Border pass Thailand membolehkan anda memiliki akses ke negara Thailand! Seperti kita maklum, jiran negara kita mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Segalanya mudah dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Thailand melalui pengenalan ‘border pass’ yang hanya rakyat Malaysia sahaja boleh mohon.
Dengan bayaran yang dikenakan adalah murah, ia menjadikan destinasi wajib dikunjungi untuk merasai kelainan. Untuk mohon border pass dengan mudah serta mengetahui tip-tip yang anda boleh guna, sila teruskan bacaan informasi yang kami sediakan.
Border Pass Thailand yang Rakyat Malaysia Boleh Mohon
Isi Kandungan
- 1 Border Pass Thailand yang Rakyat Malaysia Boleh Mohon
- 2 Langkah Permohonan Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia
- 3 Soalan FAQs Berkenaan Border Pass Thailand
- 3.1 Apa kelebihan utama memiliki Border Pass Thailand bagi warganegara Malaysia?
- 3.2 Bagaimana Border Pass Thailand dapat memudahkan perjalanan ke selatan Thailand?
- 3.3 Apakah jenis perjalanan yang dapat dicover oleh Border Pass Thailand?
- 3.4 Apakah tempoh sahlaku Border Pass Thailand, dan bolehkah ia diperpanjang?
Pengenalan Border Pass Thailand Yang Disediakan Kerajaan Malaysia
Khusus memasuki negara Thailand melalui sempadan khusus, telah disediakan secara khas oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia yang ingin memasuki Thailand.
Dengan alternatif yang diperkenalkan, cukup hanya dengan border pass Thailand yang khusus yang mana ianya hanya boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.
Alternatif border pass ini hanya terpakai kepada rakyat yang daripada beberapa buah negeri di utara Malaysia yang layak mohon dokumen perjalanan sah bagi tujuan melancong semata. Ini adalah kerana, border pass adalah sebuah dokumen yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang lahir atau menetap bermanstautin selama lebih 1 tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak iaitu Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong sahaja.
Maklumat Mengenai Border Pass Thailand
Disediakan berkenaan maklumat yang penting untuk anda ketahui, berikut telah disusun mengikut perkara yang berkenaan:
Berkenaan | Penerangan |
---|---|
Had Perjalanan | Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari dalam negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand seperti contohnya iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani |
Tempoh Sahlaku | Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. |
Baki Tempoh Sah Laku Pas Sempadan Malaysia – Thailand Untuk Keluar Ke Thailand | Tempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand. |
Bayaran Dikenakan | Bayaran yang dikenakan untuk satu pas adalah RM10. |
Syarat Kelayakan Mohon Border Pass Thailand
Kerjasama diantara kerajaan Malaysia dan Thailand telah memudahkan urusan rakyat yang berkenaan. Untuk membuat permohonan border pass Thailand ini, adalah perlu rakyat Malaysia mengikuti syarat-syarat yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Untuk kelayakan, adalah dibahagikan kepada dua golongan yang layak mohon:
Kategori | Syarat Kelayakan |
---|---|
Golongan Pertama | ✔Golongan yang mana dilahirkan di negeri Kedah,Perak,Kelantan,Perlis (negeri yg bersempadan dgn Thailand). ✔Golongan ni boleh untuk membuat Pas Sempadan dengan cemerlang. |
Golongan Kedua | ✔Golongan yang bukan memegang IC (03, 08, 09 dan 02), kena menetap di salah sebuah negeri minimum setahun. ✔Dan perlu untuk tukar alamat di IC terlebih dahulu, Kemudian baru layak untuk mohon Border Pass Thailand. |
Langkah Permohonan Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia
Dokumen Permohonan Yang Perlu Disediakan
Sebelum membuat permohonan, menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pemohon perlu menyediakan dokumen yang perlu disenaraikan terlebih dahulu. Untuk dokumen adalah berbeza mengikut kategori. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan mengikut kategori:
Kategori: Pemohon Berumur 12 Tahun Ke Bawah
SYARAT-SYARAT | DOKUMEN/KEPERLUAN |
---|---|
Berumur 12 tahun ke bawah | ✔Satu (1) keping gambar -Berlatar belakang putih -Rambut tidak menutupi dahi -Tudung berwarna gelap (wanita muslimah) ✔Borang Permohonan ✔Sijil Lahir / Surat Beranak ✔Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa ✔(Mengiringi ibu atau bapa) |
Kategori: Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun Ke Bawah
SYARAT-SYARAT | DOKUMEN/KEPERLUAN |
---|---|
Berumur di bawah 18 tahun ke bawah | ✔Satu (1) keping gambar -Berlatar belakang putih -Rambut tidak menutupi dahi -Tudung berwarna gelap (wanita muslimah) ✔Borang Permohonan ✔Kad Pengenalan ✔Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa ✔Pas Sempadan Lama (jika ada) |
Kategori: Pemohon Berumur 18 Tahun Ke Atas
SYARAT-SYARAT | DOKUMEN/KEPERLUAN |
---|---|
Berumur 18 tahun ke atas | ✔Satu (1) keping gambar -Berlatar belakang putih -Rambut tidak menutupi dahi -Tudung berwarna gelap (wanita muslimah) ✔Borang Permohonan ✔Kad Pengenalan ✔Pas Sempadan lama (jika ada) ✔Suami isteri perlu memohon Pas Sempadan secara berasingan |
Syarat-syarat pemohon adalah berbeza berdasarkan usia mereka, serta dokumen atau keperluan yang diperlukan untuk permohonan. Oleh itu, mohon para pemohon untuk menyediakan lampiran dokumen yang diminta. Kemudian anda boleh merujuk kepada cara membuat permohonan dibawah.
Permohonan Border Pass Melalui Jabatan Imigresen Malaysia
Border Pass Malaysia adalah dokumen yang membenarkan pemohon untuk melintasi sempadan antara Malaysia dan negara jiran, seperti Thailand. Untuk memohon Border Pass, ikuti panduan lengkap di bawah ini:
- Pertama sekali, pemohon perlu menghadiri mana-mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau UTC berdekatan.
- Di cawangan JIM, pemohon akan diberikan borang permohonan Border Pass. Borang ini perlu diisi dengan maklumat peribadi yang betul dan lengkap. Pastikan untuk mengisi borang dengan teliti.
- Setelah membuat pengisian borang, pemohon perlu mengambil gambar berukuran pasport. Biasanya, terdapat kaunter khas di cawangan JIM yang menyediakan perkhidmatan pengambilan gambar pasport. Gambar tersebut akan diguna dalam urusan Border Pass anda.
- Setelah mendapatkan gambar pasport, tampal gambar tersebut pada borang permohonan Border Pass di tempat yang disediakan.
- Selepas mengisi borang dan menampal gambar, pemohon perlu menunggu giliran sehingga dipanggil oleh pegawai JIM yang bertugas. Pemohon perlu menyerahkan borang permohonan yang telah lengkap kepada pegawai.
- Pengesahan cap jari diperlukan dalam proses permohonan. Pemohon akan diminta untuk mengesahkan cap jari mereka dengan cara yang ditetapkan oleh JIM.
- Bayaran sebanyak RM10 perlu dibuat secara debit kepada JIM. Pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk bayaran ini.
- Setelah pemohon selesai dengan semua langkah di atas, mereka akan menerima Border Pass Malaysia berwarna biru. Border Pass ini adalah dokumen penting yang perlu disimpan dengan selamat untuk kegunaan perjalanan ke negara jiran, seperti Thailand.
Pastikan untuk mematuhi semua arahan dan peraturan yang diberikan oleh JIM semasa proses permohonan.
Panduan Guna Border Pass Ketika memasuki negara Thailand
Menggunakan border pass Thailand mempunyai prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand. Sebagai pelancong, anda perlu mengikuti beberapa langkah sebelum disahkan untuk dibenarkan masuk ke negara Thailand. Berikut adalah disenaraikanlangkah dan prosedur yang anda harus ikuti:
1. Sediakan Dokumen Utama
- Pastikan anda telah menyiapkan dokumen-dokumen berikut sebelum memasuki Thailand:
a. Pasport: Pastikan pasport anda masih sah.
b. Border Pass: Pastikan anda mempunyai Border Pass yang masih sah tempoh.
c. Insurans Kenderaan: Jika anda menggunakan kenderaan peribadi, pastikan kenderaan anda mempunyai insurans yang sah selama tempoh tinggal anda di Thailand.
2. Pembayaran dan Pendaftaran
- Di pintu masuk Thailand yang anda pilih, anda akan diminta untuk membuat pembayaran dan pendaftaran yang diperlukan.
a. Pembayaran Insurans Kenderaan: Jika anda menggunakan kenderaan peribadi, anda perlu membayar premium insurans kenderaan. Jumlah pembayaran mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh tinggal anda di Thailand.
b. Kad Putih (White Card): Anda akan diminta untuk mengisi Kad Putih, yang mengandungi senarai bilangan orang yang memasuki dan tempoh tinggal mereka. Pembayaran dikenakan berdasarkan bilangan orang yang dibawa.
3. Pilih Pintu Masuk
- Anda mempunyai pilihan untuk memilih pintu masuk ke Thailand. Pintu sempadan Padang Besar sering dianggap sebagai pilihan yang lebih tenang berbanding pintu sempadan lain seperti Bukit Kayu Hitam.
4. Pemeriksaan dan Pendaftaran Kesihatan
- Selepas melalui imigresen Malaysia, anda akan melalui pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran kesihatan Thailand. Pastikan anda mempunyai akses internet yang baik kerana anda akan diminta untuk mengimbas QR code yang disediakan untuk pendaftaran dengan pengakuan kesihatan Thailand.
5. Pengesahan Border Pass
- Selepas menyelesaikan proses pendaftaran kesihatan, anda akan menerima cap Border Pass yang membenarkan anda memasuki Thailand.
6. Deklarasi Pengangkutan
- Bagi mereka yang membawa kenderaan yang didaftarkan atas nama orang lain, anda perlu mengemukakan surat kuasa dari pemilik kenderaan. Namun, jika kenderaan tersebut didaftarkan atas nama anda sendiri, anda hanya perlu membawa geran asal atau salinan sebagai bukti kepemilikan kenderaan.
Dengan menyelesaikan langkah-langkah di atas, anda sedia untuk memasuki Thailand dan menikmati perjalanan anda. Pastikan anda mematuhi semua peraturan dan peraturan yang berkuat kuasa semasa percutian anda.
Soalan FAQs Berkenaan Border Pass Thailand
Apa kelebihan utama memiliki Border Pass Thailand bagi warganegara Malaysia?
Border Pass Thailand membolehkan warganegara Malaysia tinggal di negeri sempadan (Kedah, Perlis, Kelantan, dan Daerah Hulu Perak) untuk melakukan perjalanan ke selatan Thailand dengan lebih mudah tanpa perlu mendapatkan visa konvensional. Ini memudahkan perjalanan rakyat yang tinggal di sempadan ke daerah Thailand yang berdekatan.
Bagaimana Border Pass Thailand dapat memudahkan perjalanan ke selatan Thailand?
Border Pass Thailand membolehkan pemegangnya memasuki beberapa kawasan selatan Thailand tanpa perlu mendapatkan visa konvensional. Ini menjadikan perjalanan ke destinasi seperti Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, dan Pattani lebih mudah dan cepat.
Apakah jenis perjalanan yang dapat dicover oleh Border Pass Thailand?
Border Pass Thailand untuk perjalanan ke beberapa kawasan selatan Thailand yang terpilih yang hanya untuk tujuan pelancongan semata.
Apakah tempoh sahlaku Border Pass Thailand, dan bolehkah ia diperpanjang?
Border Pass Thailand sah selama satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan tidak boleh diperpanjang.
Kalau nak bawa anak saudara apa syaratnya