Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Temujanji HIV Test Kahwin Untuk Pra-Perkahwinan Melalui MySejahtera dan Klinik KKM

hiv test kahwin

Bagi pasangan yang bakal berkahwin adalah disarankan untuk melakukan HIV test kahwin dan terutama pasangan muslim yang telah ditetapkan kewajipan untuk melakukan ujian saringan HIV.

Penting melakukan ujian saringan HIV kerana ia boleh memastikan dan membuat pegesanan status adakah kita positif dan negatif. Anda tidak perlu bimbang soal ujian saringan HIV ini kerana ianya adalah sangat mudah prosedurnya. Ikuti maklumat lebih lanjut perkongsian kami pada bab seterusnya.

Ujian Saringan HIV untuk Pasangan Yang Bakal Berkahwin

Apakah Hiv Test Kahwin?

Ujian Saringan HIV untuk Pasangan Yang Bakal Berkahwin

Kerajaan Malaysia telah menetapkan pra-perkahwinan perlu menjalani ujian saringan HIV. HIV test kahwin boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia secara percuma atau bayaran RM1 sahaja. Kepentingan menjalankan ujian HIV test kahwin ini membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing di kalangan mereka yang berisiko sama ada dijangkiti atau sebaliknya.

Sekiranya ujian tersebut dijalankan dah dapat mengesan mana-mana individu yang telah dijangkiti, pihak hospital memberikan pendidikan kesihatan kaunseling rawatan dan sebagainya.

Apakah Prosedur Melakukan HIV Test Kahwin di Klinik Kesihatan Kerajaan?

Mengikut pihak KKM, terdapat beberapa prosedur yang mudah boleh diikuti oleh pasangan pra-perkahwinan di klinik kesihatan kerajaan. Sebagai panduan untuk memudahkan urusan anda, berikut adalah merupakan prosedur pelaksanaan ujian saringan HIV di klinik kesihatan kerajaan:

  • Perlu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta meletakkan beberapa borang permohonan ujian saringan HIV test kahwin.
  • Ujian saringan HIV ini akan menggunakan kaedah ujian pantas (rapid test) yang dikendalikan oleh anggota klinik.
  • Hanya mengambil masa selama 5 minit sehingga 20 minit bergantung kepada jenis kit yang digunakan untuk mendapatkan keputusan ujian saringan HIV. Keputusan akan dimaklumkan segera kepada bakal pengantin.
  • Bagi keputusan tidak reaktif untuk ujian saringan HIV:
    • Pasangan bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan HIV test kahwin.
    • Bakal pengantin juga tidak perlu mendapatkan sebarang kaunseling kecuali bagi mereka yang dijangka berisiko mendapatkan HIV.
    • Bagi mereka yang mempunyai risiko mereka akan diberi kaunseling serta perlu menghadiri temujanji dan akan mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik kesihatan dalam tempoh 3 ke 6 bulan.
  • Bagi keputusan reaktif untuk ujian saringan HIV:
    • Pasangan bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan yang akan dilakukan oleh pihak klinik. Masa diambil selama 2 minggu untuk mendapatkan keputusan ujian pengesahan HIV kebiasaannya. Bakal pengantin juga akan diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dan dalam tempoh 2 ke 3 minggu perlu mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
    • Untuk tempoh itu keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin dan boleh diketahui keputusan sama ada disahkan HIV positif yang ini telah dijangkiti ataupun negatif.

Berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh Klinik Kerajaan keputusan HIV rapid test adalah rahsia. Sebarang keputusan yang dilakukan oleh pasangan pengantin samada mahu meneruskan perkahwinan adalah di tangan mereka. Untuk waktu sekarang, hanya pasangan Muslim yang diwajibkan untuk menjalani ujian saringan HIV pra perkahwinan dan bagi pasangan dari agama lain adalah digalakkan untuk mengambil HIV test kahwin.

Panduan Melakukan Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Cara Temujanji HIV Test Kahwin di Klinik Kesihatan atau Hospital

Cara Temujanji HIV Test Kahwin di Klinik Kesihatan atau Hospital

Bagi pasangan yang bakal berkahwin boleh melakukan temujanji di klinik kesihatan atau Hospital Kerajaan di kawasan negeri atau mengikut mukim masing-masing. Untuk melakukan temujanji di klinik kesihatan atau Hospital Kerajaan anda boleh terus bertanyakan di kaunter pertanyaan atau urusan temujanji.

Dokumen yang Perlu Dibawa dan Urusan Ujian Saringan HIV

Bagi melakukan ujian saringan di klinik kesihatan atau Hospital Kerajaan terdapat beberapa perkara yang anda perlu seperti di bawah:

  1. Bakal pasangan berkahwin perlu membawa dokumen kad pengenalan sahaja dan Bayaran akan dikenakan hanya RM1. Untuk pasangan yang berkahwin dengan warga asing perlu pastikan pasangan membawa pasport untuk menjalani ujian saringan HIV ini.
  2. Perlu melengkapkan borang ujian saringan HIV pra perkahwinan lalu dihantar ke kaunter dan perlu membuat bayaran pada pihak klinik atau Hospital Kerajaan. Rujuk Borang Permohonan Ujian Saringan HIV.
  3. Seandainya anda menjalani ujian saringan HIV Anda perlu mendapatkan borang ujian HIV yang telah dikeluarkan oleh Jabatan agama Islam Negeri masing-masing pasangan dan perlu merujuk kepada Majlis agama untuk urusan ujian saringan HIV.
  4. Setelah selesai semua perkara di atas anda hanya perlu menunggu Doktor atau MA yang akan membantu anda membuat ujian saringan HIV.
  5. Keputusan akan dapat diketahui selepas 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kad yang digunakan oleh pihak klinik dan Hospital Kerajaan.

Cara Temujanji HIV Test Kahwin Melalui Mysejahtera

kerajaan Malaysia telah menetapkan bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan Klinik Kesihatan dibawah KKM adalah boleh ditempah sebagai temujanji hanya melalui aplikasi Mysejahtera sahaja. Terdapat banyak perkhidmatan yang anda boleh melakukan temujanji melalui kemudahan di Mysejahtera.

Berikut adalah senarai perkhidmatan kesihatan yang boleh dibuat temujanji melalui aplikasi MySejahtera:

  • Saringan pra perkahwinan
  • Rawatan pesakit luar
  • Prosedur perawatan luka penukaran tiub dan lain-lain
  • Perkhidmatan perancang keluarga
  • Pemeriksaan kesihatan pekerjaan atau pengajian
  • Inisiatif saringan kesihatan kebangsaan
  • Saringan kesihatan peka B40

Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera

Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera

berikut adalah dikongsi cara-cara untuk membuat Temujanji ujian saringan HIV melalui aplikasi my sejahtera:

  • Muat turun aplikasi atau sekiranya sudah ada, anda hanya perlu login aplikasi MySejahtera.
  • Pilih di bahagian menu “Appoinment/Temujanji”.
Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera
  • Tekan nama anda atau individu yang ingin hadir ke klinik.
Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera
  • Anda boleh memilih perkhidmatan yang ditawarkan, pilih ‘Pre-Marital Screening’.
Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera
  • Pilih lokasi klinik kesihatan berdekatan atau yang anda hendak datang.
Cara Temujanji HIV Test Kahwin Mysejahtera
  • Tetapkan tarikh yang anda boleh hadir ke klinik kesihatan KKM yang anda pilih.
image 27
  • Permohonan temu janji HIV test kahwin anda adalah berjaya dan anda akan dipaparkan maklumat yang telah disahkan oleh anda.
image 28

Dengan mengikuti cara tempahan temujanji ujian saringan HIV yang disarankan, urusan perkahwinan anda akan dipermudahkan. Langkah seterusnya adalah anda perlu membuat persiapan rapi untuk urusan perkahwinan. Tidak dilupa, kesihatan diantara pasangan yang bakal berkahwin juga perlu dititk beratkan agar kesihatan rumah tangga terjaga.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati