Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Cara Hilangkan Batuk dengan Cepat

Cara Hilangkan Batuk

Cara hilangkan batuk dengan cepat? Umum ketahui kini di Malaysia sedang menjalani musim panas dan udara yang tidak menentu. Perkara ini sangat mempengaruhi kesihatan seperti masalah batuk, demam atau sebaliknya. Masalah batuk sangat mudah berjangkit melalui bahagian kerongkong ataupun hidung, bila kita selalu kerap batuk ia memberi ketidaknyamanan di bahagian kerongkong dan dada.

Ketidaknyamanan itulah mendorong kita untuk mengetahui cara menghilangkan batuk dengan cepat, kali ini admin akan bantu anda dengan perkongsian menarik dan langkah-langkah yang anda perlu ikuti untuk menghilangkan batuk dengan berkesan.

Cara Hilangkan Batuk Secara Semula Jadi

Berikut adalah beberapa cara hilangkan batuk dengan cepat.

Cara Hilangkan Batuk

1. Minum Air Putih

Minum air putih dengan cukup merupakan cara hilangkan batuk dengan berkesan, pastikan anda minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari, jika anda minum air putih berlebihan ia juga boleh mendatangkan kemudaratan, minum air putih terutama air hangat membantu mencairkan kahak serta memudahkan kahak dikeluarkan atau di telan masuk ke dalam perut, minum air putih hangat juga dapat memberikan beberapa kelebihan dalam merawat batuk serta dapat meredakan tenggorokan yang kering dan melegakan saluran pernafasan.

Cara Hilangkan Batuk

2. Aiskrim Vanila

Makan aiskrim khususnya perisa vanila ketika batuk ia berfungsi melegakan sakit tekak atau batuk kerana aiskrim vanila mengandungi gula dan rasa sejuk. Perkara ini membuatkan kita selesa, sekiranya kita mengamalkan aiskrim vanila ketika batuk ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan atau menyebabkan batuk semakin parah. Namun secara umum aiskrim vanila ini tidak dapat dianggap sebagai pengubatan yang efektif untuk batuk, sebaiknya ia hanyalah sebagai melegakan sakit tekak, tonsil dan lain-lain.

Cara hilangkan batuk

3. Minum Air SARSI

Minum air sarsi juga merupakan cara hilangkan batuk dengan cepat. Namun, terdapat beberapa maklumat yang berbeza mengenai kelebihan minum air Sarsi dalam merawat batuk. Beberapa sumber menyatakan bahawa minum air Sarsi dapat membantu meredakan batuk, secara umumnya minum air Sarsi ketika batuk sangat berkesan kepada beberapa individu kerana air saksi mempunyai akar Sarsaparilla yang mana ia mempunyai kelebihan untuk meredakan sakit tekak. Berikut adalah cara penyediaannya, pertama, sediakan periuk, tuangkan air sarsi kedalam periuk tersebut di atas api gas sehingga ia mendidih, pastikan mendidih kerana bila mendidih gas yang ada di dalam air saksi akan mati atau tidak berfungsi, tunggu sehingga ia sedikit suam kemudian minum.

Cara hilangkan batuk

4. Kicap Masin

Petua ini agak pelik tetapi sangat berkesan, minuman kicap dengan campuran limau kasturi amat berkesan dalam menghilangkan sakit tekak, campuran ini disarankan minum sebelum tidur dan diyakini dapat mengurangi batuk dan mempercepatkan proses pemulihan, cara penyediaannya, sediakan kicap dan limau kasturi, tuang kicap dalam bekas ataupun gelas, tak kisahlah kicap masin atau manis terpulang kepada keselesaan masing-masing, kemudian perah limau kasturi di dalam kicap, sekiranya anda menggunakan kicap manis tambah sedikit garam dan jika anda menggunakan kicap masin tambah sedikit gula kemudian kacau hingga sebati lalu minum.

Cara hilangkan batuk

5. Buah Singo Pear

Kalau ada anak anda atau anda sendiri yang batuk boleh cuba petua herba dari korea, cara hilangkan batuk yang telah dikongsikan melalui medium tiktok hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu buah singo pear dan halia, pertama, buah singo pear potong di bahagian atas buat lubang ditengah dan ambil halia seinci dan ketuk kemudian masukkan halia di tengah buah singo pear, tutup buah singor pear dengan bahagian yang dipotong tadi kemudian kukus dalam masa 30 – 40 minit, bila dah ada nampak ada kuah atau air, baru kita bagi minum dan makan buah singo pear.

Cara hilangkan batuk
7 Cara Hilangkan Batuk dengan Cepat 9

6. Buah Orange

Berikut adalah cara hilangkan batuk dengan cepat, cara penyediaannya, basuh buah orange bersama dengan air garam, potong di bahagian atas buah orange, potong dalam bentuk bulatan kemudian letak garam dan cucuk dengan garfu bagi laluan garam masuk ke dalam, seterusnya kukus selama 10 minit, amalkan dua kali sehari pagi selepas sarapan, petang selepas makan.

Cara hilangkan batuk

7. Madu

Madu adalah cara semulajadi yang popular untuk merawat batuk kajian menunjukkan bahawa madu boleh mengurangkan batuk dan mengurangkan gejala batuk cara penyediaannya adalah ambil madu dengan sudu plastik kemudian potong limau nipis kemudian perah atas madu, hisap perlahan-lahan.

Sekiranya terdapat gejala berlanjutan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan cara rawatan yang tepat

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati