Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

I-Suri: Sumbangan RM480 Setahun Daripada KWSP | Ikuti Cara-Cara

I-Suri
I-Suri

I-Suri: Sumbangan RM480 Setahun Daripada KWSP | Ikuti Cara-Cara.

Makluman terbaru kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP. Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara dan mesti ramai yang tertunggu-tunggu akan pengumuman ini. Akhirnya kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Kewangan telah pun meluluskan skim bantuan untuk suri rumah yang bernilai RM480 Ringgit.

Nilai ini agak besar juga walaupun ianya kecil pada segelintir orang tetapi bagi suri rumah tersangatlah besar dek kerana tanpa ada gaji atau duit bulanan yang tetap. Dengan skim bantuan ini dapatlah suri rumah buat simpanan untuk masa hadapan nanti. Ye lah kan musim-musim ekonomi yang tak tentu hala sekarang ini kan semua akan jadi berharga.

I-Suri: Sumbangan RM480 Setahun Daripada KWSP | Ikuti Cara-Cara

Oleh itu, anda sudah boleh melakukan pendaftaran dan permohonan caruman untuk semakan kwsp bermula hari ini kepada mereka yang melepasi syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan. Pastikan anda ambil tindakan segera untuk merebut peluang ini sebelum kerajaan menutup permohonan. Nanti bila dah terlepas peluang, menyesal tak sudah.

Jika anda ikuti pengumuman belanjawan 2023 tempoh hari, bantuan ini terus diteruskan untuk memberikan seberapa ramai kalangan wanita di Malaysia.

Melalui pengumuman belanjawan 2023 yang diucapkan oleh Perdana Menteri, seramai 600 ribu orang suri rumah yang akan menerima manfaat bantuan ini. Sudah pasti anda yang merupakan terdiri daripada golongan suri rumah yang mana terdiri dari kalangan kalangan yang bakal menikmati bantuan kerajaan.

Jom Semak Cara Daftar Permohonan i Suri Kwsp 2023 Secara Online

IMG 20230101 WA0130

Langkah yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan ini adalah sebagai usaha meningkatkan dan memperkasakan martabat wanita di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (kpwkm.gov.my) melaksanakan satu skim yang membela nasib golongan wanita di malaysia .

  1. Untuk membuat permohonan anda perlu pergi ke mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda.
  2. Pihak kakitangan yang bertugas akan membantu berdasarkan semakan kad pengenalan anda bersama-sama dengan borang pendaftaran 16 G (M) dan borang pembayaran 6A(2) yang anda ingin lakukan
  3. Anda diberikan pilihan untuk buat bayaran i suri kwsp RM5 setiap bulan ataupun RM60 sekaligus untuk tempoh setahun
  4. Selepas anda sudah boleh mula melakukan caruman daripada anda sendiri pada setiap bulan.
  5. Kemudian kerajaan akan tambah pula pada akaun pada setiap bulan

Oleh yang demikian, itulah cara-cara mudah membuat permohonan bantuan kewangan bagi suri rumah.

Apakah Syarat Kelayakan iSURI KWSP?
  • Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia yang diberi kelayakan sah.
  •  Belum mencapai umur 55 tahun sebelum umur 60 tahun
  • Anda sudah pun mula membuat caruman kwsp sebanyak RM5 sebulan atau pun pembayaran caruman kwsp setahun sekaligus sebanyak RM60
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021

Sudah semestinya anda masih memegang status sebagai seorang isteri kepada Ketua Isi Rumah.

Baca juga Bantuan lain:

Bantuan MBI Selangor RM100 Tahun 2023 (Kembali Ke Sekolah)

Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500

Kelebihan i Suri Kwsp Bantuan Suri Rumah

Dengan skim program ini anda sekaligus melayakkan anda menerima beberapa kelebihan dan keistimewaan pencaruman  yang lain. Antaranya ialah :

  1. Anda boleh melakukan pengeluaran kwsp pada umur anda bermula 50 tahun, 55 tahun dan juga pada umur 60 tahun
  2. Anda bakal menikmati tambahan pelaburan berdasarkan simpanan anda dalam akaun melalui pengumuman dividen kwsp setiap tahun
  3. Bantuan sejumlah RM2,500 akan diberikan kepada waris jikalau ada berlaku kemalangan termasuk kematian
  4. Tidak lupa juga dividen akan diberikan kepada anda
  5. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  6. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  7. Bantuan Kematian: RM2,500*
  8. Bantuan Hilang Upaya: RM5,000*

*Kelebihan 7,8 berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan KWSP

Semakan Cara Bayaran Caruman iSuri Kwsp

Seperti yang dijanjikan kerajaan telah pun melancarkan program ini dan mendedahkan butiran bagi skim ini yang mana terbahagi kepada 3 fasa. Jika yang tiada akaun boleh buka akaun anda. Mulakan dengan serendah RM5.

FASABUTIRANNYA
FASA 1Kerajaan akan berikan bayaran Rm40 ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda setiap bulan. Anda boleh menambah RM5 setiap bulan.
FASA 2Kerajaan akan terus bayar RM40 atau RM480 (setahun) ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda manakala RM10 lagi ke akaun SOCSO Perkeso anda. Jumlah keseluruhan untuk fasa 2 ada RM50 setiap bulan
FASA 3Bermula sekarang, 2% daripada bayaran caruman KWSP suami anda akan diberikan dan disalurkan ke akaun suami anda

Ramai yang ambil sifat menyokong pelan permohonan i suri kwsp online yang terbaru ini bagi menjamin masa depan golongan wanita di Malaysia lebih-lebih lagi kalangan suri rumah melibatkan aspek keselamatan sosial yang selama ini terlepas pandang bantuan untuk golongan ini untuk tahun 2022.

Diharapkan siapa yang benar benar layak mendapat bantuan isuri ini hendaklah menyemak selepas semakan dilakukan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan ini anda bolehlah layari portal rasmi kwsp dibawah dan anda boleh menyemak syarat dan terma kelayakan yang telah ditetapkan

 Portal KWSP

Soalan Lazim & FAQ
1. Bagaimana cara pembayaran insentif Kwsp i Suri?

Cara Pembayaran i suri mudah simple je. insentif ini akan dimasukkan oleh pihak KWSP secara berkala setiap 6 bulan sekali. Iaitu siri pertama antara bulan Januari hingga bulan Jun. Siri kedua bermula bulan Julai hingga Disember. Insentif ini akan dimasukkan terus ke akaun 2 dan juga akaun 1

2. Bagaimana cara nak hantar soalan?

Alhamdulillah. Sistem hotline telah pun ditambahbaik. Jika anda sebarang masalah dan soalan, boleh terus hubungi kakitangan di bahagian Pusat Pengurusan Perhubungan di nombor 03-89226000

Tanpa sedar, ini satu berita baik buat golongan wanita di Malaysia. Ayuh, kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda terdekat di Facebook dan Whatapps mereka mengenai butiran insentif i suri Kwsp ini. Dipersilakan.

Siapakah yang memperkenalkan Skim I-Suri?

Untuk pengetahuan pembaca, skim ini mula diperkenalkan oleh Dr. Wan Azizah Binti Dato Wan Ismail pada 2018. Pada waktu itu, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama dalam sejarah Malaysia.

Beliau telah mengasaskan skim I-suri bagi membantu golongan wanita termasuklah golongan surirumah.

Sedikit Biodata beliau:

Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail. Beliau dilahir 3 Disember 1952 dan merupakan seorang ahli politik dan juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia. Selain itu juga, beliau adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Selain itu juga pernah menjawat sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020. Beliau kini merupakan seorang Ahli Parlimen Pandan, selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan politik tertinggi di Malaysia. Beliau ialah Presiden Pakatan Harapan di peringkat parti.

Wan Azizah sebelum ini juga pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan kepulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.

Skim I-Suri Diterima Masyarakat

Menurut Berita Harian, pelaksanaan fasa pertama skim Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang bermula Rabu lalu adalah bukti bahawa sememangnya kerajaan serius membela nasib kaum wanita yang memerlukan.

Hal ini disahkan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman yang mengatakan bahawa skim bantuan tersebut menunjukkan imej positif kepada kerajaan khususnya dalam membantu rakyat memerlukan.

Beliau yang sering membantu pelbagai kesusahan dihadapi ibu tunggal di negeri Selangor selama lebih 10 tahun. Skim tersebut hanya langkah awal bagi proses menaik taraf hidup rakyat di negara ini dan akan ditambah lagi dengan pelbagai lagi pembaikan.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati