Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

“Jangan Perjudikan Pendidikan Negara”- Laung Hero Kita, Datuk Dr.Asyraf Wajdi

Pendidikan Negara

“Jangan Perjudikan Pendidikan Negara”- Datuk Dr.Asyraf Wajdi. Datuk Dr Asyraf wajdi dusuki selaku ketua pemuda UMNO telah mencadangkan supaya Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan berhidang kuasanya tetapkan melalui penubuhan akta khusus.

Mengulas lanjut Dato Dr Asyraf wajdi beliau mengatakan ahli-ahli yang dilantik hendaklah daripada kalangan ahli akademik, guru pakar wakil kesatuan perkhidmatan perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP), juga wakil ibubapa serta pakar-pakar pendidikan yang lain.

Beliau juga berkata Suruhanjaya memainkan peranan sebagai penetap silibus dan memastikan laluan pendidikan anak-anak berada di landasan yang betul.

6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 17

“Jangan Perjudikan Pendidikan Negara”- Datuk Dr.Asyraf Wajdi

Ulas lebih lanjut beliau juga mengatakan:

“Menteri atau timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.”

Sememangnya betul apabila dikatakan sistem pendidikan akan menjadi tiada hala tuju jika terkait dengan politik. Kita tahu sistem pendidikan negara kita memerlukan pemerhatian yang mendalam dan pelaksanaan yang telus supaya kepentingan pendidikan negara akan tercapai dengan jayanya.

Menurutnya lagi bagi Barisan Nasional perkara paling utama adalah dengan meletakkan semula pendidikan anak-anak ini kepada ahlinya iaitu mereka yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan. Jangan sesekali memperjudikan pendidikan negara, katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada hari ini.

Selain itu, menurut beliau sebab paling utama sedang diberi perhatian oleh rakyat adalah merupakan kualiti pendidikan negara selain ekonomi. Terdapat empat isu yang sering diperbincangkan iaitu:

  1. Kekurangan guru
  2. Kesesakan kelas
  3. Silibus atau sistem yang sering bertukar mengikut menteri
  4. Masalah beg berat

Masalah Kekurangan Guru…

Masalah kekurangan guru ini mula muncul sejak 2013 apabila Kementerian Pendidikan ketika itu mahu merombak Institut Pendidikan Guru (IPG). Menteri Pendidikan pada ketika itu adalah TS Muhyiddin. Ini adalah antara kesilapan ketika itu termasuk kontrak-kontrak yang dilihat berat sebelah semasa beliau menjawat jawatan menteri.

Ujarnya lagi , BN selepas menjadi kerajaan semula kelak akan menilai Pelan ini bagi memastikan IPG diperkasa dan ditambah. Bukannya dirombak atau cuba ditutup ketika zaman Pakatan Harapan.

74d00b33 34f1 4e14 85d5 4b2c68c85b15 6

Masalah Kesesakan Kelas

Bagi isu kesesakan kelas,ia sebenarnya berkadar langsung dengan jumlah sekolah baru dan naik taraf sekolah sedia ada.Kerajaan BN pada awal 2018 telah mengesan masalah ini dan telah merancang pembinaan 30 buah sekolah baru pada tahun tersebut.

Namun selepas kejatuhan BN, jumlah purata pembinaan sekolah baru hanyalah antara lapan hingga 10 buah setiap tahun.Ianya lebih buruk adalah pada zaman PH apabila kerajaan pusat ketika itu mensyaratkan kerajaan Sarawak untuk membayar hutang negeri terlebih dahulu sebelum dana membaiki sekolah daif disalurkan ke negeri berkenaan.

Isu Silibus…

Tambah beliau, isu silibus yang mudah bertukar apabila menteri silih berganti juga adalah sesuatu yang menjengkilkan.

Kembalikan Kuasa Pendidikan Negara Kepada Mereka Yang Ahli

Tentu ramai yang tidak bersetuju dengan keadaan sekarang yang mana isu pendidikan negara masih menjadi permainan politik oleh beberapa pihak. Kita semua mengharapkan juga agar “kuasa” kembali kepada mereka yang benar-benar ahli dalam pendidikan negara.

Implikasinya jika tersalah bukan ahli yang memegang tampuk pentadbiran pendidikan,ia akan berlarutan tahun ke tahun dan guru serta murid-muridlah yang akan menjadi mangsa keadaan ketidaktentuan sistem pendidikan.

Untuk kali ini,bagi tahun 2023,kita mempunyai peluang bagi menentukan dan mencorak balik dan memastikan laluan pendidikan negara berada di landasan yang betul. Berharap pasca PRU15 kali ini membawa sinar baru dalam pendidikan negara kearah yang lebih baik.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati