Pembukaan jawatan kosong di UPSI Disember 2023 dibuka untuk permohonan orang ramai. Untuk makluman, pihak UPSI kerap memberi peluang pekerjaan kepada lepasan SPM dan graduan universiti.
Bagi mereka yang berminat boleh segerakan permohonan jawatan kosong UPSI Disember 2023 yang menawarkan jawatan kosong menarik.
Pengambilan Jawatan Kosong di UPSI Disember 2023
Isi Kandungan
Tawaran Kerja Kosong Bulan Disember UPSI
Terdapat tawaran menarik mengenai jawatan kosong yang dibuka. Berikut adalah maklumat jawatan kosong di UPSI Disember 2023.
Jenis | Maklumat |
---|---|
Jawatan | Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19 (KONTRAK) |
Kumpulan Perkhidmatan | Kumpulan Pelaksana |
Klasifikasi Perkhidmatan | Pentadbiran dan Sokongan |
Tempoh Lantikan | Tempoh pelantikan hendaklah sekurang-kurangnya satu (1) bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan (3 tahun). |
Tempoh Permohonan Dibuka
Boleh buat permohonan kerja ini segera sebelum 22 Disember 2023. Para calon juga perlu pastikan permohonan adalah mengikut ketetapan UPSI.
Tawaran Mengenai Gaji dan Emolumen
Bagi tawaran jawatan SPKU 19 terdapat tawaran gaji yang menarik. Gaji adalah bermula RM1,550.00. Dengan gred 19 bagi kelayakan SPM melayakkan pemohon yang berjaya menerima elaun dan penetapan mengenai bonus daripada kerajaan Malaysia berdasarkan peruntukan sedia ada.
Deskripsi Skop Kerja dan Skim yang Ditawarkan
Bagi jawatan kosong di UPSI Disember 2024, untuk jawatan SPKU 19 adalah disenaraikan tugasan kerja seperti dibawah:
- Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyediakan bahan berkaitan penerbitan korporat, jemputan, hebahan serta liputan media
- Terlibat dalam mendokumentasikan bahan bagi meningkatkan imej universiti.
Bagi tawaran kerja dibawah skim, calon yang berjaya diterima kerja memasuki perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan SKPU 19
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan mohon jawatan kosong di UPSI Disember 2023 bagi jawatan SKPU 19 seperti dibawah:
- Mestilah pemohon adalah mereka dari kalangan warganegara Malaysia
- Berumur dari 18 tahun sehingga 54 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Mempunyai kelayakan akademik minima SPM atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Syarat kelayakan bahasa adalah sekurang-kurangnya memperolehi kepujian gred C dalam bahasa melayu.
Panduan Permohonan Jawatan Kosong di UPSI Disember 2023
Iklan Jawatan Kosong Di UPSI Disember 2023
Bagi para pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan. Disarankan untuk membuat semakan dan penelitian iklan jawatan kosong di UPSI Disember 2023. Anda boleh membuat rujukan segera pada pautan dibawah:
Jadi, langkah seterusnya adalah calon boleh membuat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan. Sila ikuti dengan teliti panduan permohonan yang kami sediakan.
Cara Mohon Jawatan Kosong Untuk Jawatan SKPU 19
Berikut adalah panduan rasmi yang boleh para calon buat permohonan secara atas talian. Cara untuk membuat permohonan jawatan kosong di UPSI Disember 2023 adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI.
- Bagi permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula
atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang
dipohon dalam akaun sedia ada. - Untuk permohonan secara atas talian ini, perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Mohon calon cakna, permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
- Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon
mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:- Mestilah bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
- Calon telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
- Pemohon juga perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di laman web UPSI bagi mengetahui status terkini permohonan.
- Pemohon tidak boleh dari dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan
Ijazah Sarjana Muda. Untuk para pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila
kemukakan salinan surat tamat pengajian. - Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Setiap permohonan jawatan dikenakan RM10.00 bagi satu (1) jawatan.
- Calon hendaklah memastikan maklumat didalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan
permohonan dapat diproses selanjut
Dengan mengikut langkah-langkah diatas, diharap para calon berjaya membuat permohonan. Seterusnya, para calon perlu menunggu maklum balas daripada pihak UPSI bagi keputusan para calon berjaya ataupun tidak.