Seorang usahawan dan penulis buku yang bernama Aisyah Hijanah adalah merupakan seorang wanita yang terkenal dalam dunia alam maya juga dikenali sebagai seorang influenza yang selalu memberikan kata-kata dan motivasi yang positif kepada netizen.
Bergerak sebagai usahawan juga sebagai penceramah, Aisyah Hijanah gemar berkongsi pengetahuan agama kepada masyarakat di luar sana khususnya kepada para wanita untuk menjadi lebih bersemangat dan menjadi seorang yang terbaik. Jom ikuti maklumat dan biodata Aisyah Hijanah lebih lanjut berkenaan diri, pendidikan dan maklumat lain.
Maklumat Berkenaan Aisyah Hijanah
Kehidupan Awal dan Pendidikan Aisyah Hijanah
Aisyah hijanah adalah merupakan seorang influencer media sosial yang terkenal dengan membawakan dakwah beliau. Beliau adalah merupakan seorang penulis yang aktif dan juga seorang usahawan yang berjaya membuka Syarikat perniagaan fesyen muslimah di bawah nama ‘Hijanah Haul’.
Aisyah Hijanah Binti Azhari berumur 25 tahun dan dilahirkan pada 6 Januari 1998. Beliau berasal daripada Kuala Lumpur dan beliau adalah merupakan anak sulung di kalangan adik-beradiknya. Ayahnya telah meninggal dunia sejak kecil lagi dan beliau seorang yang suka bekerja keras. Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, Aisyah terus-menerus berusaha keras untuk berjaya dalam kehidupan. Mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Shah Alam (KISAS) dan pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang ijazah sarjana muda psikologi.
Biografi Aisyah Hijanah
Berikut adalah dikongsikan beberapa maklumat lengkap mengenai Aisyah hijanah:
Biografi | Maklumat |
---|---|
Nama | Aisyah Hijanah Binti Azhari |
Tarikh Lahir | 6 Januari 1998 |
Tempat Lahir | Kuala Lumpur |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Bangsa | Melayu |
Agama | Islam |
Pendidikan | Kolej Islam Shah Alam (KISAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Pekerjaan | Usahawan, Influencer, Pengarang buku, Penceramah |
Status | Telah berkahwin dengan Alif Teega pada tahun 2017 |
Anak-anak | Khadeejah Hijanah Muhammad Hassan Syarif |
Anugerah | Anugerah Usahawan Muda Anugerah Ikon Wanita Malaysia book of records bagi bilangan buku novel yang terjual dalam sehari. |
Media Sosial | Instagram: aisyahhijanah Twitter: aisyahhijanah Tiktok : aisyahhijanah |
Kerjaya dan Pencapaian Oleh Aisyah Hijanah
Aisyah Hijanah memulakan kerjayanya sebagai usahawan dan penulis buku.Beliau sangat aktif berkongsi pemikiran dan pengalamannya di media sosial terutamanya di Instagram. Dengan penampilannya yang memperagakan fesyen muslimah beliau amat mudah didekati oleh ramai golongan muda wanita.
Bermula Julai 2019, Aisyah serta suaminya telah melancarkan jenama fesyen mereka sendiri iaitu ‘Haul Hijanah’ yang menyediakan perkhidmatan pakaian kontemporari muslimah. Terdapat banyak jenis pakaian yang ditawarkan iaitu:
- Selendang
- Gaun
- Seluar
- dan lain-lain eksklusif wanita muslimah.
Sebelum memulakan karier sebagai usahawan pakaian fesyen muslimah, beliau seorang yang suka menulis dan mengeluarkan banyak buku seperti ‘novel selama nafasku berhembus’, ‘biarku lindung mendungmu’ dan lain-lain. Usaha keras beliau dalam menceburi pelbagai bidang perniagaan telah membuahkan hasil dan berjaya menaikkan nama dirinya.
Beliau telah berjaya dalam perniagaan dan berjaya mendapatkan kereta idamananya iaitu kereta Porsche yang bernilau Juta! Selain itu, beliau juga mendapat pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangannya seperti anugerah top 10 muslimah berpengaruh anugerah usahawan muda anugerah ikon wanita dan juga Malaysia book of records bagi bilangan buku novel yang terjual dalam sehari.
Aisyah Hijanah Anak Yatim Dari Kecil
Aisyah adalah merupakan seorang anak sulung kepada adik-beradiknya. Beliau pernah berkongsi mengenai dirinya dan keluarganya. Sebenarnya, ayah kepada Aisyah telah meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Ibunya pula menghidap kanser tiroid semasa zaman belajarnya di luar negara. Semasa melakukan pembedahan tersebut doktor secara tidak sengaja telah terputus urat suara ibu.
Sejak dari itu Aisyah menjadi suara untuk ibu memandangkan dia tidak boleh bercakap. Kehidupan Aisyah dan keluarganya tinggal bersama di rumah nenek dan tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak dan hanya bergantung kepada teksi sebagai pengangkutan utama. Sejak dari itu Aisyah seorang yang berusaha keras dan berjaya dalam bidang perniagaan.
Kehidupan Berkahwin dan Anak Aisyah Hijanah
Aisyah Hijanah telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga influencer, Alif Teega pada tahun 2017. Berita mengenai perkahwinan mereka mendapat liputan yang meluas dan disokong oleh ramai pihak kerana keduanya dianggap sepadan dan sejoli.
Aisyah yang juga seorang yang mesra serta suka berkongsi pengalamannya dalam dunia perkahwinan memberi pengajaran dan ilmu rumahtangga sebagai seorang isteri. Sumbangan Aisyah telah mewujudkan sebilangan wanita yang mempunyai matlamat dan menjadi seorang isteri yang solehah.
Aisyah mempunyai dua orang anak iaitu Khadijah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif. Kini Aisyah sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak ketiganya.
Aisyah Hijanah dan Fatin Umaidah
Kini sedang tular berita mengenai kehidupan perkahwinan poligami yang telah diwujudkan oleh suaminya, Alif Teega. Berita ini menggemparkan seluruh negara dan menjadi kontroversi kerana perkahwinan kedua Alif Teega dilangsungkan saat Aisyah Hijanah sedang sarat mengandung.
Walaubagaimanapun, Aisyah menerima dengan hati yang terbuka dan masih menganggap Alif Teega sebagai suaminya. Bermulalah kehidupan bermadu Aisyah dan isteri kedua,Fatin Umaidah yang didakwa merupakan pekerja mereka.
Aisyah Hijanah Mengambil Langkah Profesional
Selaku seorang isteri yang solehah, Aisyah bertindak untuk menyokong dan menerima ketetapan suaminya untuk berpoligami. Selaku seorang penyampai motivasi beliau menunjukkan contoh yang baik selaku seorang isteri yang solehah.
Kepatuhan yang ditunjukkan oleh Aisyah Hijanah kepada suaminya amatlah baik dan patut dicontohi oleh para wanita di luar sana. Bagi Aisyah beliau masih berbaik dengan suaminya dan kini menunggu kelahiran anak ketiga mereka.