Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kelebihan Pil Perancang Lelaki Serta Cara Penggunaannya

Pil Perancang Lelaki Kaedah, Fungsi dan Kelebihan Pengunannya

Apa itu Pil Perancang Lelaki? Menurut laporan seramai 16 lelaki di negara United Kingdom telah menjadi golongan pertama di dunia yang menjalani ujian klinikal untuk menguji pil perancang lelaki bebas hormon baharu iaitu YCT-529.

Umum mengetahui bahawa dunia sebelum ini hanya mempunyai pil perancang khusus untuk lelaki sahaja. Dengan pengeluaran jenis pil perancang lelaki ini akan memberi tanggapan bahawa lelaki juga dapat dan perlu mengawal kehamilan untuk perempuan.

Pengenalan Pil Perancang Lelaki Pertama di Dunia

Apakah Itu Pil Perancang Lelaki YCT-529?

Pil Perancang Lelaki

YCT-529 adalah merupakan sejenis pil perancang lelaki yang dipercayai boleh dijadikan sebagai pil bebas hormon lelaki terbaru. Berdasarkan pakar YourChoice Therapeutics, kajian praklinikal telah menunjukkan bahawa YCT-529 sebanyak 99% berkesan dan 100% boleh diterbalikkan tanpa mempunyai kesan sampingan.

Sebelum ini pil ini telah diuji cuba yang mana versi terdahulu cuba untuk menekan testosteron hormon seks lelaki untuk memghalang pengeluaran sperma. Walaubagaimanapun, usaha tetap diteruskan dan pil perancang lelaki ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah Pil Perancang Lelaki YCT-529 Ini Berfungsi?

Pil Perancang Lelaki YCT-529

Menurut petikan akhbar Metro, Pil perancang lelaki ini dipanggil perencat reseptor-alfa asid retinoik yang berfungi menghalang pengeluaran sperma dengan menyekat akses untuk mendapatan vitamin A.

Berdasarkan kajin, sejak lebih dari 90 tahun menunjukkan tikus dan monyet yang tidak mendapat vitamin A boleh menyebabkan ketidaksuburan. Oleh itu, dengan penyekatan vitamin A pil perancang lelaki memainkan fungsi ketidaksuburan bagi seorang lelaki.

Ciri-Ciri Pil Perancang Lelaki YCT-529

Terdapat beberapa ciri yang ada para pil perancang lelaki yang diperkenalkan oleh saintis ini. YCT-529 mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti berikut:

  • Memberi ketidaksuburan kepada lelaki secara sementara.
  • Menghalang laluan isyarat vitamin A dalam testis yang akan bertindak menghalang kesuburan.
  • Telah diuji cuba pada monyet selama dua minggu dan hasilnya adalah berkesan mengurangkan sperma monyet.
  • Diperkirakan peratusan sebanyak 99% untuk keberkesanan pil ini untuk lelaki.

Selain penggunaan jenis pil perancang ini, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk anda guna sebagai langkah pencegahan kehamilan.

Panduan Perancangan Keluarga Bagi Lelaki

Sebagai pasangan suami isteri, perlulah untuk mempunyai perbincangan yang panjang mengenai perancangan keluarga dimana ia akan memberi lebih banyak kesan baik dan dapat memberi keseimbangan dalam kehidupan rumahtangga.

Cara Pencegahan Hamil Bagi Lelaki

Pil Perancang Lelaki Kaedah, Fungsi dan Kelebihan Pengunannya

Seorang lelaki juga boleh memainkan peranan dalam perancangan keluarga yang baik selain seorang wanita. Terdapat beberapa cara pencegahan hamil yang seorang lelaki boleh lakukan selain mengenakan pil perancang lelaki. Mereka boleh menggunakan kaedah seperti penggunaan kondom dan kaedah vasektomi.

Berikut adalah perbezaan antara kaedah kondom dan kaedah vasektomi:

Kaedah KondomKaedah Vasktomi
– Melalui penggunaan kondom yang diperbuat dari getah boleh anjal dan daya tahan yang tinggi daripada kebocoran.– Melalui proses pembedahan yang mana menghalang tiub atau saluran yang di lalui oleh sperma.
– Berfungsi 98% dan dapat mencegah daripada penyakit seksual seperti herpes dan klamida.– Berfungsi sebanyak 99.9% berjaya cegah daripada kehamilan keranan sperma tidak lagi boleh dilalui melalui saluran tiub khusus.

Kebaikan Perancangan Keluarga Kepada Suami Isteri

Terdapat beberpa kesan baik daripada melakukan perancangan keluarga yang boleh anda ketahui. Beriku adalah faedah melakukan perancangan keluarga:

  • Membantu meningkatkab kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak.
  • Memberi kelebihan kepada wanita untuk merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik.
  • Membantu mengelakkan kehamilan yang tidak diingin.
  • Membantu menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.
  • Perancangan keluarga sangat membantu dalam membaiki kesejahteraan keluarga.

Oleh itu, dengan adanya kelebihan yang bagus untuk suami isteri maka adalah boleh untuk anfa merancang bersama pasangan anda untuk perancangan jangka masa panjang dalam perancangan keluarga untuk menjamin kualiti hidup.

Soalan FAQs Berkenaan Perancangan Keluarga

Apakah penggunaan pil untuk perancang lelaki berkesan?

Berdasarkan kajian dan penemuan baharu, ianya adalah berkesan sekita 99% menurut pengkaji.

Bagaimana sekiranya saya ingin merancang keluarga tetapi dengan nilai bajet rendah?

Terdapat kaedah perancang keluarga yang murah dan menjimatkan. Penggunaan kondom adalah langkah yang bijak. Ia murah dan senang untuk didapati.

Apakah kesan buruk jika tidak membuat perancangan keluarga?

Bagi suami isteri yang tidak mempunyai perancangan keluarga akan mudah terjerumus kepada kelahiran bayi meningkat, masalah kewangan sekiranya tidak mempunyai kewangan kukuh dan menjejaskan kualiti hidup wanita dan anak.

Apakah kaedah perancang keluarga untuk wanita?

Kaedah bagi wanita adalah mereka boleh menggunakan pil hormon, IVF dan lain-lain yang mempunyai keberkesanan yang tersendiri.

Jika saya ingin melakukan pembedahan vasektomi, adakah kemungkinan isteri akan mengandung?

Berdasarkan kajian, sebanyak 99% pembedahan vasektomi ini berjaya menghalang kehamilan. Namun, sekiranya mengandung, itu bermaksud 1% peluang untuk kelahiran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati