Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya

ziarah kubur
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 9

Anda berhajat ziarah kubur Ibu Bapa di pagi Hari Raya, tetapi tidak pasti apakah doa yang boleh dibaca semasa ziarah kubur? Artikel kali ini, penulis akan menyenaraikan tatacara doa yang anda boleh baca semasa ziarah kubur Ibu Bapa anda di pagi hari raya nanti.

Hukum Ziarah Kubur Ibu Bapa

Hukum menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat.

Berdasar satu hadis Rasulullah saw, Abu Usaid al-Saidi berkata, “Ada seorang yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia, kerana saya tidak tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui mereka setiap hari.

Baginda menjawab: “Ya, ada empat cara yang boleh kamu terus lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia. (i) Jangan tinggalkan menyebut mereka dalam doa kamu (ii) Tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu. Pahala daripada amalan perbuatan baik akan sampai kepada mereka yang sudah meninggal dunia. (iii) Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman yang baik terhadap arwah sewaktu dia hidup dahulu. (iv) Keempat, sambung silaturahim yang menjadikan kamu dan dia tidak mendapat kasih sayang, melainkan daripada kedua-duanya.”

341702695 146001705097727 7549382695007831177 n
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 10

Waktu Ziarah Kubur Ibubapa

Berdasarkan penerangan Ustaz Norazan menerusi Kitab Riyadhus Solihin, tiga waktu afdal menziarahi arwah ibu bapa kita iaitu (i) Khamis selepas Solat Asar, (ii) sepanjang hari Jumaat dan (iii) hari Sabtu sebelum Zohor. Menurut kupasan dari kitab itu, waktu-waktu ini roh ada di perkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

“Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a, Hadis Rasulullah SAW; Jika seorang anak yang menziarahi kubur ibu bapanya pada hari-hari tersebut di atas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.”

Surah Berkaitan Ziarah Kubur Ibu Bapa

Dalam Surah Al-Hasyr ayat 10, Allah S.W.T berfirman:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami.”

Manakala dalam Surah Ibrahim ayat 10 pula, Allah S.W.T berfirman bahawasanya:

“Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).”

Serta dalam Surah Muhammad ayat 19 iaitu:

“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman.”

Cara Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa

1.Mulakan dengan memberi salam

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ غَداً مُؤَجَّلُونَ وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ

“Assalamu’alaìkum dara qaumin mu’minin wa atakum ma tu’adun ghadan mu’ajjalun, wa inna ìnsya-Allahu bikum lahiqun.”

Maksudnya: “Assalamualaikum, wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman. Telah datang kepadamu janji Allah yang ditunda esok hari, dan kami insya-Allah akan mengikutimu.”

2. Teruskan dengan beristighfar

astagfirullah
“Astaghfirullah hal adzim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaihi.”

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, yang tiada Tuhan pada-Nya melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Kaya, dan aku bertaubat kepada-Nya.”

3. Membaca Surah Al-Fatihah

100615446 705806426888431 8217206867512786944 n
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 11
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

4. Seterusnya membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas

52875402 326559667989208 7261511214620999680 n
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 12

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

244202936 388221239584540 2209080587264614247 n
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 13

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.”

12654222 1688693071412079 270476868958704874 n
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 14

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

5. Membaca lafaz tahlil

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهَ

“Laailaaha Illallah.”

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah.”

6. Akhir sekali, membaca doa ziarah kubur panjang

bbnb
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 15
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار, وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ونَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Allahummaghfìrlahu war hamhu wa ‘aafìhii wa’fu anhu, wa akrim nuzuulahu wawassi’ madholahu, waghsìlhu bil maa’i watssalji walbaradi, wa naqqihi, minaddzzunubi wal khathaya kamaa yunaqqatssaubul abyadhu minad danasi. Wabdilhu daaran khairan min daarihii wa zaujan khairan min zaujihi. Wa adkhilhul jannata wa aidzhu min adzabil qabri wa min adzabinnaari wafsah lahu fì qabrihi wa nawwir lahu fìhi

Maksudnya: “Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah kemaafan kepadanya. Berikanlah kehormatan baginya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, ais, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya” (Hadis Riwayat Muslim).

Soalan FAQs Berkenaan Ziarah Kubur Ibu Bapa

Apakah tatacara mula ziarah kubur Ibu Bapa?

Memberi salam kepada orang yang telah meninggal dunia.

Apakah zikir yang dibaca semasa ziarah kubur?

Tahlil, “Laailaaha Illallah.”

Apakah hukum ziarah kubur Ibu bapa?

Sunat

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati