Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rayuan Haji 2024 : Daftar, Kelayakan dan Cara Mohon Melalui Thijari

Rayuan Haji 2024 Daftar, Kelayakan dan Cara Mohon Melalui Thijari

Rayuan haji kini dibuka! Ibadah haji adalah merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Umat Islam di Malaysia akan mengerjakan haji di bawah lembaga Tabung Haji yang merupakan pengurusan kebangsaan negara Malaysia bagi urusan haji.

Ramai yang ingin mengerjakan haji dan ramai juga yang tidak layak untuk mengerjakan haji pada tahun-tahun sebelum. Namun, anda tidak perlu putus harapan kerana kerajaan Malaysia masih membuka rayuan Haji bagi tahun 2024.

Rayuan Haji Untuk Mohon Dibenarkan Mengerjakan Haji Pada Tahun 2024

Tempoh Permohonan Rayuan Haji Dibuka

image 164
Rayuan Haji 2024 : Daftar, Kelayakan dan Cara Mohon Melalui Thijari 5

Kepada bakal Haji, anda kini boleh membuat permohonan rayuan Haji untuk musim haji 1445 hijrah tahun semasa secara online melalui aplikasi rasmi Thijari. Menurut menteri di Jabatan Perdana menteri hal ehwal agama iaitu datuk seri Dr Zulkifli Mohamad al-bakri telah berkata bakal Haji kini tidak perlu membuat rayuan Haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau perlu hadir ke cawangan lembaga Tabung Haji.

Untuk permohonan rayuan Haji adalah dibuka bermula pada 26 Januari 2024 dan permohonan tutup rayuan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan Rayuan Haji

Pada umumnya mereka yang telah mendaftar Haji boleh membuat permohonan rayuan untuk Haji. Walaubagaimanapun, pihak Tabung Haji telah menetapkan beberapa keutamaan untuk diberikan kepada mereka yang dari:

  • Lanjut usia /Pembantu lanjut usia.
  • Jemaah yang telah terpilih pada tahun sebelumnya namun terpaksa menangguh haji.
  • Jemaah yang mana giliran mereka pada tahun berikutnya 1445H / 2024 pada tarikh rayuan haji 2024.

Sekiranya anda memenuhi kelayakan serta ingin membuat permohonan rayuan untuk Haji segera anda boleh merujuk panduan cara guna serta daftar melalui aplikasi Thijari.

Panduan Pendaftaran dan Rayuan Haji Melalui Akaun Thijari

Cara Buat Rayuan Haji Melalui Akaun Thijari

Cara Buat Rayuan Haji Melalui Akaun Thijari

Untuk membuat permohonan rayuan untuk Haji terkini, pendeposit Tabung Haji yang ingin membuat rayuan perlu log masuk ke akaun thijari masing-masing pada aplikasi atau laman web yang disahkan oleh Tabung Haji.

Download aplikasi Thijari:

Berikut adalah cara buat rayuan haji di Tabung Haji melalui laman thijari:

  • Sila log masuk THiJARI dan klik pada pilihan menu perkhidmatan Haji.
  • Klik pada butang rayuan haji.
  • Kemudian klik pada permohonan rayuan Haji dan berikutnya.
  • Sila baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardhu Haji dan klik sahaja “Saya Faham”.
  • Anda perlu memasukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal Haji apabila diminta.
  • Paparan mengenai soalan akan diberikan dan anda perlu pilih ya atau tidak kemudian pilih atau klik akad (Perakuan Istito’ah).
  • Kemudian klik hantar bagi mengemukakan rayuan.
  • Sila muat turun surat akuan terima rayuan bakal Haji sebagai rujukan untuk pihak Tabung Haji akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji untuk tahun semasa. Rayuan anda tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem Tabung Haji untuk diproses.
rayuan haji thijari
Rayuan Haji 2024 : Daftar, Kelayakan dan Cara Mohon Melalui Thijari 6

Keutamaan Dalam Pemilihan Rayuan Haji

Bagi kekosongan Kuantan Haji akibat penolakan oleh mereka yang ditawarkan Haji tahun ini akan diisi oleh pendeposit TH yang telah mendaftar Haji serta membuat rayuan untuk menunaikan ibadah haji. Menurut pihak Tabung Haji pemilihan dibuat berpandukan kepada merit-merit tertentu.

Berikut adalah pengiraan merit dalam pemilihan rayuan Haji:

  • Merit rayuan mahram, sebagai contohnya isteri terpilih namun suami tidak terpilih maka suami adalah layak membuat rayuan untuk pergi bersama isteri dan sebaliknya.
  • Merit rayuan lanjut usia, adalah mereka yang sudah lanjut usia namun boleh membuat rayuan serta akan diberi keutamaan jika terdapat kekosongan Kuantan haji tahun semasa.
  • Merit sudah mendaftar lama, iaitu rayuan Yang dibuka kepada mereka yang sudah berdaftar lama sebagai contohnya sebelum ini telah mendapat tawaran namun ditangguh pemergian Haji atau menolak atas sebab-sebab tertentu seperti kekangan kewangan kesihatan dan lain-lain. Keutamaan ini adalah diberikan kepada mereka yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama.
  • Merit giliran Haji tahun ini itu diberi keutamaan atas pertimbangan juga kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya pada tahun 2024, 2025 dan seterusnya.

Permohonan rayuan Haji adalah dibuka untuk kesemua pendeposit TH yang mana ingin menunaikan haji pada tahun akan datang. Namun, pihak tabung haji akan mempertimbangkan rayuan anda dan sekiranya permohonan anda diterima anda perlu bersiap sedia dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh lembaga tabung haji.

Soalan FAQs Berkenaan Rayuan Haji

Apakah boleh pendeposit TH membuat rayuan Haji

Ya pendeposit Tabung Haji yang sudah mendaftar Haji dan masih menunggu giliran mereka sampai adalah boleh membuat rayuan untuk Haji.

Adakah semua rayuan untuk haji akan diproses atau dinilai?

pihak Tabung Haji akan menilai semua rayuan yang diterima dan akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum membuat keputusan.

Apakah kriteria penilaian yang diperlukan dalam rayuan untuk haji?

Dalam permohonan rayuan ini keutamaan adalah diberikan kepada mereka yang membuat rayuan mahram dan lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan juga mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum tetapi terpaksa membuat penangguhan Haji. Selain itu, pertimbangan juga akan diberi kepada mereka yang mana giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya namun membuat permohonan rayuan untuk tahun ini.

adakah semua yang ingin membuat rayuan perlu mengisi borang rayuan untuk Haji melalui Thijari?

Adalah disarankan kepada mereka yang ingin membuat Raya Haji untuk mengisi borang rayuan yang boleh diperoleh daripada laman web Thijari sahaja.

adakah pihak Tabung Haji akan menaikkan jumlah bayaran Haji untuk mereka yang membuat rayuan untuk Haji?

Bayaran haji untuk jemaah haji kali pertama menunaikan haji dan mereka yang berjaya dalam urusan rayuan haji masih dikekalkan pada harga RM10,980 untuk golongan b40, RM15,980 untuk golongan m40 dan RM40,850 bagi t20.

18 KOMEN

  1. Salam.. saya dan suami membuka akaun haji pada umur 25 tahun yang saya sangkan secara automatik daftar haji.. umur kami 65 tahun dan membuat pendaftaran haji pada 2021 .. kami merayu supaya dapat mengerjakan pada musim haji yang akan datang memandangkan rezeki dan kesihatan masih baik .. sekian. Terima kasih

  2. Saya dan isteri ingin membuat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini 2024, Adakah perlu menggunakan app thijari secara berasingan atau guna didalam satu app yg sama sudah memadai?

  3. Saya dah mendaftar pada tahun 2012 dan giliran saya pada tahun 2042. Pernag membuat rayuan melalui sistem tetapi tiada maklum balas. Mohon pencerahan cara rayuan selain daripada sistem.

  4. As’salam Tn Hj…

    Mohon untuk pertanyaan,,saya punya turn mengerjakan Haji Tahun 2053..bolehkah saya buat rayuan untuk pergi awal memandangkan simpanan telah mencukupi dan badan dikurniakan kesihatan yang baik.Alhamdulillah…

    saya baru berdaftar untuk Haji pada tahun 2013 dan giliran adalah pada Tahun 2053.

  5. Assalamualaikum wbt.,

    Saya ingin membuat rayuan mengerjakan haji 2024 tahun ini. Ini memandangkan simpanan saya telah pun cukup. Bimbang untuk ke mana2 sekiranya rukun yang wajib ini masih tertangguh.
    Mohon pertimbangan pihak tuan.

    Terima kasih.

  6. Saya dan suami tidak pernah lagi ke Tanah suci menunaikan Haji. Usia kami sudah melebihi 60+ tahun. Saya ingin membuat rayuan utk menunaikan Haji di tahun ini atau di tahun hadapan.

    Kami juga pernah membuat rayuan dengan pergi ke Pejabat Tabung Haji (suatu ketika dulu). Tapi belum ada rezeki kami.

    Sekiranya, boleh mendapat pencerahan dengan lebih terperinci melalui email personal.

    Terima kasih.

  7. Adakah benar untuk membuat rayuan haji,perlu ada sekurang-kurangnya 30k dalam akaun tabung haji? Boleh jelaskan secara terperinci. Terima kasih

  8. Salam Tuan.
    Saya dan suami ingin membuat rayuan menunaikan Haji pada tahun 2024. Sebelum ini saya pernah memohon buat rayuan tapi tidak berjaya.. Apakah cara yg perlu utk saya memohon. Bila rayuan Haji di buka. Saya warga emas.

    Sekian terima kasih

  9. Salam Tuan.
    Saya dan suami ingin membuat rayuan haji untuk tahun 2024 melalui Thjari.

    Tetapi ruangan tersebut mengatakan rayuan belum dibuka.
    Adakah saya perlu ke pejabat tabung haji atau menalipon sahaja.

    Terima Kasih.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati