Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Contoh Soalan MyPersonaliti MARA – Soalan Psikometrik MARA

Contoh Soalan MyPersonaliti MARA - Soalan Psikometrik MARA

Contoh Soalan MyPersonaliti MARA – Soalan Psikometrik MARA merupakan ujian penilaian personaliti yang digunakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menapis calon yang memohon pinjaman pelajaran atau pekerjaan di bawah naungan mereka.

Ujian ini bertujuan untuk menilai pelbagai aspek calon termasuk personaliti, sikap, pengetahuan, serta kemahiran calon. Melalui ujian psikometrik ini, pihak MARA dapat menilai sama ada seseorang calon sesuai atau tidak bagi memenuhi syarat permohonan.

Apa itu Soalan MyPersonaliti MARA?

Soalan MyPersonaliti MARA merujuk kepada ujian psikometrik yang dijalankan oleh MARA bagi menilai keperibadian calon yang memohon pinjaman atau pekerjaan dengan MARA. Ujian ini biasanya dijalankan secara dalam talian melalui portal MyPersonaliti MARA.

Objektif utama ujian ini adalah untuk menilai keperibadian dan kemampuan calon dalam membuat keputusan berdasarkan situasi yang diberikan. Ujian ini membantu pihak MARA menilai sikap dan keyakinan calon dalam menghadapi cabaran serta kesesuaian calon untuk meneruskan pengajian atau tugas di bawah MARA.

Format Soalan MyPersonaliti MARA

Ujian MyPersonaliti MARA biasanya berbentuk soalan objektif dengan pilihan jawapan Aneka Pilihan. Menurut pengalaman calon yang pernah menduduki ujian ini, format soalan adalah tidak tetap. Walau bagaimanapun, calon akan diberikan soalan yang memerlukan mereka memilih jawapan daripada beberapa pilihan yang diberikan seperti:

  • Ya atau Tidak
  • Setuju, Tidak Setuju, atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, atau Sangat Tidak Setuju

Ada kalanya, pilihan jawapan boleh melibatkan 4 hingga 5 pilihan seperti “Sangat Kerap”, “Kerap”, “Tidak Pasti”, “Kadang-kadang”, atau “Tidak Pernah”. Ujian ini biasanya mengambil masa sekitar 45 minit untuk diselesaikan.

Contoh Soalan MyPersonaliti MARA Ujian Psikometrik

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang mungkin akan dijawab oleh calon dalam ujian psikometrik MyPersonaliti MARA:

Saya kurang gemar mencampuri urusan kawan-kawan.

    • Setuju
    • Tidak Setuju
    • Tidak Pasti

    Saya tidak suka meminta pinjam wang daripada rakan-rakan.

      • Setuju
      • Tidak Setuju
      • Tidak Pasti

      Saya sedaya-upaya buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang masa.

        • Sangat Kerap
        • Kerap
        • Tidak Pasti
        • Kadang-kadang
        • Tidak Pernah

        Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh.

          • Sangat Tidak Setuju
          • Agak Tidak Setuju
          • Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
          • Agak Setuju
          • Sangat Setuju

          Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama sahabat-handai berbanding adik-beradik.

            • Sangat Setuju
            • Setuju
            • Tidak Pasti
            • Tidak Setuju
            • Sangat Tidak Setuju

            Bagi anda yang bakal menghadapi ujian MyPersonaliti MARA, boleh ikuti artikel berkenaan penerangan dan login MyPersonaliti MARA.

            TINGGALKAN KOMEN

            Sila masukkan komen anda!
            Sila masukkan nama anda di sini

            Cikgu Ahmad
            Cikgu Ahmad
            "It always seems impossible until it's done."

            Anda Mungkin Meminati