Peluang kerjaya di buka untuk jawatan kosong Oldtown White Coffee bagi kemasukan segera. Umum mengetahui, rangkaian terbesar kedai kopi ini menjadi popular kerana kopi putihnya yang mempunyai citarasa yang menarik dan tersendiri.
Ramai pengunjung hadir untuk menikmati hidangan sarapan pagi, tengahhari dan makan malam. Pembawakan yang dibawa oleh Oldtown White Coffee juga menambat hati pelanggan yang datang dengan rekaan restoran yang menarik, aroma kopi yang berbeza dan lain-lain. Ikuti penerangan maklumat jawatan kosong Oldtown White Coffee yang admin sediakan.
Info Kekosongan Jawatan di Oldtown White Coffee
Isi Kandungan
Pengenalan Oldtown White Coffee
Syarikat ini bermula di Ipoh sejak tahun 1930 oleh orang hainan yang mencipta aroma kopi putih ini. Dengan pelbagai resepi pembuatan kopi ‘magis’ yang menarik minat ramai membuatkan pengilangan produk kopi mereka dieksport ke 21 negara dengan membawa harum nama negara.
Kini, syarikat ini dalam misi yang sama untuk terus berkembang dan menjadi ‘rantaian kedai kopi terpantas’ di Malaysia. Dengan kini berjaya membuka 166 cawangan berdasarkan laman web rasmi mereka.
Senarai Jawatan Kosong yang Dibuka
Terdapat beberapa jawatan kosong penting yang dibuka oleh syarikat ini untuk rakyat Malaysia. Berikut adalah jawatan kosong Oldtown White Coffee yang dibuka:
- RESTAURANT CREW
- KITCHEN CREW
- ASSISTANT RESTAURANT MANAGER
- MANAGEMENT TRAINEE
- SUPERVISOR
- PARTIMER
Etika Pemakaian Kerja di Oldtown White Coffee
Diwajibkan untuk setiap pekerja mengenakan pakain seragam semasa waktu bekerja. Untuk mengelkalkan identiti syarikat, pekerja akan dibekalkan uniform khusus untuk bekerja dan melakukan tugas semasa waktu kerja.
Spesifikasi pakain pekerja syarikat Oldtown White Coffee:
- Warna Hitam
- Jenis Baju T-shirt Berkolar
- Berkasut Hitam
- Pemakaian Topi
- Apron
Tawaran Kerja Part Time dan Fulltime
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja sebagai sambilan atau part time di Oldtown White Coffee adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kerja segera. Kebiasaannya pihak syarikat dan cawangan membuka peluang kerja part time untuk jawatan kru restoren,kru dapur dan lain-lain.
Bagi membuat sebarang permohonan berkait kerja part time Oldtown White Coffe anda boleh rujuk senarai lokasi dan mendapatkan makluamat nombor telefon atau email bagi mengemukakan permohonan jawatan kosong kerja part time.
Lokasi Seluruh cawangan Oldtime White Coffee
Sebanyak 166 cawangan semasa oldtime White Cofffe yang dibuka di seluruh Malaysia. Ia adalah merupakan angka yang besar bagi sebuah rantaian kedai kopi.
Berikut adalah senarai cawangan lokasi Oldtime White Coffe yang anda boleh ‘klik’ gambar bagi dapatkan maklumat lebih lanjut dan mohon jawatan kosong part time atau full time:
Panduan Mohon Jawatan Kosong Oldtown White Coffee
Cara Mohon Jawatan Kosong Oldtown White Coffee
Bagi para calon yang berminat mengemukakan permohonan jawatan kosong adalah boleh membuat permohonan dengan kadar segera. Untuk memohon, berikut adalah senarai kerja kosong yang anda perlu kenalpasti terlebih dahulu:
- RESTAURANT CREW (Pelayan)
- KITCHEN CREW (Tukang masak)
- ASSISTANT RESTAURANT MANAGER
- MANAGEMENT TRAINEE
- SUPERVISOR
Dengan berdasarkan kerja kosong diatas, berikut adalah cara-cara mohon kerja di Oldtown White Coffee:
- Rujuk laman Facebook (Cari Oldtown white Coffee ‘Cawangan pilihan”) atau senarai lokasi cawangan yang anda ingin mohon kerja.
- Boleh datang secara walk in atau hubungi nombor yang tertera untuk setiap lokasi carian yang tersedia. Sekiranya boleh menghubungi melalui talian whataspp, adalah lebih baik.
- Buat persediaan untuk permohonan kerja dengan resume, maklumat butiran diri dan beberapa dokumen yang berkait tersedia rapi.
- Hubungi dan nyatakan urusan anda untuk ‘mohon jawatan kosong’. Mestilah menghubungi dengan cara yang formal.
- Sekiranya anda dilayan, hedanklah anda bersedia dengan pihak majikan sekiranya ditanya apa-apa soalan.
Bagi permohonan kerja secara atas talian, kebiasaannya pihak majikan akan memanggil anda untuk hadir ke kedai bagi urusan temuduga. Oleh itu, anda boleh membuat persiapa yang rapi untuk berhadapan dengan bakal majikan.
Kelebihan Bekerja di Oldtown White Coffee
Bekerja dibawah syarikat yang kukuh akan memberi anda pengalaman yang berharga. Disamping itu, terdapat beberapa kelebihan yang anda boleh dapat sekiranya terpilih untuk menjadi sebahagian syarikat.
Berikut adalah beberapa kelebihan bekerja di Oldtown White Coffee:
- Caruman KWSP dan SOCSO
- Elaun makan
- Kemudahan cuti
- OT disedia
- Perkembangan kerjaya
Demikianlah maklumat mengenai jawatan kosong Oldtown White Coffe yang anda boleh mohon. Permohonan kerja adalah layak untuk semua warga Malaysia dan hendaklah dimohon mengikut kelayakan yang sesuai. Selamat maju jaya.