Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik Gred N48 Di Parlimen Malaysia

Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik
Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik

Pihak parlimen telah keluarkan iklan jawatan pegawai penyelidik bagi kemasukan bulan Oktober. Pihak pengurusan parlimen mengajak semua rakyat yang berkelayakan bagi memohon jawatan ini dengan segera. Admin sarankan kepada yang berminat boleh ikuti artikel ini secara penuh supaya anda tidak terlepas walaupun satu maklumat.

Sertai telegram kami yang menyalurkan info kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Info Penuh Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik Gred N48

Maklumat Lengkap Jawatan

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang dibuka oleh parlimen Malaysia bagi kemasukan terbaru bersama penerangan ringkas yang perlu para calon ketahui:

JAWATAN KOSONGGREDLOKASI
Pegawai Penyelidik N48Kuala Lumpur

Syarat Lantikan Jawatan

Untuk permohonan jawatan kali ini merupakan jawatan penting, hendaklah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Pegawai Penyelidik

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Ekonomi dan lain- lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang penyelidikan Ekonomi dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa jurnal atau hasil penyelidikan.
  4. Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  5. Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian- perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.
  6. Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
  7. Telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik

Tarikh Akhir Permohonan Pegawai Penyelidik Gred N48

Untuk makluman kepada semua calon yang berminat untuk memohon, tarikh permohonan iklan kerjaya ini ditutup pada 3 November 2023 pada hari Jumaat 11:59 malam.

Tangga Gaji Bagi Pegawai Gred N

Kami kongsikan fungsi, tangga gaji dan pelbagai maklumat mengenai pegawai gred N:

Jawatan Pegawai Penyelidik  N48 – Jadual Gaji Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan Untuk Gred N Menurut JPA

Tugas Ringkas Bagi Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik

  • Merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan dengan aspek personel, organisasi, kewangan, dan unsur yang berkaitan.
  • Mengawasi dan memastikan pematuhan penuh terhadap undang-undang dan peraturan.
  • Menilai keberkesanan program pengurusan dan pembangunan.
Tugas Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik

Cara Permohonan Jawatan Gred N48

Iklan Penuh Jawatan

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu keseluruhan iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan bila tarikh yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang dikeluarkan:

Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik
Iklan Jawatan Pegawai Penyelidik

Berikut Cara Permohonan Ringkas

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Parlimen Malaysia.
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan MyKad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, jurnal/ hasil penyelidikan (wajib) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas).
  • Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
Alamat :
KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN 50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)
  • Sila pastikan bahawa permohonan anda sampai kepada pihak berkenaan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat Tambahan Perlu Calon Take Noted

  1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. emohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati