil tindakan pantas untuk melaporkan kes kehilangan kad pengenalannya.Berdasarkan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Oleh itu, perlu untuk mereka yang IC hilang segera membuat permohonan kad pengenalan gantian.

Apakah Syarat Permohonan Bagi Permohonan Kad Pengenalan Gantian atau IC Hilang?

image 134

Untuk membuat permohonan kes IC hilang adalah perlu untuk mengikuti syarat-syaratnya. Berikut adalah syarat untuk permohonan bagi kad pengenalan gantian.

  1. Pemohon perlu hadir dimana-mana kaunter JPN; atau
  2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web JPN melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Prosedur Cara Permohonan Kad Pengenalan Gantian

Bagi mendapatkan kad pengenalan atas punca IC hilang, anda perlu mengikuti beberapa prosedur. Berikut adalah prosedur untuk membuat permohonan kad pengenalan gantian:

  1. Pemohon perlu segera hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  2. Pemohon perlu untuk mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat:
    • Jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun
    • Akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya).
  3. Di dalam laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan anda yang hilang.

Dokumen Sokongan (asal dan salinan) yang Diperlukan Semasa Proses Permohonan Kad Pengenalan Hilang

JPN meminta para pemohon untuk menyediakan dan melengkapkan beberapa dokumen sokongan semasa berurusan. Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan dan dibawa semasa membuat permohonan kad pengenalan gantian:

  1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau
  2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau
  3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
  4. Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Sekiranya anda mendapati semua dokumen sokongan ini, anda boleh meneruskan permohonan kad pengenalan gantian atau baharu dengan segera. Berikut dikongsikan juga cara membuat permohonan dan mengatur permohonan kad pengenalan secara temujanji online.

Panduan Permohonan Kad Pengenalan di JPN dan Online

Bagi kes mereka yang IC hilang anda boleh terus pergi ke JPN dengan melengkapkan beberapa dokumen sokongan atau boleh juga membuat permohonan melalui aturan temujanji secara online.

Cara Membuat Permohonan Kad Pengenalan Secara Temujanji Online

Terdapat cara mudah untuk anda bagi membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji online. Berikut adalah cara untuk mohon kad pengenalana melalui temujanji online:

  • Sila layari laman web JPN atau boleh terus scan kod QR dibawah.
  • Paparan utama akan muncul dan klik butang ‘Mula Tempahan’.
  • Pemohonan perlu mengisi butiran di semua ruang kosong.
  • Sila pilih tarikh dan cawangan JPN bagi menentukan tarikh dan masa temujanji anda.
  • Selepas itu, anda perlu screenshot atau simpan slip temujanji bagi kegunaan kepada pegawai JPN pada hari di kaunter anda mohon.
image 131

Bayaran Kadar Denda Kad Pengenalan Hilang

Terdapat bayaran yang akan dikenakan kepada mereka yang IC hilang atau kad pengenalan hilang. Mengikut JPN denda adalah dikenakan mengikut tahap dan berapa kali kehilangan kad pengenalan. Bayaran denda boleh dijelaskan di kaunter JPN.

Bayaran Kadar Denda Kad Pengenalan Hilang

Untuk pengguna ‘Sitem Gantian MyKad’ boleh jelaskan bayaran secara kad kredit sahaja. Bagi denda kehilangan kad pengenalan adalah berbeza mengikut kewarganegaraan.

Denda akan dikenakan kepada:

  • IC hilang kali pertama
  • IC hilang kali kedua
  • IC hilang kali ketiga dan seterusnya.

Berikut adalah senarai harga denda yang akan dikenakan kepada individu kehilangan kad pengenalan:

Warganegara

Bayaran IC Hilang untuk MyKad atau MyTentera Sahaja.

KehilanganBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama10.00100.00110.00
Kali Kedua10.00300.00310.00
Kali Ketiga dan seterusnya10.001,000.001,010.00

Bukan Warganegara

Bayaran IC Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.

KehilanganBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama40.00100.00140.00
Kali Kedua40.00300.00340.00
Kali Ketiga dan seterusnya40.001,000.001,040.00

Bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan yang sudah dijelaskan bayaran dan telah diproses, wang tidak akan dikembalikan sekiranya telah dijumpai semula.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati