Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Father’s Day 2024 : Tarikh Rasmi, Ucapan dan Promo Sempena Hari Bapa

Father's Day 2024

Sambutan father’s day 2024 pula akan tiba tidak lama lagi. Seluruh dunia akan mempunyai hari sambutan father’s day atau hari bapa, sambutannya adalah diperingkat global kerana ia dijadikan sebagai simbol kesedaran untuk menghargai sumbangan seorang lelaki bernama ayah.

Hari bapa sememangnya hari yang baik untuk bersyukur sebagai adat kerana adanya manusia yang banyak menyumbang kepada perkembangan dunia yang bernama ‘lelaki’.

Father’s Day 2024 Disambut Sebagai Tanda Pengrhargaan Kepada Seorang Lelaki

father's day 2024

Berkenaan Asal Usul Father’s Day

Father’s Day, atau Hari Bapa, merupakan satu sambutan khas di peringkat global yang memperingati peranan dan sumbangan besar ayah dalam kehidupan kita. Asal usul Father’s Day bermula di Amerika Syarikat, di mana ia diperkenalkan oleh seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd pada tahun 1910.

Sonora ingin menghormati bapanya yang seorang bekas askar Perang Saudara. Jasa ayahnya yang telah menjaga anak-anak selepas kematian ibunya membuatkan Sonora mencetuskan idea sambutan hari bapa. Pada tahun 1972, Father’s Day diiktiraf sebagai cuti peringatan rasmi di Amerika Syarikat. Hari ini, ia adalah satu sambutan global yang membolehkan kita menghargai dan berterima kasih kepada bapa, suami, dan lelaki dalam hidup kita.

Tarikh Sambutan Rasmi Father’s Day 2024

Pada tahun 2024, ia jatuh pada tanggal 16 Jun 2024 bersamaan hari ahad. Ini adalah hari yang sesuai untuk kita mengenang, menghormati, dan memberi penghargaan kepada semua bapa, suami, dan lelaki yang penting dalam hidup kita.

TarikhSambutanPenerangan
16 Jun 2024 (Ahad)Father’s Day 2024Rakyat seluruh dunia mengambil bahagian untuk memberi penghargaan dan kesyukuran terhadap jasa seorang ayah ataupun lelaki.

Apabila tibanya Father’s day 2024 nanti, anda boleh membuat persiapan dan acara yang sesuai sebahgai penghargaan menghargai lelaki di dalam hidup anda yang terdiri daripada seorang ayah, suami, abang dan adik lelaki. Wujudkan suasan harmoni dan kasih sayang sebagai tanda kemesraan yang masih terjaga.

Ucapan dan Promo Sempena Father’s Day 2024

father's day 2024

Ucapan yang Anda Boleh Ucap kepada Ayah, Suami, atau Ahli Keluarga Lelaki

Semasa Father’s day 2024, sebaiknya anda memberi ucapan kepada insan lelaki yang tersayang dengan ucapan yang baik dan penuh penghargaan. Terdapat beberapa ucapan yang boleh anda gunakan untuk memberi ucapan kepada lelaki yang anda ingin menghargai.

Berikut adalah himpunan yang anda boleh ucapkan sempena hari bapa atau father’s day 2024:

"Ayah, terima kasih kerana menjaga saya dengan baik. Hari ini adalah hari ayah dan saya ingin mengucapkan kasih tulus dan sayang kepada ayah. " Selamat Hari Bapa"
" Tiada kasih yang mampu dan sebesar ayah saya mampu balas. Hanya doa dan mohon restu kasih sayang yang ayah curahkan. Selamat Hari Bapa, Ayah"
" Teringat kisah kecil saya sewaktu ayah sangat mementingkan saya dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Bagai menatang minyak yang penuh. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga saya dan tulus membesarkan saya. Sayang, ayah. Selamat Hari Bapa"
"Ayah selalu bekerja keras untuk membesarkan saya. Saya masih ingat ketika kecil saya selalu menangis dan ayah selalu menenangkan saya. Teringat kasih sayan yang tulus ayah curahkan. Tidak mampu untuk saya balas kerana besarnya jasa ayah untuk membesarkan saya sehingga dewasa. Ayah, selamat hari bapa."
"Ayah saya adalah hero saya. Ketika saya perlukan, ayah sentiasa ada disisi. Ketika saya masih tidak pandai berjalan, ayahlah yang selalu memimpin tangan dan pastikan saya berjalan dengan selamat. Ketika di sekolah, ayahlah yang selalu menghantar saya dan mendidik untuk menjadi insan yang berguna. Akan saya doakan kebaikan dan kesihatan ayah selalu. Semoga syurga buat mu ayah. Selamat hari bapa"

Promo yang Ada Ketika Father’s Day 2024

Sempena Father’s Day 2024 , banyak tawaran istimewa akan dibuka kepada semua pengguna rakyat Malaysia sebagai promosi dan diskaun sempena hari bapa.

Berikut adalah jenis promo yang anda boleh ambil perhatian:

  1. Diskaun Hadiah: ada tawaran yang menarik untuk anda persiapkan hadiah sempena hari bapa. Anda boleh membuat tinjauan dimana-mana premis atau kedai yang membuat sambutan hari bapa dengan menawarkan harga istimewa serta promosi yang jarang dilakukan. Cadangan, anda boleh membuat tinjaun di pasaraya yang berdekatan dengan anda.
  2. Pakej Istimewa: Restoran, pusat kecantikan, dan resort akan mula menawarkan pakej istimewa untuk Father’s Day 2024, menjadikannya peluang yang baik untuk membuat sambutan khas bersama ayah anda. Dengan harga yang murah daripada kebiasaan, pastinya akan memberi anda keterujaan.
  3. Peraduan dan Hadiah: Tidak lupa juga dengan peraduan atau contest yang anda boleh join melalui peraduan khas oleh syarikat-syarikat perkhidmatan yang pelbagai. Anda boleh membuat persiapan dan panduan menyertai contest yang betul. Jika anda terpilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah seperti pakej percutian, barangan elektrik dan lain-lain lagi.

Father’s Day adalah peluang yang terbaik untuk anda mengenang dan memberi penghargaan kepada seorang ayah. Dengan ucapan yang tepat dan pemilihan hadiah yang sesuai, anda boleh menjadikan hari mereka sangat istimewa. Jangan lupa juga untuk anda manfaatkan promosi sempena Father’s Day untuk mendapatkan tawaran yang hebat dan menjimatkan wang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati