Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Anjing Merajuk Abang Bomba Pujuk

Anjing Merajuk Abang Bomba Pujuk

Anjing Merajuk Abang Bomba Pujuk. Tular satu video yang telah mengundang reaksi satu Malaysia yang mana seokar anjing yang kelihatan merajuk. Video tersebut yang berdurasi selama satu minit mendapat perhatian netizen. Manakan tidak gelagat yang ditonjolkan oleh seokar anjing tu ia adalah perkara yang jarang berlaku. Oleh itu tidak mustahil perkara begini mendapat gelak ketawa dari rakyat Malaysia terutama apabila menyentuh nama abang bomba.

Kita sudah tahu, video-video yang berkaitan dengan abang bomba adalah perkara positif kerana abang bomba sudah terkenal dengan pelbagai tugas yang menyelamatkan rakyat Malaysia terutama haiwan-haiwan. Sekecil-kecil perkara pun abang bomba akan sanggup lakukan demi negara Malaysia yang tercinta.

Anjing Merajuk Abang Bomba Pujuk

Video tersebut menunjukkan bagaimana gelagat seekor anjing yang duduk di atas balkoni di sebuah bangunan yang tinggi dimana ia dipercayai kerana merajuk, mengundang rasa lucu dalam kalangan pengguna media sosial. Tambahan lagi, ap yang membuatkan ramai terhibur adalah abang bomba yang tidak bersalah juga terpaksa duduk di balkoni memujuk haiwan jinak itu. Walaupun dipujuk berkali-kali dengan makanan, anjing itu tetap juga memandang ke dinding dan tidak.

Netizen juga memberikan pelbagai komentar yang menarik termasuk mengkaitkan perkara ini dengan isu terkini yang hangat sedang berlaku.

  • ‘Sampai lekat ke dinding dia merajuk’, netizen
  • Acaner xmerajuk..you kawin kat siam xbgtau i pun..
  • Makin tambah respect kat abam2 bomba kita nie.serba boleh jiwa mereka
Screenshot 2023 01 13 08 57 37 792 edit com.facebook.katana
Anjing Merajuk, Anjing Merajuk, Anjing Merajuk, Anjing Merajuk, Anjing Merajuk

Perkara sebegini adalah membuatkan mood kita jadi gelak. Gelak kewata sudah pasti terjadi.

Cara Abang Bomba Pujuk

Amat mencuit hati dengan kejadian seperti ini. Selalunya bila di sebut dengan perkataan “pujuk”, sudah tentu tidak lari dari wanita. Manakan tidak, wanita sudah sering diperkenalkan dengan sifat merajuk dan ia tak mudah ye kawan untuk di pujuk. Hehehe

Kerna pujukan ini ia bukanlah suatu perkara yang mudah bahkan punca kenapa bagi seseorang itu merajuk adalah disebabkan terasa hati. Justeru itu tidak mustahil seokor anjing ini yang merajuk adalah berpunca dari terasa hati dengan seseorang sama ada tuannya sendiri atau orang yang disekelilingnya. Namun, apa yang info dan maklumat telah dapat bahawa anjing tersebut tidak mempunyai tuan.

Bagaimana Cara Abang Bomba Kita Pujuk?

  1. Melihat dari reaksi dan cara yang dibuat oleh abang bomba kita ia memberikan makanan kepada anjing tersebut. Kebarangkalian makanan yang diberikan adalah makanan yang menjadi pilihan anjing itu.
  2. Bahasa pujukan yang digunakan abang bomba adalah bahasa lemah lembut termasuk debgan memanggilnya dengan panggilan manja anjing itu. Kalau tak panggil manja mesti susah nak cairkan hati kan? Hehehe

Situasi Dan Tempat Kejadian Yang Berlaku 

Bangunan Tinggi Di Balkoni:

Mengikut keadaan dan situasi video yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun facebook iaitu Dla Eim, keadaan bangunan tersebut boleh dikatakan agak tinggi. Justeru itu, tidak peliklah anggota polis memegang tali dan diikat pada seorang lagi anggota polis yang sedang memujuk anjing tersebut

Sila lihat video tersebut dibawah,

  • Jika dilihat dari video tersebut ia agak tinggi balkoni yang diduduki anjing yang merajuk. Kebarangkalian tingkat yang ke-11 atau selebihnya atau bawahnya sedikit. Jadi, tidak mustahil keadaan begitu boleh dikatakan agak merbahaya untuk seorang anggota bomba menyelamatkan anjing tersebut.
  • Situasi itu juga mendatangkan pelbagai reaksi netizen yang mengatakan dengan persoalan berapa ketinggian yang anjing berada di balkoni. Kerna hanya sekadar video sahaja yang menjadi tanda tanya serta jawapan.

Yang Merajuk Sekor Je, Yang Pujuk Ramai.

Disamping itu juga melihat reaksi telah gelagak seokor anjing ini juga dengan diselamatkan oleh abang bomba menambah lagi kata kata dialog dari para netizen antara anjing itu dengan abang bomba. Dan yang lebih melucukan situasi tersebut anjing itu dipujuk oleh bukan sorang abang bomba, tetapi ramai abang bomba yang berada di balkoni tersebut hanya semata-mata untuk memujuk rajukan seokor anjing.

Berikut adalah situasi gambar yang anda boleh lihat dibawah

IMG 20230113 093718 406

Menurut gambar ini 3 orang anggota bomba dan sorang yang memegang tali yang berada dalam bangunan dan seorang abang bomba yang berada di balkoni hanya semata-mata untuk memujuk seokor anjing yang merajuk. Disinilah netizen melakukan pelbagai ayat dan dialog pujukan dengan komentar yang begitu mencuit hati.

Situasi keadaan nya anda boleh liha dalam video ini

Tambahan lagi dengan video sebegini di tambah dengan musik background yang mencuit hati sudah tentu mendatangkan gelak tawa yang berdekah dekah buat para netizen tambahan lagi gaya anjing yang merajuk tersebut begitu mencuit hati sehingga di bucu dinding dan merapatkan mukanya ke dinding saat abang bomba cuba untuk memujuknya.

Bagaimanakah Kesudahan Bagi Episode Anjing Merajuk Ini?

Mungkin ada sesetengah dikalangan rakyat Malaysia dan para netizen menantikan bagaimana pengakhiran bagi episode anjing merajuk ini. Kerana tertanya-tanya adakah sampai ke sudah anjing itu terus merajuk atau berlaku sebaliknya?

Mengikut info dan maklumat video yang telah didapati dari tiktok, keadaan anjing dalam keadaan baik dan pengakhiran bagi episode anjing merajuk ini bukanlah dengan kejayaan berjaya dipujuk namun sebaliknya perkara yang terpaksa dilakukan oleh abang bomba adalah dengan memeluknya dan mengangkat dengan membalut badannya dengan kain.

Di situasi inilah para netizen melakukan pelbagai reaksi dan dialog seolah-olah begitu sukarnya nak pujuk orang merajuk ni. Gelak ketawa dalam video ini sudah pasti mencuit hati para netizen dengan video pendek hanya seokor anjing merajuk. Kerana ia adalah perkara yang jarang-jarang berlaku.

Kebaikkan Dan Jasa Abang Bomba

Video Anjing Merajuk Abang Bomba Pujuk yang viral ini sudah kita maklum bagaimana kebajikan, kebaikan dan jasa para abang bomba dalam menyelamatkan haiwan adalah satu jasa yang tak terbalas kerana sanggup mengorbankan nyawa hanya semata-mata untuk menyelamatkan haiwan walaupun ia hanyalah seokor anjing adalah satu perkara yang mulia bahkan disisi Agama Islam sendiri menekankan perkara sebegini iaitu berbuat baik pada haiwan selagi tidak berada ancaman bahaya buat kita.

Kejayaan menyelamatkan anjing tersebut walaupun dalam keadaan merajuk adalah satu perkara yang kita sebagai rakyat Malaysia respect dan berterima kasih buat para abang bomba termasuk juga anggota-anggota penyelamat yang lain. Pengorbanan mereka dalam menyelamatkan serta sanggup membayakan nyawa sendiri adalah perkara yang tidak mudah dilakukan. Justeru itulah, perlulah kita sebagai Malaysia berterima kasih dan mengharhai segala jasa-jasa titik peluh, risiko bahaya yang dihadapi mereka adalah satu perkara yang cukup besar tambahan lagi sudah tentu ada dikalangan mereka yang sudah mempunyai keluarga dan sentiasa menanti kepulangan mereka ke rumah dalam keadaan baik.

Terima kasih kepada abang bomba dan semoga segala pengorbanan mereka dibalas Allah dengan ganjaran syurga insyaallah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati